Troubleshoot Masalah Wireless Connection

Masalah Wi-Fi tak boleh connect, icon Wi-Fi gambar “X”, kalau boleh connect dengan internet pun keluar “Limited / No Connectivity. Situasi ni boleh buat orang stress.

Masalah macam ni boleh mengganggu produktiviti anda, Nak  mencari informasi nak kene surfing internet tak boleh.

 

Apa yang boleh anda lakukan sekiranya perkara ini berlaku?

 

Ada beberapa cara yang boleh anda gunakan untuk troubleshoot masalah seperti ini. Diantaranya :-

Pertama sekali yang boleh anda lakukan adalah reset atau matikan dahulu modem internet anda selama 60 saat lepas tu on balik modem bagi mereka yang mereka yang menggunakan streamy, unifi dan sebagainya.

 

Kedua anda boleh cuba untuk forget Wireless network anda dan connect balik ke Wireless network tersebut. Caranya Mudah Sahaja right klik pada icon wireless anda dan pilih open network and sharing center > pilih wireless networks dibahagian kiri paparan skrin anda > Dalam Bahagian ni anda pilih wireless network mana yang anda gunakan  dan klik remove > Tutup dan klik balik pada icon Wi-Fi anda dan pilih wireless network anda dan masukkan balik password.

 

Ketiga anda boleh menggunakan command prompt. Caranya pergi ke startup menu dan dibahagian search anda taip command prompt > Dalam command prompt anda boleh taip ipconfig/renew (tekan enter) > taip exit (tekan enter).

 

Keempat Ada kemungkinan Driver wireless laptop anda bermasalah atau hilang. Apa yang anda boleh lakukan. Guna dulu mana-mana laptop atau pc yang ada sambungan internet. Dalam search box google tu anda taip jenama dan model laptop anda contohnya (download driver acer aspire ####). Tekan pada link website acer dan cari dan download driver wireless network laptop tersebut, dan copy pada pendrive dan install pada laptop anda (pastikan anda download khas untuk windows yang anda gunakan win7/8/10).

 

Kelima anda boleh cuba format balik laptop anda. Dengan install operating system yang baru dan install balik semua driver yang diperlukan. kalau ada backup data baik anda backup dahulu fail-fail yang penting dekat external hardisk atau pendrive.

 

Keenam kalau icon wireless anda gambar “X” anda kemungkinan anda ter toggle off wi-fi anda. Cuba carik logo wireless pada keyboard anda ataupun ada suis on/off wireless pada bahagian sisi laptop anda. anda boleh cuba cari driver wireless dari internet ikut cara diatas tu. Kalau ada dah cuba ni semua maknanya wireless card anda dah rosak

 

Cara terakhir kalau wireless card rosak anda perlu tukar wireless card tersebut dengan yang baru. Kos agak tinggi tapi kalau anda nak jimat boleh gunakan tp-link. Fungsi tp-link ni sama je macam wireless laptop cuma anda perlu sambungkan pada slot usb kalau nak connect internet.

 

 

Acer Aspire VX 15 Review

Acer mungkin mengejutkan dan  menarik perhatian orang ramai dengan laptop edisi terhad mereka iaitu Acer Predator 21 X, tetapi Aspire VX 15 tidak kurang hebatnya.

Aspire VX 15, merupakan tawaran yang sangat baik untuk enty-level gaming laptop, yang menggunakan komponen generasi semasa.

Tidak menggunakan reka bentuk Aspire yang biasa kita lihat sebelum in, Acer memberikan kelainan dalam reka bentuk gaming untuk Aspire VX15, termasuklah dua ventilasi udara yang bergaya di bahagian belakang untuk memastikan sistem sentiasa dalam keadaan baik dan sejuk.

 

SPESIFIKASI

 

Operating System

Windows 10 Home

 

Processor

Intel® Core™ i7-7700HQ processor Quad-core 2.80 GHz

 

Display

39.6 cm (15.6″) Full HD (1920 x 1080) 16:9

 

Graphic

NVIDIA® GeForce® GTX 1050 Ti with 4 GB Dedicated Memory

 

Memory

4 GB, DDR4 SDRAM

 

Storage

1 TB HDD

 

 

ANTARA CIRI-CIRI YANG MENARIK

 

DESIGN YANG MENARIK

Reka bentuk bahagian luar dan dalam adalah lebih baik daripada yang harapkan.  Body laptop adalah plastik, tetapi Acer melakukan yang terbaik untuk menjadikannya kelihat seperti logam, lalu memberikan penampilan yang lebih premium.

