Dell Inspiron 11 3000 (2017)

 

Spesifikasi

  • Intel Celeron N3060 processor
  • Intel HD Graphics
  • 2GB memory
  • 32GB eMMC storage
  • 11.6 inch screen with HD display
  • 802.11ac wifi with Bluetooth 4.0

 

Rekabentuk

Dell Inspiron 11 3000 hadir dalam 3 jenis warna, merah, putih dan juga biru. Penutup laptop ini diperbuat daripada plastik berkilap dan ianya agak menarik perhatian.

 

Skrin dan Bunyi

Skrin Inspiron 11 ini boleh dikatakan memuaskan tetapi ia kurang sesuai untuk entertainment, kerana warnanya agak lusuh dan skrinnya tidak begitu cerah.

Kualiti audionya merupakan sesuatu yang mengejutkan. Ia mampu memenuhi ruang bilik yang besar tanpa kehilangan pada kualiti audio.

 

Keyboard dan Touchpad

Keyboard pada Inspiron 11 ini tidaklah begitu sempurna, meskipun begitu, ia masih lagi memberikan rasa yang selesa ketika menaip.

Touchpad Inspiron 11 ini cukup tepat ketika digunakan. Swipe, click dan juga multi-gestures boleh digunakan tanpa sebarang masalah.

 

Prestasi

dengan ketahanan bateri selama 13 jam, ia cukup untuk menjadikan laptop ini sesuai untuk para pelajar dan juga pekerja. Meskipun skrinnya tidak begitu cantik, ia mempunyai feature yang menyebabkan laptop ini berbaloi, antaranya adalah keyboard yang selesa, kualiti audio yang baik dan juga design yang menarik.

Intel dan AMD Akan Bekerjasama Untuk Mengalahkan Nvidia?

 

Intel dan AMD telah mengumumkan kerjasama diantara mereka untuk mencipta dan menggabungkan processor Intel dan juga graphic chipset daripada AMD iaitu Radeon, di mana tujuannya adalah untuk menghasilkan laptop yang boleh digunakan untuk main game-game yang berat.

 

Chip ini merupakan sesuatu yang baru di dalam arena komputer ini, dengan menggunakan High Bandwidth Memory 2 (HBD) yang menggantikan graphic RAM dan juga Embedded Multi-Die Interconnect (EMIB), ia menghubungkan graphic chipset dan juga HBD tersebut terus kepada processor dan menghasilkan sebuah laptop yang kecil, ringan tetapi cukup berkuasa untuk sebarang tugasan.

 

 

Sumber: Amanz.my

Dell Inspiron 15 7000 Gaming (7567)

 

Spesifikasi

  • Intel COre i5-7300HQ processor
  • Nvidia GeForce GTX 1050 4GB GDDR5
  • 4GB memory
  • 1TB 5400 RPM SATA HDD
  • 15.6 inches screen with Full HD display (Anti-Glare)
  • 802.11ac with Bluetooth 4.2

 

Rekabentuk

Inspiron 15 7000 ini didatangkan dengan penutup yang berwarna merah, menjadikannya salah satu laptop yang unik dalam siri Inspiron. Pada bahagian dalamnya pula ia terdiri daripada warna kelabu gelap yang menaikkan lagi warna merah. Ia juga boleh didapati dengan pilihan warna Matte Black.

 

Skrin dan Bunyi

Dell Inspiron 15 ini mempunyai skrin yang cukup kemas tetapi warnanya tidak begitu ceria. Meskipun begitu, skrin full HD ini masih lagi cukup memuaskan untuk tontonan video dan juga bermain game.

Speaker Inspiron 15 ini cukup kuat untuk memnuhi ruang bilik bersaiz sederhana, dan ia boleh diubah suai melalui software Waves MaxxAudio Pro.

 

Keyboard dan Touchpad

Keyboard Inspiron 15 ini sesuatu yang mengagumkan. Ketika digunakan, spring pada bawah butang boleh sirasai dan ia kembali posisi asal dengan cepat, dan ia memberikan rasa yang selesa.

