HP SPECTRE X360 REVIEW

Spectre X360 yang terbaru keluaran HP direka untuk mereka yang menginginkan kebebasan. Dengan daya tarikan yang unik dan bingkai convertible yang nipis.

 

SPESIFIKASI

 

Processor

7th Generation Intel® Core™ i7-7500U Processor

 

Operating System

Windows 10 Home Single Language 64

 

Display

13.3″ diagonal FHD IPS WLED-backlit multitouch-enabled edge-to-edge glass (1920 x 1080)

 

Memory

8 GB LPDDR3-1866 SDRAM (onboard)

 

Storage

256 GB PCIe® NVMe™ M.2 SSD

 

 

ANTARA CIRI-CIRI YANG MENARIK

 

DESIGN

Spectre X360 diperhalusi dengan menyinkirkan ruangan yang tidak diperlukan untuk mendapatkan reka bentuk yang lebih kecil dengan paparan mikro. Lalu menjadikan paparan skrin nampak lebih luas.

Spectre X360 juga sangat nipis dan ringan. Casis tersebut pula diukir daripada aluminium dan dilengkapkan dengan gabungan body aluminium dan engsel krom.

 

KEYBOARD

Spectre X360 datang dengan keyboard yang mempunyai backlit dan sesuai untuk anda menaip dalam keadaan gelap. Trackpad lebih luas untuk keselesaan pengguna.

 

KEUNIKAN TEKNOLOGI 360 DEGREE PADA SKRIN

Ini adalah salah satu keunikan yang terdapat pada Spectre X360 yang membolehkan anda flip posisi skrin tersebut. Ada empat mod posisi sesuai yang boleh anda gunakan.

 

PERFORMANCE

Menggunakan processor i5/i7, RAM 8/16GB dan juga PCIe storage yang lebih pantas jika dibandingkan dengan hardisk. Dengan Spectre X360 anda boleh melakukan kerja-kerja multi-task, streaming dan macam-macam lagi dengan lancar.

 

DISPLAY

Paparan display pada skrin Spectre X360 sangat jelas dan terang. Anda boleh view dan edit foto resolusi tinggi pada paparan 4K, atau melakar dan melukis dengan pen dan windows ink.

 

AUDIO

Menggunakan teknologi Quad HP speaker, HP Audio Boost, dan juga custom tuning dari pakar-pakar Bang & Olufsen, menjadikan hiburan dan bunyi yang hasilkan sangat memuaskan.

 

 

Jadi apa pendapat anda tentang  HP Spectre ini? Dengan feature dan reka bentuk yang sangat menarik dan keunikkan 360 degree mod skrin adakah sesuai untuk melakukan kerja-kerja harian? Adakah ia sesuai dengan kemahuan dan cita rasa anda sebagai pengguna laptop?

 

Antara Sebab-Sebab Laptop Anda Jadi Lembab

Untuk anda pengguna laptop di luar sana tu. Mesti pernah alami masalah laptop lembab macam siput kan. Masalah ni tidak asing lagi untuk  semua orang, setiap orang pasti akan alami masalah pada satu tahap tertentu.

Masalah ni boleh buat orang stress, naik darah pun ada. Yelah nak bukak folder dokumen ataupun word nak kene tunggu dia punya slow nak buka file. Ada beberapa sebab yang menyebabkan masalah ini berlaku.

 

  • MASALAH OPERATING SYSTEM

Ada kemungkinan operating system (windows) terlalu berat atau sudah ada masalah. Boleh jadi windows anda sudah terlalu lama dan macam-macam dah ade dalam system.

 

  • OPERATING SYSTEM TAK SESUAI

Yang ini pun boleh jadi jugak punca masalah. Sebagai contoh laptop korang tu asal windows XP atau Vista tapi korang upgrade ke 8 atau 10.  Ini di sebabkan laptop tu tak boleh support windows yang baru, upgrade ke windows 7 OK lagi sebab windows 7 ringan lagi berbanding windows 8 & 10.

 

  • HARDISK PROBLEM

Macam mana nak tahu hardisk dah ada masalah? Senang je korang boleh gunakan software seperti HDD Sentinel, ataupun software Hiren. Software ni boleh membantu tunjuk peratusan health hardisk, kalau bawah 99% tu dah ada masalah lagi-lagi ade bad atau weak sector.

Cepat-cepat la buat backup data takut hardisk tu boleh corrupt bila-bila masa atau total lost.

