Sebab Kenapa Anda Perlu Guna VPN

Apa itu VPN? Virtual private network, berpatutan, mudah untuk digunakan, merupakan salah satu komponen bagi komputer dan smartphone. Selari dengan firewall, antivirus/anti-malware, anda sepatutnya telah install VPN, untuk menjaga setiap masa anda habiskan dalam talian benar-benar private.

1. Melayari internet dengan selamat dengan menggunakan WI-FI awam

Scenario dimana, anda keluar membeli-belah, berhenti untuk minum kopi di suatu tempat, atau baru sahaja menempah bilik di sebuah hotel. Anda perasan terdapat wi-fi percuma. Reaksi yang biasa adalah dengan segera akan connect  dan surfing internet, check social media, e-mail.

Masalahnya ia sangat berisiko jika anda tidak menggunakan VPN. Kenapa?

  • Browser tidak di encrypted dan gelombang radio tanpa di encrypted boleh di ambil oleh sesiapa sahaja.
  • Malware dari laptop lain yang juga menggunakan free wi-fi tersebut kemungkinan akan dapat mencari jalan ke router terus ke laptop, tanpa disedari.
  • Wi-fi percuma yang ditawarkan kemungkinan satu perangkap – fake internet connection yang sebenarnya phishing scam.

Dari sekarang anda perlu berhati-hati dengan wi-fi percuma. Sebab anda biasa nya perlu mengisi maklumat untuk register sebelum boleh menggunakan wi-fi tersebut. Data itu akan digunakan untuk track anda.

2. Elakkan location-based price targeting

Kelihatan menarik dan menakjubkan, beberapa kedai online akan memaparkan harga yang berbeza untuk items yang sama, berdasarkan dari negara  mana anda melayari. Ia boleh jadi apa-apa dari beg tangan, kasut, kereta, malah tempahan bilik hotel dan tiket tambang penerbangan.

Dalam satu contoh, harga tiket kapal terbang yang sama adalah lebih murah melalui ip address Australia daripada ip address Malaysia.

3. ENCRYPTED semua yang anda lakukan

Ini mungkin kelihatan seperti dalam filem penjenayah siber atau rancangan tv, tapi klien VPN pada komputer atau smart phone anda boleh encrypt data tersebut dengan remote website dan server. Apa-apa aktiviti atas talian dengan menggunakan aplikasi VPN akan disambungkan ke server akan di encrypted.

Dengan ini menjadi apa yang anda lakukan itu adalah private dan dengan sistem keselamat seperti ini menjaga privacy. Walaupun data tersebut dipintas , ia tidak bermakna apa-apa untuk si penggodam.

4. Meningkatkan kelajuan Online Games

Sama ada anda sedang meneroka beberapa alam fantasi, MMORPG, lawan raksasa, levelling bersama kawan-kawan, ada kemungkinan FPS gamer yang berdekatan dengan server game tersebut lebih cepat berbanding mereka di negara lain.

Walau bagaimanapun anda boleh mengatasi masalah ini?  VPN boleh digunakan untuk menyamar hakikat bahawa anda bermain permainan dalam talian. Anda perlu memastikan servis pelayan VPN yang digunakan mampu menampung beban permainan online tersebut.

5. Melengkapkan penyelidikan sensitif tanpa gangguan

Banyak jenis penyelidikan boleh dianggap “sensitif”. Berikutan daripada beberapa perkara sebelum ini, jika anda mempunyai sebuah kerajaan yang menindas, penyelidikan aktiviti mereka mungkin juga menarik perhatian. Seperti yang melihat ke atas bahan ditapis atau filem.

Ada sesetengah negara banned website-website yang di anggap sensitif. Sebab tu bila taip pada browser anda akan keluar error pop-up seperti diatas.

Perbandingan Jenis Teknologi Keyboard Popular – Part 2

3. MECHANICAL KEYBOARD

Teknologi mechanical keyboard sedang mengalami kebangkitan terutama dalam pasaran selepas ia dipertimbangkan value dipasaran khusus untuk pengemar keyboard.

Mechanical keyboard mempunyai switch lengkap di bawah setiap kekunci yang terdiri daripada asas (base), spring, stem (batang). Dari segi fungsi, adalah sangat serupa dengan membrane keyboard dengan perbezaan utama ialah penggunaan spring menyediakan rintangan dalam ketidaan getah.