Toouchpadnya pula luas dan ia mempunyai tekstur yang smooth dan ia mempunyai respos klik yang sempurna.

 

Prestasi

Dengan adanya i5 daripada generasi ke-7, dan juga GTX 1050 ia memberikan laptop ini performance yang mengagumkan, tanpa perlu menghabiskan duit yang banyak, gamer boleh menggunakan chip baru siri Pascal 10. Ketahanan baterinya juga mengagumkan, dengan 11 jam boleh bertahan atas penggunaan web browsing melalui wifi.

Web Browser Apa Yang Terbaik Untuk Windows 10?

 

Web Browser ini adalah sebuah software yang digunakan untuk mendapatkan, memberikan, atau menukarkan information pada Internet. Ia dikenali melalui URL yang mungkin menjadi sebuah website, gambar, video, dan sebagainya.

Buat masa sekarang, terdapat beberapa pilihan browser untuk Windows 10 iaitu Edge, Chrome dan juga Firefox. Edge merupakan Internet Explorer, browser daripada Microsoft, yang telah diubahsuai dengan lebih laju, dan juga integrasi Cortana.

 

Perbandingan diantara browser-browser Windows 10

Microsoft Edge

  • Berbanding browser lain, Edge load dengan lebih laju pada webiste yang mempunyai media yang berat seperti ESPN.com dan juga Tomsguide.com.

 

Mozilla Firefox

  • Firefox pula terbaik kerana kebolehan untuk diubahsuai dan juga ia mempunyai fungsi sharing yang mudah.

 

Google Chrome

  • Dengan pelbagai jenis extension yang boleh dipasang pada Chrome untuk menambahkan fungsi-fungsi seperti Ad-Block dan juga Currency Converter.
  • Chrome mendahului browser lain dengan 526 daripada 555 komponen untuk HTML5, berbanding Firefox yang mempunyai 467 dan Edge yang mempunyai 402.

 

Jadi, yang manakah browser pilihan anda?

Google Pixelbook

Spesifikasi

  • Intel Core i7-7820HQ processor
  • Intel HD Graphics
  • 8GB memory
  • 128GB NVMe PCIe SSD
  • 123 inches touch screen with 2400 x 1600 resolution
  • 80211a/b/g/n/ac 2×2 MIMO dual-band (2.4GHz, 5.0GHz) with Bluetooth 4.2

 

Rekabentuk

Google Pixelbook ini merupakan sebuah laptop yang cukup nipis, dan ia mempunyai rangka diperbuat daripada aluminium sepenuhnya, dan ia mempunyai getah pada bahagian palm-rest yang memeberikan keselesaan ketika menaip.

 

Skrin dan Bunyi

Skrin bersaiz 12.3 inci ini dilindungi dengan Gorilla Glass yang tahan calar, dan ia juga mempunyai touch screen yang membolehkan pengguna turut menggunakan Google Pixelbook Pen, yang boleh digunakan untuk melukis dan menulis. Skrinnya juga sangat terang dan boleh dilihat daripada pelbagai sudut.

Kualiti audionya pula cukup mengagumkan dengan adanya speaker pada bahagian bawah keyboard. Speakernya juga cukup kuat untuk memenuhi ruang bilik bersaiz sederhana.

 

Keyboard dan Touchpad

Keyboardnya memberikan rasa yang sama seakan-akan MacBook Air, tetapi dengan lebih respons yang memberikan rasa yang lebih selesa.

Touchpadnya cukup memuaskan dengan setiap click tanpa sebarang masalah.

 

Prestasi

Google Pixelbook ini merupakan sebuah laptop yang sangat berkuasa, dengan adanya processor i7, SSD sebanyak 128GB, dan 8GB RAM, ia boleh menampung pelbagai jenis tugasan kerja tanpa masalah, ia juga boleh digunakan untuk bermain game-game yang ringan.