Acer Aspire E 15 (E5-575)

 

Spesifikasi

  • Intel Core i3-7100U
  • Intel HD Graphics 620
  • 4GB memory
  • 1TB 5,400RPM HDD
  • 15.6 inches screen with Full HD resolution
  • 802.11a/b/g/n/ac WiFi with Bluetooth

 

Rekabentuk

Rangka Aspire E 15 ini diperbuat daripada plastic berwarna hitam yang kuat dan penutupnya pula berwarna kelabu gelap dan ia mempunyai corak seakan-akan aluminium yang telah diberus. Binaan laptop ini juga kukuh, apabila ditekan kuat, tiada bunyi yang terhasil menandakan kukuhnya laptop ini.

 

Skrin dan Bunyi

Jarang sekali kita dapat melihat skrin Full HD pada laptop bajet. Skrin E 15 ini memberikan warna yang cukup terang dan gambar yang jelas.

Speaker E 15 ini pula cukup kuat untuk memnuhi ruang bilik bersaiz sederhana. Ia boleh mengasingkan bunyi pada lagu menjadikan ia lebih nikmat untuk didengari, Ada sedikit bunyi pecah apabila berterusan menggunakan full volume.

 

Keyboard dan Touchpad

Pada laptop ini Acer juga cuba mengubah ciri-ciri kebiasaan laptop bajet, iaitu keyboard yang tak memuaskan, tetapi pada E 15 ini ia memberikan rasa yang selesa ketika menaip tanpa sebarang masalah.

Touchpadnya juga cukup besar dan swipe, click dan multi gestures boleh digunakan tanpa sebarang masalah.

 

Prestasi

Laptop ini kalau diikutkan dengan harganya, sudah cukup berbaloi untuk didapatkan. Dengan harga bajet, ia boleh digunakan untuk kerja sekolah ataupun pejabat dalam tempoh 8 jam kerana itu adalah durasi ketahanan bateri laptop ini.

 

Tips Untuk Laptop Baru: Install Browser Pilihan

 

Bila kita beli laptop baru, sudah semestinya, apa yang kita akan buat adalah setup Windows, isi username dan tambah password sebagai langkah keselamatan. Dan kemudianya kita akan install software yang kita perlukan. Tetapi sebenarnya step ini tak salah, tetapi kurang tepat, dan kami akan mengajar anda step yang betul dalam siri artikel ini.

 

Installkan Browser yang Digemari

Ya, Microsoft Edge cukup laju untuk browsing tetapi, browser inikah yang kita selesa gunakan? Browser seperti Chrome, Mozilla membolehkan pengguna hanya login pada akaun, dan semua akan tersedia untuk digunakan seperti saved password, extensions dan sebagainya. Dan kalau kita tak ubah setting default browser, dia akan buka melalui Microsoft Edge.

  1. Download dan Install favourite browser.
  2. Pergi ke Settings.
  3. Tekan pada System.
  4. Pilih Default apps pada bahagian kiri.
  5. Tekan ikon pada bahagian Web Browser, dan pilih browser pilihan.

Dell Inspiron 15 7000 2-in-1

 

Spesifikasi

  • Intel Core i5-8250U processor
  • Intel HD Graphics 520
  • 8GB memory
  • 256GB PCIe SSD
  • 15.6 inches touch screen with Full HD display
  • Intel Dual Band Wireless-AC 3165 with Bluetooth 4.0

 

Rekabentuk

Dell Inspiron 15 7000 ini tidak lah mempunyai rekaan yang mengujakan ataupun kelihatan original tetapi ia masih kelihatan premium kerana binaannya yang diperbuat daripada aluminium. Kebanyakan laptop lain pada range harga laptop ini, hadir dengan binaan daripada plastic, tetapi pada Inspiron ini, ia mempunyai binaan daripada aluminium sepenuhnya.

 

Skrin dan Bunyi

Skrin pada Inspiron 7000 ini tidak begitu terang berbanding laptop lain, ia memerlukan ruang yang tidak mempunyai begitu banyak cahaya untuk dilihat, dan penghasilan warnanya kelihatan lusuh.

Audionya pula cukup kuat untuk memenuhi ruang bilik bersaiz sederhana. Setiap detail bunyi boleh didengar secara berasingan, dan ini cukup memuaskan tanpa sebarang bunyi pecah ataupun bunyi rosak. Juga terdapat software Waves MaxxAudio untuk memberikan kawalan penuh pada equalizer settings.

 

Keyboard dan Touchpad

Keyboard Inspiron ini memberikan rasa yang biasa-biasa sahaja, tetapi ia masih selesa untuk digunakan. Meskipun ia agak rendah, ia masih lagi responsive dan memerlukan tenaga sebanyak 79 gram.

Touchpad pada Inspiron 7000 ini memberikan rasa yang menyenangkan dan memberikan rasa yang cukup puas ketika swipe, click dan juga multi-gestures.

 

Prestasi

Dengan adanya processor generasi ke-8, 8GB RAM dan 256GB SSD ia memberikan rasa yang memuaskan ketika digunakan. Ia tidak mempunyai sebarang lag, meskipun telah dibuka berbelas tab pada Google Chrome.

Tips Untuk Laptop Baru: Adjust Display

 

Bila kita beli laptop baru, sudah semestinya, apa yang kita akan buat adalah setup Windows, isi username dan tambah password sebagai langkah keselamatan. Dan kemudianya kita akan install software yang kita perlukan. Tetapi sebenarnya step ini salah, dan kami akan mengajar anda step yang betul dalam siri artikel ini.

 

Adjust Display Scaling

 

Sekarang kebanyakan laptop hadir dengan skrin beresolusi tinggi dan berwarna-warni, tetapi ia mempunyai terlalu banyak pixel sehinggakan ikon dan juga font kelihatan lebih kecil. Sebenarnya kita boleh mengawal saiz object dengan feature pada Windows iaitu Display Scaling.

 

  1. Right-click pada desktop dan pilih Display settings
  2. Adjust pada Change the size of text, apps and other items.
  3. Restart

 

Semakin rendah valuenya, display akan menjadi lebih kecil, dan jika semakin tinggi, ia akan menjadi lebih besar.

Microsoft Surface Book

 

Spesifikasi

  • Intel Core i7-6600U Processor
  • Nvidia 965m 2GB vRAM
  • 16GB memory
  • 1TB 7200RPM M.2 PCIe SSD
  • 13.5 inches screen with 3000 x 2000 resolution
  • 802.11ac Wi-Fi with Bluetooth 4.0

 

Rekabentuk

Untuk Surface Book ini Microsoft menggunakan material signature mereka iaitu magnesium alloy ddan juga dynamic fulcrum hinge. Model untuk tahun ini masih lagi kelihatan seperti model tahun lepas.

 

Skrin

Salah satu ciri-ciri utama Surface Book ini adalah skrin bersaiz 13.5 inci yang menggunakan PixelSense display yang menjadikan viewing angles yang luas dan penghasilan warna yang terang dan juga jelas. Skrinnya juga boleh dicabut dan memberikan lebih ruang untuk dilihat.

 

Keyboard dan Touchpad

Keyboardnya yang mempunyai backlight berwarna putih memberikan keselesaan ketika menaip.

Touchpadnya juga sama seperti pada model tahun lepas, swipe, click dan juga multi-gestures boleh digunakan tanpa sebarang masalah.

 

Prestasi

Tiada laptop yang nipis standing seperti Surface Book, dengan spesifikasinya, ia boleh digunakan untuk edit video tanpa sebarang masalah, dan ia juga mempunyai graphic lebih berkuasa berbanidng model pada tahun lepas.