Selepas menekan kekunci pada mechanical keyboard, gegelung spring menyediakan rintangan seperti plugger yang menekan switch, yang kemudian menghanta isyarat ke komputer anda.

Bergantung kepada bahagian-bahagian yang digunakan, ada orang yang suka bermain-main dengan keyboard seperti ini kerana anda boleh mengawal jumlah tekanan yang diperlukan untuk digerakkan, seta jumlah ketukan pada kekunci dan keseluruhan rintangan pada spring tersebut.

JADI JENIS KEYBOARD YANG MANA SESUAI DENGAN ANDA?

Apa yang tertera diatas bukan senarai lengkap teknologi keyboard yang ada diluar sana, tetapi ia meliputi jenis teknologi keyboard yang popular di pasaran hari ini.

Gamers

Untuk seorang gamers, pilihan yang paling jelas adalah menggunakan mechanical keyboard kerana mempunyai tahap tinggi dalam penyesuain dan peningkatan maklum balas sentuhan, menyedarkan pemain kekunci apa yang ditekan/gerakkan.

Gamers cenderung untuk memilih mechanical keyboard dengan bahagian yang lebih keras untuk menggurangkan kesilapan menekan kekunci yang salah tanpa sengaja, maka ini adalah satu satu spesifikasi yang khusus untuk mereka, atau menukar perkakasan keyboard itu sendiri dengan menggunakan kit yang dijual di dalam talian.

Casual Computer Users (pengguna biasa)

Bagi kebanyakan pengguna, membrane keyboard adalah satu penyelesaian yang sangat efektif yang murah, ringan dan agak tahan lama kepada casual user. Ini merupakan keyboard yang sangat popular dimana ramai pengguna di luar sana menggunakannya, jadi apa jenis keyboard  selagi ia boleh berfungsi selagi itu kita akan gunakan.

Writers

Bagi sesiapa yang menggunakan beribu-ribu ketukan kekunci sehari – seperti seorang penulis – tidak ada jawapan yang jelas. Akhirnya keputusan itu bergantung kepada citarasa anda.

papan kekunci mekanikal biasanya pilihan yang hebat, walaupun tidak seperti versi yang gamers gunakan dengan kekunci yang lebih keras, sentuhan lembut sering diperlukan untuk mengurangkan ketegangan jari.

Perbandingan Jenis Teknologi Keyboard Popular – Part 1

YANG MANA SESUAI UNTUK ANDA?

Apabila bercakap tentang perkakasan komputer, keyboard komputer adalah unsung hero.

Tiada peranti lain yang jumlah penggunaan yang sama seperti anda menggunakan keyboard, dan sementara kita lebih gemar untuk menghabiskan ratusan ringgit atau lebih untuk membeli mouse, kita sering terlupa dimana tangan sering berehat kebanyakan masa, kalau bukan pada keyboard.

Keyboard biasanya dilihat mengikut saiz sahaja. Dengan pemikiran seperti itu anda sebenarnya patut fikirkan jenis apa yang sesuai dengan gaya dan penggunaan yang khusus untuk anda.

Kali ini kita akan membincangkan beberapa jenis mekanisme switch keyboard yang paling sesuai untuk penggunaan secara tidak langsung mengubah perspektif anda.

JENIS TEKNOLOGI SWITCH KEYBOARD YANG POPULAR

Keyboard biasanya dikelaskan mengikut jenis mekanisme switch yang mereka gunakan. Selain daripada jenis ergonomics terdapat banyak lagi jenis-jenis­ teknologi keybord yang berbeza di luar sana. Keyboard datang dengan pelbagai gaya, permukaan dan jenis bahan, tetapi apa yang sama adalah 80-110 switch yang membolehkan ia beroperasi.

Berikut adalah sebahagian daripada mekanisme switch paling popular, dan gambaran ringkas dan bagaimana ia beroperasi.

1. MEMBRANE KEYBOARD

Teknologi ini menggunakan tiga lapisan. Lapisan atas terdiri daripada sama ada label di bahagian depan kunci rata (panel rata) atau plungers switch, yang juga dipanggil keytops (perjalanan penuh). Lapisan tengah bertindak sebagai spacer antara lapisan paparan atas dan lapisan belakang.

