Cara Untuk Disable Narrator pada Windows 10

 

Narrator merupakan salah satu feature yang sudah berada pada Windows sejak Windows 7 lagi, ia berfungsi untuk membaca segala text yang ada pada skrin untuk memudahkan pengguna ataupun untuk mereka yang tidak tahu membaca.

Untuk pengguna biasa, sesetengah orang anggap benda ini agak menyemakkan, kerana mereka boleh baca dengan lebih pantas dan mereka tidak mahu mendengar apa-apa daripada Narrator ini.

 

Langkah-langkahnya

  1. Pergi ke Start, dan kemudian Settings.
  2. Pilih Ease of Access, dan kemudiannya pilih Narrator.
  3. Tukarkan setting Narrator daripada On kepada Off.

Lenovo IdeaPad 120S

Spesifikasi

  • Intel Celeron N3350 processor
  • Intel HD Graphics 500
  • 4GB memory
  • 64GB eMMC
  • 13.1 inches screen with HD display
  • 802.11ac wifi with Bluetooth 4.0

 

Rekabentuk

Meskipun Lenovo IdeaPad 120S ini murah, tetapi rupanya tidak mengatakan begitu, dengan chassis berwarna kelabu seolah-olah ia diperbuat daripada aluminium. Tetapi pada bahagian deck keyboardnya ia boleh melentur ketika digunakan.

 

Skrin dan Bunyi

Skrin IdeaPad 120S ini bersaiz 13.1 inci, ia memberikan resolusi 1366 x 768 iaitu HD. Warnanya cukup-cukup terang, dan detail pada skrinnya agak kurang.

IdeaPad 120S ini didatangkan dengan dua speaker yang terletak pada bahagian bawah laptop yang memberikan bunyi yang cukup kuat. Tetapi, bunyi yang terhasil, kurang tepat.

 

Keyboard dan Touchpad

Keyboard IdeaPad 120S ini pendek dan ia memerlukan tenaga sebanyak 69-gram untuk menekan butang dengan sepenuhnya.

Touchpadnya pula cukup smooth dan ia agak licin. Swipe, click dan multi-gestures, boleh digunakan tanpa sebarang masalah.

 

Prestasi

Dengan 8-tab terbuka pada Chrome, termasuk streaming pada YouTube, Twitch dan Netflix, tiada langusung masalah lag ataupun delay, menandakan laptop ini cukup berkuasa untuk menampung multi-tasking. Bateri IdeaPad 120S ini juga boleh bertahan selama 7 jam untuk penggunaan web browsing dan juga wifi connection.

Bagaimana Untuk Gunakan Tablet Mode Pada Windows 10.

Tablet mode pada Windows 10 memberikan para pengguna laptop 2-in-1 rasa yang lebih selesa untuk menggunakan touch screen. Jika anda lebih menggunakan dalam mode desktop ataupun normal, lebih baik anda kekalkan dengan tidak menukar kepada tablet mode secara automatik.

 

  1. Tekan Settings pada Start Menu.
  2. Pilih System.
  3. Pilih Tablet Mode pada bahagian kiri, dan kemudian menu Tablet Mode akan keluar.
  4. Tukarkan kepada On ataupun Off, untuk enable dan disable Tablet Mode.
  5. Pilih antara 3 pilihan yang anda mahukan.

HP Stream 11

 

Spesifikasi

  • Intel Celeron N3060 processor
  • Intel HD Graphics 400 GPU
  • 4GB memory
  • 32GB eMMC storage
  • 11.6 inches screen with HD display
  • 802.11ac with Bluetooth 4.0

 

Rekabentuk

Rekaan seakan-akan mainan ini memberikan rasa suka dan benci pada masa yang sama. dengan pilihan warna antara biru ataupun ungu, ia menjadikan laptop ini cukup sesuai untuk kanak-kanak ataupun para student yang ingin laptop yang kecil dan ringan.

 

Skrin dan Bunyi

Kualiti skrin agak rendah pada Stream 11 ini, dengan skrin HD (1366 x 768 resolusi), warnanya seperti lusuh, dan kelihatan kurang menarik. Tetapi skrin ini dikira sebagai normal untuk laptop pada harganya.

Tetapi kualiti audio pada Stream 11 ini cukup menakjubkan, ia boleh memenuhi bilik bersaiz sederhana dengan kekuatan audionya. Speakernya berada pada bahagian bawah laptop yang membantu melantunkan bunyi untuk menambahkan kekuatan bunyi.

 

Keyboard dan Touchpad

Stream 11 mempunyai keyboard bersaiz penuh dan butang-butangnya cukup besar untuk menaip, ia juga memberikan rasa clicky yang menjadikan proses menaip rasa lebih menyeronokkan.

Touchpadnya juga selesa untuk digunakan, dan ia menyokong swipe, click dan juga multi-gestures.

 

Prestasi

Dengan Intel Celeron N3060, Intel Graphics 400, 4GB RAM dan 32 eMMC storage, ia memberikan laptop ini performance yang cukup laju dan pantas. Tetapi jika anda ingin melakukan multi-tasking, ia boleh mejadi perlahan dan sedikit lag. Baterinya boleh bertahan selama 8 jam apabila penuh untuk kegunaan web browsing dan wifi connection.

Dengan kekurangannya hanya pada skrin, laptop ini sudah dikira sebagai peranti yang cukup baik dengan adanya spesifikasi yang ada pada laptop ini.

5 Tanda Keyboard Anda Rosak

Di antara faktor pengguna memilih laptop atas dasar protability ataupun mudah alih, jadi keyboard merupakan salah satu aspek yang menjadikan laptop ini mudah alih. Tanpa keyboard, agak sukar untuk menggunakan laptop, tidak seperti smartphone, yang mempunyai keyboard pada skrin.

Keyboard sangat sensitif terhadap sebarang jenis cecair, dan juga keganasan fizikal

 

Bagaimana keyboard boleh rosak?

  • Tertumpah air.
  • Kerap menekan dengan kuat ataupun spam.
  • Terlalu banyak habuk.

 

Tanda-tanda keyboard dah rosak

  • Butang tercabut.
  • Bila tekan, tak keluar apa-apa.
  • Butang tersangkut.
  • Bunyi beep yang kuat dan panjang ketika Starting Windows.
  • Tekan satu butang, dua butang yang respond.

 

Jadi, dengan keyboard rosak, apa yang kita boleh buat?

Oleh kerana keyboard ini didatangkan dengan satu papan, ia perlu digantikan dengan keyboard yang baru kerana masih lagi tiada teknologi untuk menggantikan satu butang sahaja.