 

KEYBOARD YANG LUAS DAN SELESA SERTA BACKLIT YANG MENARIK

Acer memberikan VX 15 keyboard yang luas dengan pad nombor yang kecil. Keyboard tersebut mempunyai jarak antara key yang bagus dan selesa semasa menaip dan respon yang baik. Keseluruhan keyboard mempunyai backlit berwarna merah dengan key WASD mendapatkan sedikit pencahayaan tambahan.

 

KUALITI AUDIO YANG BAIK DAN MEMUASKAN

Speaker dalam Aspire VX 15 adalah sangat baik dan kualiti audio yang keluar adalah lebih baik dari apa yang disangkakan. Ini kerana ia menggunakan teknologi Acer TrueHarmony dan Dolby Audio Premium untuk enhance lagi audio.

 

PORT USB Type-C

Mempunyai satu Port USB Type C merupakan standard USB yang terbaru dimana kelajuan 10 kali ganda lebih laju dari USB 2.0

 

GRAPHIC NVDIA GeForce GTX 10 Series

NVIDIA GeForce GTX 10 Series dilengkapi dengan seni bina NVIDIA Pascaldan juga teknologi permainan baru yang inovatif yang menjadikannya pilihan yang sempurna untuk permainan definisi tinggi masa kini.

 

PROCESSOR i5/i7

Menggunakan Processor 7th generation Intel Core i5/i7 memberikan kuasa memproses yang lebih kuat, lancar dan cepat dalam melakukan kerja-kerja pejabat, multi-task, menonton video dan bermain games.

 

Apa pendapat anda tentang Aspire VX 15 keluaran Acer ini? Dengan feature dan reka bentuk yang sangat menarik dan elegen dan sesuai untuk mereka yang gemar bermain games di laptop. Adakah ia manarik minat dan memenuhi kehendak  dan cita rasa anda sebagai pengguna?

 

CMOS Bateri Bermasalah Dan Apa Yang Berlaku Pada Laptop & Desktop Anda

APA ITU CMOS BATERI

CMOS atau nama lain Complementary Metal-Oxide Semiconductor. CMOS bateri biasanya di pasang pada motherboard, bertujuan untuk menyimpan maklumat. Contoh maklumat yang disimpan adalah tarikh dan masa dan juga setting pada sistem hardware komputer atau laptop anda.

 

APA YANG AKAN TERJADI KALAU CMOS BATERI TIDAK BERFUNGSI

  • Masalah yang biasa akan timbul adalah Tarikh dan masa pada komputer atau laptop anda tidak sama dengan waktu sebenar.

Tidak kira berapa kali anda set balik masa dan tarik ia akan tetap bertukar kepada tarikh dimana ia           di manufacture selepas dimatikan walaupun anda set dekat BIOS.

 

  • Akan ada masalah yang muncul masa anda ingin surfing internet. Error message “ Your clock is behind” NET::ERR_CERT_DATE_INVALID. Jadi setiap kali anda mahu surfing internet perlu set tarikh dan masa yang sebenar. (lecehkan kalau setiap kali nak kena betulkan tarikh dan masa setiap kali)

 

  • Masa anda nak boots windows biasanya akan keluar tatapan message seperti “CMOS CHECK SUM ERROR “/ CMOS ERROR READ. Kalau keluar message macam tu maknanya CMOS bateri laptop bermasalah.

 

Pada pendapat saya agak menyusahkan juga kalau setiap masa nak surfing internet je kena tukar tarikh dan masa sebenar. Awal-awal mungkin boleh tahan tapi lama-lama mesti rasa bosan dan menyusahkan.

 

 

 

Asus ZenPro UX501 Review

Asus ZenBook Pro UX501 merupakan laptop yang mempunyai kelasnya tersendiri. Menggunakan metarial dan juga komponen untuk high performance. Mempunyai ciri-ciri dan reka bentuk yang sangat menarik ada elegen.

 

SPESIFIKASI

Processor

Intel® Core™ i7 6700HQ Processor,

 

Operating System

Windows 10 Home – ASUS recommends Windows 10 Pro.

 

Chipset

Intel® HM170 Chipset

 

Memory

DDR4 2133 MHz SDRAM, up to 16 G, OnBoard Memory 8 GB , 1x DIMM socket

 

Display

15.6″ 16:9 IPS FHD (1920×1080) Asus Splendid Video Intelligent Technology, Zero Bright Dot

 

Graphic

NVIDIA® GeForce® GTX 960M with 2G/4G GDDR5 VRAM

 

Storage

PCIE x 4 512G

 

Card Reader

2 -in-1 card reader ( SD/ SDXC/ MMC)

 

Camera

HD Web Camera

 

Networking

Integrated 802.11 b/g/n or 802.11 ac

Built-in Bluetooth™ V4.0

10/100 Base T

 

Interface

1 x Microphone-in/Headphone-out jack

1 x Type A USB3.0 (USB3.1 GEN1)

3 x Type A USB3.0 (USB3.1 GEN1)

1 x HDMI

1 x Thunderbolt port

 

Audio

Built-in Stereo W Speakers And Array Microphone

Bang & Olufsen

Support Windows 10 Cortana with Voice

Battery

96 Whrs

60 Whrs

 

 

ANTARA CIRI-CIRI YANG MENARIK

DISPLAY YANG LEBIH BAIK

ZenBook Pro boleh memaparkan lebih banyak warna, dengan warna yang lebih terang dan sharp daripada mana-mana paparan standard.