Lapisan belakang mempunyai satu siri jalur dicetak bersudut tepat dengan lapisan depan. Apabila lapisan depan ditolak dengan cukup keras, ia menolak melalui spacer yang di hubungkan dengan lapisan belakang, yang menutup dan mengaktifkan litar.

Perbezaan antara panel rata dan perjalanan penuh dalam kebanyakan aplikasi. Panel rata membrane keyboard digunakan pada aplikasi yang tidak mempunyai banyak ruang dibahagian belakang seperti switch microwaves, photocopiers, small appliances, coffee maker dan sebagainya.

2.DOME SWITCH KEYBOARD

Satu lagi versi teknologi keyboard yang popular adalah dome switch keyboard. Switch dome sebenarnya satu bentuk gabungan antara membrane dan keyboard (seperti gambar dibawah).

Teknologi ini adalah sama, hanya ia menggunakan switch rubber dome dipanggil polydromes (untuk memberikan maklum balas sentuhan)

Satu lagi versi teknologi dome switch menggunakan apa yang dikenali sebagai scissor dome. Switch dome  ini menggunakan teknologi untuk meningkatkan ketahanan ditambah dengan scissor switch, yang pada dasarnya berbentuk “X” di setiap sisi, jenis keyboard ini biasa ada pada macbook pro dan macbook air.

Cara Elak Laptop Dari Virus Dengan Mudah!

cara elak laptop dari virus

Cara elak laptop dari virus tak ramai yang tahu ini kerana banyak kes laptop pelanggan kami yang berpunca daripada serangan virus dari pelbagai punca, seperti internet, pendrive, dan juga hard disk.

Tapi sebelum itu, kita kena tahu dulu apa itu virus. Virus ini adalah perisian ataupun software yang boleh membiak dan menjangkiti laptop dan juga desktop. Perisian ini dicipta untuk pelbagai jenis penggunaan.

Antara virus yang popular adalah:

  • Ransomware bertindak mengunci semua fail yang ada dalam laptop atau desktop anda, dan meminta anda untuk membayar sejumlah wang tebusan yang tinggi untuk dapatkan data anda kembali.
  • Trojan horse digunakan untuk mendapatkan akses pada data yang ada dalam laptop dan desktop.
  • Backdoor pula digunakan untuk mendapatkan remote access pada laptop dan desktop dan pemilik virus boleh mengawal laptop dan desktop kita dari jauh.
  • Dan banyak lagi.

cara elak laptop dari virus

Di dunia ini, terlalu banyak jenis virus yang wujud dan kita sebagai pengguna laptop dan desktop wajib tahu cara elak laptop dari virus supaya laptop tak berhadapan dengan apa-apa masalah dan anda pun tak perlu mengeluarkan kos untuk membaiki laptop.

Untuk saya, sepanjang saya menggunakan internet, ada beberapa kali laptop saya dijangkiti virus semasa menggunakan internet disebabkan kesilapan saya sendiri. Pada masa itu, saya bukanlah tahu tentang cara untuk membaiki laptop dan masalah virus ini sungguh memeningkan kepala.

Virus mempunyai pelbagai jenis kaedah untuk masuk ke dalam laptop dan desktop anda. Sebab itu, semua laptop dan desktop harus dilengkapkan dengan antivirus bagi memantapkan lagi perlindungan disamping anda tahu cara elakkan laptop dari virus. Tak kisah lah anda menggunakan hanya Windows Defender ataupun antivirus percuma ataupun antivirus berbayar.

 

 

4 CARA ELAK LAPTOP DARI VIRUS

1. Elakkan Butang Download Palsu

Cara elak laptop dari virus yang pertama adalah berhati-hati semasa menekan butang download.

Benda seperti ini boleh muncul dimana-mana, biasanya anda selalu jumpa benda macam ini di download sites. Sama ada di website yang dipercayai atau tidak, akan dijamin terdapat butang download untuk ditekan tapi bukan pada benda yang ingin anda klik.

Hasilnya, boleh jadi anda muat turun sesuatu yang tidak diingini, mungkin malware, ataupun perisian yang tidak bagus. Sebagai contoh anda mahu download software, tetapi masa klik download keluar pop-up seperti gambar dibawah.

cara elak laptop dari virus

Lihat pada gambar di atas anda boleh tahu ini adalah satu helah yang kotor/scam.