 

  • PROCESSOR BAWAH 2.0 ghz

Haa, kalau boleh masa anda nak beli laptop buat research dulu untuk spesifikasi laptop yang nak dibeli. Processor main peranan penting juga untuk performance laptop. Macam mana nak check? Mudah je.

Right click My Computer –> Properties

Tengok kat bahagian processor –> berapa GHz?

 

  • RAM TAK SAMPAI 2GB

RAM juga penting, kalau RAM sedikit memang slow nak open file, running aplikasi lagi-lagi kalau nk buat kerja multi-tasking, sekurang-kurangnya 2GB RAM sudah memadai. Macam mana nak tengak jumlah RAM? Senang je.

Right click My Computer –> Properties

Tengok kat bahagian RAM–> berapa GB?

 

  • KIPAS ROSAK ATAU OVERHEATING

Salah punca laptop boleh overheating sebab kipas dah tak berfungsi dengan baik. Kenapa overheating boleh buat laptop lembab? Mana tak nya, korang dah lenjen macam-macam program, buka 3 ke 4 aplikasi memang processor tu panas bila panas dan overload kipas pula tak berfungsi boleh rosak hardware.

Macam mana nak check? Mudah je.

Cara check, tak dengar bunyi kipas ATAU tak rasa angin keluar kat lubang (airflow) kat laptop anda. Ataupun anda boleh gunakan software speecy untuk check suhu laptop.

 

  • VIRUS

Ni memang best! Virus tak kira masa bila nak infected kat laptop anda. Yang tak best bila file jadi shortcut, ada keluar shortcut (1,2,3,4) dan lain-lain lagi. Sekarang ni macam-macam jenis virus, malware jadi jangan lupa update antivirus. Sebelum scan laptop, tolong update dulu antivirus. Dah update, baru scan sama juga dengan pendrive scan dahulu.

 

  • TAK ADA ANTI VIRUS

Kalau boleh jangan abaikan software anti-virus ni. Kalau tak ada tolong install bukan ape penting untuk laptop anda ada pelindung dari serangan virus dan sebagainya. Ada juga jenis manusia typical macam ni “buat apa ade anti-virus aku tak klik benda yang merapu dan sebagainya”.

Tapi bila dah kena baru tau, lagi-lagi ade fail, dokumen, video, gambar yang penting, dah tak boleh buka baru tau nak menyesal.

 

  • TERLALU BANYAK STARTUP PROGRAM

Yang ini pun punca laptop anda boleh jadi slow, terlalu banyak startup program yang running. Apa yang boleh dilakukan? Senang je. Download CCleaner, software ni boleh disable atau delete terus startup program yang tak penting. Bila banyak startup running, masa nak on laptop jadi SLOW.

 

  • BANYAK PROGRAM ATAU APLIKASI YANG ANDA INSTALL

Ada sesetengah program atau aplikasi kat luar sana yang boleh melambatkan performance laptop anda, mungkin disebabkan spesifikasi laptop yang tidak sesuai dan sebagainya. Macam mana nak buat? Mudah je.

Kalau ada software-software yang tak guna atau jarang guna, saya nasihatkan uninstall je. Sebab buat berat laptop laptop anda je.

 

  • JUNK FILE TERLALU BANYAK

Anda boleh buang junk file (temp) ni dengan cara :-

Tekan Start –> Taip Run

Taip %TEMP% –> Enter

Select all semua file, kemudian delete.

Semua file dalam folder temp kebanyakkan sampah, anda boleh free space size HDD anda.

Delete semua tau. Sebab buat semak je space hard disk laptop anda.

 

  • LAPTOP DAN SPESIFIKASI TERLALU LAMA (OLD SCHOOL)

Yang ni saya tak boleh buat apa. Sebab comfirm processor pun lama apatah lagi komponen-komponen kat dalam tu. Tapi selagi boleh guna, jangan tukar. Pakai je selagi boleh pakai.

Ataupun ada boleh cuba gantikan hardisk anda dengan SSD untuk tambah kelajuan.

 

Harap artikel ini sedikit bebanyak dapat membantu dan memberi tahu anda, sebab kenapa laptop anda boleh jadi lembab macam siput.

Dell XPS 13 Review

Dell XPS 13 menawarkan skrin 13 inci, bersama dengan reka bentuk yang menarik, keselesaan, mempunyai performance yang hebat dan juga hayat bateri yang tahan lama merupakan combo pakage yang terbaik.

