Asus ZenBook UX330UA (2017)

 

Spesifikasi

  • 8th Generation Intel Core i5-8250U processor
  • Intel HD Graphics 620
  • 8GB memory
  • 256GB SATA 3 M.2 SSD
  • 13.3 inch screen with Full HD display
  • Intel Dual-Band Wireless-AC 8260 with Bluetooth 4.1

 

Rekabentuk

ZenBook UX330UA ini hadir dengan binaan aluminium berwarna silver, dan ianya kelihatan cantik dan moden. Ia juga rasa agak kukuh dan sesuai untuk range harganya.

 

Skrin dan Bunyi

Skrin ZenBook UX330UA yang bersaiz 13.3 inci ini juga memberikan warna yang cukup menarik dan ia juga sangat terang. Ketika menonton movie, setiap warna yang ada movie tersebut kelihatan terang dan sangat memuaskan.

Speaker pada ZenBook UX330UA ini juga sangat kuat untuk memenuhi ruang bilik bersaiz yang besar. Meskipun dipasang kuat, setiap detail bunyi tidak terjejas sedikitpun.

 

Keyboard dan Touchpad

Keyboard pada ZenBook UX330UA ini memberikan proses menaipan yang sempurna, tanpa memerulkan tekanan yang kuat, ia boleh ditekan sehingga habis tanpa sebaarng masalah. Cuma kekurangannya pada butang yang agak rendah menjadikan kadang-kadang boleh tergelincir ke butang lain.

Meskipun ZenBook ini mempunyai banayk point yang positif, tetapi touchpadnya merupakan salah satu point negatif. Ia terlalu keras, dan terasa seakan-akan ada sesuatu pada bahagian bawah touchpad yang terlekat ataupun menghalang. Penggunaan mouse lebih digalakkan.

 

Prestasi

Asus ZenBook UX330UA ini memberikan skrin yang sempurna, kualiti audio yang bagus, keyboard yang selesa dan menjadikan laptop ini sebuah laptop yang bagus dan sesuai dijadikan sebagai laptop untuk produktiviti. Baterinya juga boleh bertahan selama 8 jam atas penggunaan web browsing dan juga wifi.

Bagaimana Untuk Menutup Notification Pada Windows 10

Notification pada Windows berubah setiap kali adanya version baru Windows, tetapi, semakin dia berubah, semakin bertambah annoying. Setiap kali ada notification, ia akan mula keluar, tidak kira sedang menonton video ataupun sedang bermain game ataupun sedang melakukan kerja, ia akan tetap menyemak pada Windows kita.

 

Cara mudah:

  1. Tekan pada notification icon pada bahagian bawah kiri skrin. Ikonnya seperti chat box.
  2. Tekan ikon All settings.
  3. Pilih System.
  4. Tekan pad Notifcations & actions pada sebelah kiri.
  5. Untuk menutup notification secara kekal, toggle Get notifcations from apps and other senders button kepada off.

HP Envy 13t

 

Spesifikasi

  • Intel Core i7-8550U processor
  • Intel UHD Graphics 620
  • 8GB memory
  • 256GB PCIe M.2 SSD
  • 13.3 inch screen with Full HD display
  • Intel Wireless Dual-Band with Bluetooth 4.1

 

Rekabentuk

Tidak seperti kebanyakan laptop yang berada di pasaran, HP Envy 13t ini hadir dengan aluminium yang tidak berkilap, tetapi matte. Pada bahagian bawahnya pula ia diperbuat daripada magnesium alloy.

 

Skrin dan Bunyi

HP Envy 13t mempunyai touch screen yang bersaiz 13.3 inci dan ia juga memberikan kualiti gambar yang cukup bagus dan cantik. HP Envy 13t juga mempunyai pilihan skrin 4K yang lebih cantik dan lebih terang.

Speaker Envy 13t ini hanya sesuai untuk mendengar dialog daripada movie dan juga untuk skyping. Jika anda ingin mendengar lagu, mungkin anda memerlukan external speaker.

 

Keyboard dan Touchpad

Keyboard pada Envy 13t ini cukup selesa digunakan dan sesuai untuk mereka yang produktiviti dan juga students yang ingin melakukan kerja on-the-go.

Touchpad tanpa butang pad Envy 13t ini cukup tepat ketika digunakan, dan swipe, click, dan juga multi-gestures boleh digunakan tanpa sebarang masalah.

 

Prestasi

Dengan processor generasi ke-8 daripada Intel, 8GB RAM, dan juga SSD, ia menjadikan laptop ini tidak mempunyai masalah untuk browsing internet, dan juga heavy multi-tasking. Baterinya juga boleh bertahan selama 9 jam tanpa perlu dicas. Ia juga mempunyai rekaan yang premium yang cukup memuaskan.

Tambahkan Free Space Secara Automatik Dengan Storage Sense Pada Windows 10

 

Laptop kompak dan bajet pada masa kini tidak didatangkan dengan storage yang besar, ada yang dating dengan 32GB, 64GB, setelah install beberapa software, dan storagenya akan mula menjadi penuh. Untuk pengguna Windows, bila kita buang fail dari folder Temporary, dan juga Recycle Bin, ia akan memberi space yang cukup besar.

  1. Right-click pada ikon Windows, dan pilih System.
  2. Pilih Storage pada bahagian kiri.
  3. Toggle Storage Sense kepada On.
  4. Tekan pada Change how we free up space.
  5. Toggle on ataupun off mengikut kehendak.

Lenovo Flex 5 (15inch)

 

Spesifikasi

  • Intel Core i7-7500U
  • Nvidia GeForce 940MX 2GB GDDR5
  • 16GB memory
  • 512GB NVMe SSD
  • 1TB SATA HDD
  • 15.6 inch screen with 4K display
  • Intel Dual-Band Wireless-AC 8265 with Bluetooth 4.1

 

Rekabentuk

Flex 5 ini hadir dengan rekaan yang diubah sedikit berbanding model sebelumya. Penutupnya yang berwarna Onyx Black yang menggunakan aluminium yang melantunkan cahaya. Decknya pula berwarna kelabu gelap menjadikan laptop ini kelihatan premium.

 

Skrin dan Bunyi

Skrin 15.6 inci ini mmeberikan display yang cukup cantik dengan adanya display 4K menjadikan laptop ini boleh digunakan untuk menonton video 4K. Ia juga mempunyai warna yang terang beserta kecerahan yang cukup memuaskan.

Audionya pula cukup kuat untuk memenuhi ruang bilik bersaiz sederhana. Namun begitu, bunyi yang terhasil ada sedikit kabur dan kurang jelas.

 

Keyboard dan Touchpad

Keyboard Flex 5 ini memberikan pengguna rasa yang selesa ketika menaip dan ia memerlukan jumlah tenaga yang sedikit, untuk sampai kedasar keyboardnya.

Touchpad Flex 5 ini juga cukup tepat ketika digunakan. Swipe, click dan juga multi-gestures boleh digunakan tanpa sebarang masalah.

 

Prestasi

Dengan spesifikasinya, laptop ini sesuai digunakan untuk produktiviti. Ia tidak mempunyai sebarang masalah lag ataupun delay ketika digunakan web browsing dan juga streaming. Baterinya hanya boleh bertahan selama 5 jam, dan pengguna mungkin perlu membawa charger sekali sebagi backup.