Anda boleh mengalahkan penipuan seperti ini. Tetapi perlu berhati-hati semasa anda ingin klik butang pada notifikasi di atas. Fikir dahulu sebelum anda melakukan apa-apa dan pertimbangkan perkara-perkara berikut.

  • Pernahkah anda menggunakan website tersebut?
  • Anda percaya website tersebut?
  • Sudahkah anda periksa status bar browser untuk mengesahkan destinasi link tersebut?
  • Adakah butang teks dan font untuk website itu sama?

Sekiranya anda mempunyai keraguan tentang mana-mana soalan di atas ini, maka anda perlu mengelak daripada website tersebut. Scammers boleh menggunakan macam-macam helah supaya anda melakukan kesilapan. Jadi ambil masa untuk berfikir dan percaya naluri anda.

Jika anda masih ada keraguan berkenaan dengan website tersebut. Apa yang boleh anda lakukan ialah dengan menggunakan Norton safe web. Masukan name website tersebut pada Norton safe web dan enter kalau OK akan keluar paparan seperti ini.

 

 

2. Guna Browser Yang Lebih Selamat

Cara elak laptop dari virus yang kedua pula adalah menggunakan browser yang ada perlindungan.

Browser yang lama seperti internet explorer sekarang tidak cukup baik untuk zaman sekarang. Kalau anda fikir betul-betul, browser versi lama boleh dianggap tidak selamat. Aplikasi seperti ini perlu kerap dikemas kini oleh developer kerana banyak sebab, kebanyakannya untuk mengekalkan dan meningkatkat tahap keselamatan.

Online shopping, online banking, social networking, semua ini mempunyai risiko, dimana ada kemungkinan kata laluan, matlumat peribadi digodam oleh penggodam.

cara elak laptop dari virus

Pastikan browser yang digunakan up-to-date­, jangan lupa untuk lihat nama website tersebut betul, jika mencurigakan padam terus. Lagi satu kebanyakan internet security software yang ada di luar sana mempunyai secure browser mereka sendiri.

Tidak digalak anda menggunakan internet explorer untuk masuk website yang seperti ini. Gunakan browser seperti chrome,Mozilla or Microsoft edge dan sebagainya.

Anda tidak sepatutnya menggunakan internet explorer kerana browser tersebut ada masalah dah Microsoft sendiri telah meningalkan software tersebut. Banyak penggodam mensasarkan merekan yang menggunakan browser tersebut.

Jadi pilih browser lebih selamat, pantas, mudah digunakan, untuk keselamatan anda.

 

3. Abaikan Mesej Popup Yang Mencurigakan

Cara elak laptop dari virus yang ketiga pula adalah abaikan semua popup dari link yang tak dikenal pasti.

Ini boleh mengelirukan dan sukar untuk dikesan, pop-up iklan seperti ini boleh muncul pada skrin anda, walaupun anda menggunakan perisian antivirus pada komputer tersebut. Apa yang lebih mengecewakan ialah, pop-up seperti ini berlaku walaupun menggunakan antivirus yang berbayar,

cara elak laptop dari virus

Jika keluar pop-up seperti ini, apa yang boleh anda lakukan ialah:

  • Abaikan iklan seperti ini
  • Padam terus browser tab anda

Untuk makluman anda jika keluar iklan security yang bukan dari perisian anda terus abaikannya. Contoh anda ada antivirus ada butang scan dan anda tidak tekan langsung? Terus abaikan.

Perkara yang buruk akan berlaku pada komputer anda, sekiranya komputer tersebut tidak mempunyai antivirus. Kemungkinan besar untuk dijangkiti virus lebih tinggi.

 

4. Elak Dari Menggunakan Torrent

Cara elak laptop dari virus yang terakhir sekali adalah mengelakkan download daripada torrent.

Anda mungkin tidak sedar, fail yang berada di torrent mungkin mengandungi pelbagai jenis virus yang menunggu untuk masuk ke dalam laptop dan desktop anda. Jika anda pernah menggunakan torrent dan tahu apa yang perlu anda lakukan, anda boleh teruskan menggunakan torrent.