 

SPESIFIKASI

CPU

3.1-GHz Intel Core i5

 

Operating System

Windows 10 Home

 

RAM

4GB

 

Hard Drive Size

128GB SSD

 

Display Size

13.3 inch

 

Graphics Card

Intel HD Graphics

 

ANTARA CIRI-CIRI YANG MENARIK

 

DESIGN YANG MENARIK

Ciri yang paling menarik pada XPS 13 ialah paparan skin infinitinya, dimana hampir tidak mempunyai apa-apa ruang pada sekitar skrin. Ini menjadikan skrin tersebut seperti terapung dan membolehkan anda memberi tumpuan pada apa yang dipaparkan pada skrin.

Bahagian atas dan bawah diperbuat dari aluminum, yang memberikan frame tahan lebih lama dan lasak. Bahagian dalamanya menggunakan karbon fiber menjadikan anda berasa lebih selesa ketika menaip.

 

DISPLAY LEBIH JELAS & HD

Anda mempunyai dua pilihan display pada Dell XPS 13, dan kedua-duanya sangat bagus. Terdapat model non-touch screen full HD dengan resolusi 1920×1080. Atau model touch-screen dengan resolusi yang lebih tinggi 1920×1080.

Semasa menonton 4k movie pada kedua-dua XPS 13, jelas bahawa skrin beresolusi tinggi lebih cantik paparanya.

 

AUDIO

Audio yang di hasilkan oleh stereo speaker pada XPS 13 tidak kurang hebatnya. sound sedap di dengari tetapi kalau pada volume tertinggi bunyi sangat kuat. Ini merupakan default setting, melainkan anda menggunakan aplikasi audio yang membolehkan anda set bass dan sebagainya.

 

KEYBOARD

Pengalaman menaip pada XPS 13 agak selesa dengan kedudukan key pada keyboard tidak terlalu rapat atau jarak. Maklum balas ketika anda menekan key adalah sangat baik.

 

PERFORMANCE

Lengkap dengan processor i5 7th generation , 4GB RAM, 128 SSD dan juga 1080p display. Menjadikan penggunaan seperti multi task tiada masalah dan ia sangat laju dan lancar. Sesuai untuk melakukan kerja-kerja pejabat, stearming video,  mahupun kerja editing.

 

GRAPHIC

Intel Graphic 620 pada XPS 13 juga mampu mengendalikan games dengan baik sebagai contoh DOTA2 dan sebagainya, cuma tidak sehebat graphic nvdia atau pun amd yang memang khas untuk gaming.

 

 

Apa pendapat anda tentang  Dell XPS 13 ini? Dengan feature dan reka bentuk yang sangat menarik dan tidak lupa juga dengan performance yang di ketengahkan? Adakah ia sesuai dengan kemahuan dan cita rasa anda sebagai pengguna laptop?

 

Acer Swift 3 Review

Laptop Swift 3 merupakan keluaran Acer, dengan reka bentuk yang elegen serta menggunakan cover petutup logam. Sekali pandang macam laptop mewah.

Acer Swift 3 mampu melakukan tugas-tugas asas seperti browsing web, streaming HD video, melakukan kerja dokumen dan sebagainya. Ia juga menggunakan processor i5 jadi ia mampu melakukan kerja-kerja multi-task.

 

SPESIFIKASI

 

Operating System

Windows 10 Home

 

Processor

Intel® Core™ i5-7200U processor 2.50 GHz

 

Display

35.6 cm (14″) Full HD (1920 x 1080) 16:9

 

Graphic

Intel® HD Graphics 620 with Shared Memory

Nvidia GeForce

 

Memory

4 GB, DDR4 SDRAM

 

Storage

256 GB SSD

 

ANTARA CIRI-CIRI MENARIK

 

READ MY FINGER (TEKNOLOGY SCAN FINGERPRINT)

Acer menggunakan teknologi fingerprint reader merupakan cara yang cepat dan selamat untuk Windows Hello untuk mengesahkan identiti anda tanpa kata laluan.

Windows Hello adalah password-free-sign-in yang memberi anda cara terpantas, paling selamat untuk anda log masuk ke windows anda.

