Cara elak laptop dari virus tak ramai yang tahu ini kerana banyak kes laptop pelanggan kami yang berpunca daripada serangan virus dari pelbagai punca, seperti internet, pendrive, dan juga hard disk.
Tapi sebelum itu, kita kena tahu dulu apa itu virus. Virus ini adalah perisian ataupun software yang boleh membiak dan menjangkiti laptop dan juga desktop. Perisian ini dicipta untuk pelbagai jenis penggunaan.
Antara virus yang popular adalah:
- Ransomware bertindak mengunci semua fail yang ada dalam laptop atau desktop anda, dan meminta anda untuk membayar sejumlah wang tebusan yang tinggi untuk dapatkan data anda kembali.
- Trojan horse digunakan untuk mendapatkan akses pada data yang ada dalam laptop dan desktop.
- Backdoor pula digunakan untuk mendapatkan remote access pada laptop dan desktop dan pemilik virus boleh mengawal laptop dan desktop kita dari jauh.
- Dan banyak lagi.
Di dunia ini, terlalu banyak jenis virus yang wujud dan kita sebagai pengguna laptop dan desktop wajib tahu cara elak laptop dari virus supaya laptop tak berhadapan dengan apa-apa masalah dan anda pun tak perlu mengeluarkan kos untuk membaiki laptop.
Untuk saya, sepanjang saya menggunakan internet, ada beberapa kali laptop saya dijangkiti virus semasa menggunakan internet disebabkan kesilapan saya sendiri. Pada masa itu, saya bukanlah tahu tentang cara untuk membaiki laptop dan masalah virus ini sungguh memeningkan kepala.
Virus mempunyai pelbagai jenis kaedah untuk masuk ke dalam laptop dan desktop anda. Sebab itu, semua laptop dan desktop harus dilengkapkan dengan antivirus bagi memantapkan lagi perlindungan disamping anda tahu cara elakkan laptop dari virus. Tak kisah lah anda menggunakan hanya Windows Defender ataupun antivirus percuma ataupun antivirus berbayar.
4 CARA ELAK LAPTOP DARI VIRUS
1. Elakkan Butang Download Palsu
Cara elak laptop dari virus yang pertama adalah berhati-hati semasa menekan butang download.
Benda seperti ini boleh muncul dimana-mana, biasanya anda selalu jumpa benda macam ini di download sites. Sama ada di website yang dipercayai atau tidak, akan dijamin terdapat butang download untuk ditekan tapi bukan pada benda yang ingin anda klik.
Hasilnya, boleh jadi anda muat turun sesuatu yang tidak diingini, mungkin malware, ataupun perisian yang tidak bagus. Sebagai contoh anda mahu download software, tetapi masa klik download keluar pop-up seperti gambar dibawah.
Lihat pada gambar di atas anda boleh tahu ini adalah satu helah yang kotor/scam.
Anda boleh mengalahkan penipuan seperti ini. Tetapi perlu berhati-hati semasa anda ingin klik butang pada notifikasi di atas. Fikir dahulu sebelum anda melakukan apa-apa dan pertimbangkan perkara-perkara berikut.
- Pernahkah anda menggunakan website tersebut?
- Anda percaya website tersebut?
- Sudahkah anda periksa status bar browser untuk mengesahkan destinasi link tersebut?
- Adakah butang teks dan font untuk website itu sama?
Sekiranya anda mempunyai keraguan tentang mana-mana soalan di atas ini, maka anda perlu mengelak daripada website tersebut. Scammers boleh menggunakan macam-macam helah supaya anda melakukan kesilapan. Jadi ambil masa untuk berfikir dan percaya naluri anda.
Jika anda masih ada keraguan berkenaan dengan website tersebut. Apa yang boleh anda lakukan ialah dengan menggunakan Norton safe web. Masukan name website tersebut pada Norton safe web dan enter kalau OK akan keluar paparan seperti ini.
2. Guna Browser Yang Lebih Selamat
Cara elak laptop dari virus yang kedua pula adalah menggunakan browser yang ada perlindungan.
Browser yang lama seperti internet explorer sekarang tidak cukup baik untuk zaman sekarang. Kalau anda fikir betul-betul, browser versi lama boleh dianggap tidak selamat. Aplikasi seperti ini perlu kerap dikemas kini oleh developer kerana banyak sebab, kebanyakannya untuk mengekalkan dan meningkatkat tahap keselamatan.
Online shopping, online banking, social networking, semua ini mempunyai risiko, dimana ada kemungkinan kata laluan, matlumat peribadi digodam oleh penggodam.
Pastikan browser yang digunakan up-to-date, jangan lupa untuk lihat nama website tersebut betul, jika mencurigakan padam terus. Lagi satu kebanyakan internet security software yang ada di luar sana mempunyai secure browser mereka sendiri.
Tidak digalak anda menggunakan internet explorer untuk masuk website yang seperti ini. Gunakan browser seperti chrome,Mozilla or Microsoft edge dan sebagainya.
Anda tidak sepatutnya menggunakan internet explorer kerana browser tersebut ada masalah dah Microsoft sendiri telah meningalkan software tersebut. Banyak penggodam mensasarkan merekan yang menggunakan browser tersebut.
Jadi pilih browser lebih selamat, pantas, mudah digunakan, untuk keselamatan anda.
3. Abaikan Mesej Popup Yang Mencurigakan
Cara elak laptop dari virus yang ketiga pula adalah abaikan semua popup dari link yang tak dikenal pasti.
Ini boleh mengelirukan dan sukar untuk dikesan, pop-up iklan seperti ini boleh muncul pada skrin anda, walaupun anda menggunakan perisian antivirus pada komputer tersebut. Apa yang lebih mengecewakan ialah, pop-up seperti ini berlaku walaupun menggunakan antivirus yang berbayar,
Jika keluar pop-up seperti ini, apa yang boleh anda lakukan ialah:
- Abaikan iklan seperti ini
- Padam terus browser tab anda
Untuk makluman anda jika keluar iklan security yang bukan dari perisian anda terus abaikannya. Contoh anda ada antivirus ada butang scan dan anda tidak tekan langsung? Terus abaikan.
Perkara yang buruk akan berlaku pada komputer anda, sekiranya komputer tersebut tidak mempunyai antivirus. Kemungkinan besar untuk dijangkiti virus lebih tinggi.
4. Elak Dari Menggunakan Torrent
Cara elak laptop dari virus yang terakhir sekali adalah mengelakkan download daripada torrent.
Anda mungkin tidak sedar, fail yang berada di torrent mungkin mengandungi pelbagai jenis virus yang menunggu untuk masuk ke dalam laptop dan desktop anda. Jika anda pernah menggunakan torrent dan tahu apa yang perlu anda lakukan, anda boleh teruskan menggunakan torrent.
Jika tidak, lebih baik anda elakkan torrent dan hanya download daripada website rasmi sahaja.
Dan itulah dia sedikit sebanyak tentang cara elak laptop dari virus yang diharapkan bermanfaat untuk anda dan anda boleh share artikel ini dengan kawan-kawan dan juga ahli keluarga anda.