Jika tidak, lebih baik anda elakkan torrent dan hanya download daripada website rasmi sahaja.

cara elak laptop dari virus

 

Dan itulah dia sedikit sebanyak tentang cara elak laptop dari virus yang diharapkan bermanfaat untuk anda dan anda boleh share artikel ini dengan kawan-kawan dan juga ahli keluarga anda.

5 Tips Terbaik Sebelum Beli Keyboard Mechanical

1. JENIS SWITCH

Untuk semua mechanical keyboard yang ada diluar sana, terdapat beberapa jenis switch yang mempunyai ciri-ciri yang tersendiri. Jika anda tidak tahu apa itu switch, ia adalah teknologi semasa anda menekan butang pada keyboard anda.  Terdapat banyak jenis switch seperti biru, merah, coklat dan switch hitam.

Sebelum anda beli keyboard tersebut, pastikan anda periksa label atau tanya pada jurujual apa jenis switch pada keyboard tersebut. Ini kerana berlainan orang lain cita rasa. Sebagai contoh, untuk mereka yang gemar menaip, pilihan terbaik adalah switch bewarna biru.

2. TUJUAN MENGUNAKAN KEYBOARD TERSEBUT

Sebelum anda beli keyboard tersebut, apa yang anda perlu lakukan adalah, mengenal pasti dahulu apa tujuan anda untuk membeli keyboard mechanical tersebut.

Seorang gamers memerlukan keyboard dimana anda perlu menekan butang kekunci sepenuhnya dan jarak yang luas (bertujuan untuk mengelakkan dari tersalah menekan butang) dan keyboard mechanical adalah sangat sesuai untuk anda.

Bagi seorang penulis pula, memerlukan keyboard yang agak rapat untuk menekan butang kekunci (mudah untuk penulis menaip dengan lebih pantas dan lancar sekiranya butang kekunci rapat dan berbanding keyboard khas untuk gaming).

 3. PASTIKAN APA YANG ANDA BAYAR BERBALOI

 Yang ini adalah suatu yang anda perlu menyelidik atau berekperimen, sebaik-baiknya kedua-duanya.

Adakah ia berbaloi untuk terus menggunakan keyboard mechanical dengan high-end-switch, atau model yang lebih murah dan untuk keperluan anda? Perlukah keyboard tersebut mempunyai backlit (lampu pada keyboard)? Keyboard number pad? Berapa lama keyboard ini mampu bertahan?

Ini adalah soalan yang biasa bermain di fikiran anda sebelum anda menghabiskan duit untuk keyboard yang baru.

4. SAIZ KEYBOARD

 Saiz keyboard juga penting. Ia mungkin kelihatan tidak berguna untuk membeli keyboard berdasarkan saiz tetapi sebenarnya ia adalah penting (bagi saya sekurang-kurangnya).

Keyboard besar dan luas akan memerlukan banyak ruang di atas meja anda. Jika anda mempunyai meja yang kecil, anda mungkin tidak mahu untuk membeli keyboard yang besar.

Keyboard mechanical bersaiz mini juga boleh didapati walaupun ia mungkin tidak menawarkan ciri-ciri tambahan seperti keyboard yang bersaiz besar.

Bagi pendapat saya jika anda mempunyai meja yang besar dan suka display keyboard anda baik untuk anda membeli keyboard yang bersaiz besar dengan fungsi tambahan seperti number pads, media button, atau yang mempunyai tempat merehatkan pergelangan tangan anda.

5. BACKLIGHT (LAMPU PADA KEYBOARD)

Ini adalah salah satu ciri-ciri yang perlu ada dalam setiap papan kekunci mekanikal, iaitu cahaya latar. Sesetengah orang suka untuk bermain dalam gelap, jadi keperluan beberapa cahaya supaya mereka boleh melihat butang pada keyboard mereka.

Sebelum membeli mana-mana keyboard mechanical pastikan ia mempunyai lampu jika anda biasa melakukan kerja dalam keadaan yang gelap. Periksa sama ada ia boleh dikonfigurasi atau tidak.

Ini kerana sesetengah keyboard tidak memerlukan apa-apa perisian untuk konfigurasi backlight. Anda hanya perlu menekan butang tertentu pada keyboard untuk menukar setting.

Keyboard mechanical yang mahal mempunyai perisian mereka tersendiri untuk mengkonfigurasi cahaya, tukar warna cahaya dan lain-lain lagi bergantung pada keyboard tersebut.