Ia menggunakan teknologi IPS untuk memastikan warna kontras dan qualiti display sentiasa nampak cantik. ZenBook Pro telah menetapkan standard terbaru untuk laptop display.

 

HEBAT DARI SEGI PERFORMANCE

Perkataan ‘Pro’ pada ZenBook Pro bukan sekadar nama sahaja. Setiap komponen dipilih untuk memberikan performance yang cemerlang.

Dengan gabungan prosessor i7, RAM 16gb dan juga grafik nvdia geforce GTX 960m. PCIe sehingga 512GB ssd storage dengan transfer speed 1400MB/s menjadikan ia lebih responsif. Menggunakan teknologi terbaru dual-band 802.11ac Wi-Fi dan bluetooth 4.0 membolehkan anda connect dengan dunia luar dengan kelajuan yang pantas.

Tiga port USB 3.0 di tambah dengan port HDMI, mini DisplayPort dan juga pilihan sambungan Thunderbolt memberi akses kepada teknologi peranti yang terbaru.

 

QUALITI SOUND YANG SEDAP DI DENGARI

ZenBook Pro mempunyai SonicMaster Premium, yang mengabungkan teknologi ICEpower, Bang&Olufsen memberikan pengalaman audio yang terbaik.

Menghasilkan bunyi yang terbaik dalam kelasnya tersendiri lain dari laptop lain, dengan sound bass dan vocal yang jelas, walaupun pada tahap volume yang tinggi.

 

 

KERJA-KERJA GRAFIK DAN MULTI-TASKING LEBIH CEPAT DAN EFISIEIN

Menggunakan prosessor i7, dapat memberikan prestasi yang tinggi untuk sebarang kerja anda lakukan. Di tambah pula dengan RAM 16GB, membolehkan kerja multi-task anda sangat lancar.

Ia juga sesuai untuk menjalankan kerja seperti dokumen dan kerja yang menggunakan banyak grafik. Seperti redering 3D grafik dan sebagainya.

Grafik Nvdia GeForce GTX 960m terkenal dengan gaming-performance, dan anda boleh menikmati video 4k dan juga dapat melakukan kerja-kerja  3D rendering dan bermain game dengan quality yang ultra.

 

Apa pendapat anda tentang  ZenBook Pro keluaran Asus ini? Dengan feature dan reka bentuk yang sangat menarik dan elegen tidak lupa juga dengan high performance yang di ketengahkan? Adakah ia sesuai dengan kemahuan dan cita rasa anda sebagai pengguna laptop?

Facebook Melancarkan “Watch”

Facebook telah melancarkan Watch, merupakan sebuah platform khas untuk online video. Watch akan menggantikan tab video yang sedia ada, dan di pehuni dengan rancangan.

Zaman sekarang video telah menjadi medium yang sangat penting dalam talian. Dari laman web streaming ke vloggers yang berkongsi kisah mereka dan viral video. Youtube mempopularkan video dalam talian dan banyak laman web yang berusaha untuk bersaing dengan mereke.

 

PLATFORM BARU UNTUK RANCANGAN

Rangkaian social menerangkan Watch sebagai satu platform yang baru untuk dipertunjukan di Facebook. Pelbagai genre rancangan yang dipertunjukan.

Facebook berharap Watch akan menjadi  tempat kepada kepelbagaian jenis genre rancangan dari realiti hingga ke komedi dan juga sukan secara live untuk di tonton.

 

 

Watch akan menyertakan watchlist untuk memastikan anda tidak terlepas satu episode dari rancangan kegemaran anda. Kandungan rancangan diatur bergantung pada ada yang dilihat oleh komuniti di antaranya “most talk about,” “what making people laugh” dan “what friends are watching”

Pada peringkat awal ia hanya untuk tontonan pengguna di U.S. Walau bagaimanapun dari masa ke semasa Facebook akan memperluaskan lagi Watch untuk tontonan mereka yang berada luar dari U.S. Watch boleh ditonton melalui telefon pintar, desktop dan juga Facebook smart tv apps.