 

KEYBOARD BACKLIT YANG MEMBANTU ANDA MENAIP DALAM GELAP

Keyboard yang selesa untuk digunakan dalam persekitaran yang cerah atau pun dalam gelap dengan adanya kemudahan keyboard backlit yang disediakan. Keyboard mempunyai respon yang baik, dapat memberi keselesaan ketika anda menaip dokumen dan sebagainya.

 

GRAPHIC DAN PROCESSOR

Mampu menjalankan dan melengkapkan tugasan yang rumit dengan menggunakan processor i5 dan grafik Nvdia GeForce.

Acer Swift 3 juga menggunakan teknology Acer Color Intelligence. Teknologi ini secara dinamik menyesuaikan gamma, mengoptimumkan warna, dan kecerahan.

Jadi display nampak lebih cantik dan menarik. Disebabkan graphic dan skrin ia juga menyokong Full HD Resolution 1080. Video yang anda tonton lebih sharp dan jelas.

 

KUALITI SOUND YANG SEDAP DI DENGARI

Audio yang keluar kedengaran dengan jelas, ini kerana Acer menggunakan teknologi TrueHarmony. Ia dapat menghasilkan bunyi yang baik.

 

KERJA-KERJA  MULTI-TASKING

Swift 3 juga sesuai untuk melakukan kerja-kerja multi-tasking yang biasa kita lakukan. Menggunakan prosessor i5, dapat memberikan prestasi yang agak baik untuk melakukan sebarang kerja.

 

Apa pendapat anda tentang  Acer Swift 3 ini? Dengan feature dan reka bentuk yang sangat menarik dan sesuai untuk melakukan kerja-kerja harian? Adakah ia sesuai dengan kemahuan dan cita rasa anda sebagai pengguna laptop?

 

 

Troubleshoot Problem Auto Hibernate@Sleep

Pernah tak anda mengalami scenario seperti ini, semasa anda sedang menggunakan laptop sambil buat kerja, assignment, surfing internet dan sebagainya dan secara tiba-tiba laptop tu auto sleep/hibernate. Padahal anda tengah kusyuk menaip kat word ni.

Sekiranya ini pernah terjadi pada anda. Jangan risau dan anda boleh cuba dahulu cara ini.

 

LANGKAH 1

 

Windows 7

  • Tekan windows start menu & klik pada control panel
  • Dibahagian control panel, klik pada view by category kepada small icons

  • Klik pada power options (ikon bateri)

  • Pilih choose when to turn off the display & tukarkan kepada never sekiranya anda tidak mahu laptop itu sleep & klik pada save changes.

 

Windows 8

  1. Drag cursor mouse anda kesebelah kanan skin anda untuk keluarkan paparan & klik setting & klik pada control panel.

  • Di bahagian control panel, klik pada view by category kepada small icons
  • Klik pada power options (ikon bateri)

  • Pilih choose when to turn off the display & tukarkan kepada never sekiranya anda tidak mahu laptop itu sleep & klik save changes

 

Windows 10

  • Tekan key pada keyboard logo windows + X atau anda boleh right klik pada startup menu.

  • Di bahagian control panel, klik pada view by category kepada small icons
  • Klik pada power options (ikon bateri)

  • Pilih choose when to turn off the display & tukarkan kepada never sekiranya anda tidak mahu laptop itu sleep & klik save changes

 

LANGKAH 2

Windows 7/8/10

  • Hold key windows + R untuk buka paparan Run (Pastikan anda Run as administrator)
  • Dalam paparan Run, taip cmd & tekan enter

  • Dalam CMD taip powercfg.exe/hibernate off & tekan enter
  • Taip exit & tekan enter

  • Taip powercfg.exe/hibernate off (untuk off hibernate)
  • Taip powercfg.exe/hibernate on (untuk on hibernate)

 

LANGKAH 3

Anda boleh cuba cara ini sekiranya masalah tidak selesai. Ada kemungkinan bateri laptop anda menjadi punca masalah tersebut.

  1. Cabut bateri laptop anda tik kira bateri tu external (luar) atau internal (dalam)
  2. On laptop dan cuba guna macam biasa.

 

LANGKAH 4
  1. Anda dah cuba cabut bateri latop pun masih sama? Cuba test restore windows anda pada tarikh sebelum jadi masalah auto sleep/hibernate.
  2. Boleh cuba format dahulu windows anda dengan install operating system yang baru.

 

Anda sudah cuba semua langkah di atas ni? Masalah masih tak dapat diselesaikan? Kemungkinan ada masalah pada bahagian hardware laptop anda.