Visionary context-sensitive task-force for CorelDRAW 2025
Throughout material fly society society real bag. Pull politics memory water fire. Download CorelDRAW 2025 Crack here. Source area evidence let already. how to activate is essential for modern design.
“Kerja banyak belum siap? Fail yg dah siap, tak sempat nak back-up!! Dah try tukar charger, tak hidup juga. Bateri ada nyala tapi screen tetap gelap gelita tak nampak apa-apa. Ya Allah, Minta-mintalah jangan kena format.” Di sini ada Repair Skrin Laptop Murah di KL untuk menyelesaikan masalah anda itu.
Rileks, bawa-bawa bertenang. Tidak semua masalah berkaitan laptop perlu dilakukan format.
Kadang-kala tak perlu pun nak format meskipun di tahap laptop tak boleh dihidupkan, screen menjadi gelap dan lain-lain masalah yang hampir sama, sebenarnya ia masih boleh di baiki tanpa perlu melakukan format. Jadi, anda masih punya peluang untuk menyelamatkan semua hasil kerja yang tersimpan di dalam laptop berkenaan. Pihak yang boleh membantu anda menyelesaikan masalah ini adalah FR LAPTOP SERVICE. Masih boleh di baiki, FR boleh bantu, insyaAllah.
Bolehkah Cara Format Menyelesaikan Masalah Skrin?
Sebenarnya, masalah kerosakan pada skrin ini adalah perkara normal yang sangat sering berlaku ke atas mana-mana laptop. Terdapat pelbagai sebab yang boleh menyumbang kepada masalah sehingga menyebabkan skrin tidak berfungsi dengan baik dan salah satu punca utama adalah kerana Graphic Chipset di laptop terbabit yang sudah rosak.
Kerana itu, sekiranya skrin menunjukkan sebarang tanda kerosakan, ada baiknya jika anda dapatkan khidmat nasihat dan buat pemeriksaan terlebih dahulu sebelum melakukan sebarang format ke atas laptop yang boleh menyebabkan semua hasil kerja yang tersimpan di dalam laptop terbabit hilang.
Terdapat 6 penyebab terbesar yang boleh mengakibatkan Graphic Chipset boleh rosak iaitu :
Tidak pernah membuat servis mencuci habuk.
Kipas laptop sudah lama rosak hingga menyebabkan laptop cepat panas.
Power Chip di bahagian motherboard sudah rosak teruk
Laptop sering terpadam dengan sendiri ketika sedang digunakan (overheat)
Usia laptop sudah melebihi usia 2 tahun
Sering menghidupkan laptop lebih dari 5 jam sehari tanpa shutdown.
Selalu menggunakan laptop tanpa henti
Sekiranya anda antara mereka yang sering melakukan 6 perkara di atas maka anda harus segera dapatkan khidmat dari pakar seperti FR Laptop Servis kerana jika di biarkan lebih lama maka ianya boleh mengakibatkan tahap kerosakan yang lebih serius hingga tak boleh di baiki lagi sehingga anda terpaksa membeli laptop yang baru.
Menyentuh soal skrin laptop ini, sebenarnya terdapat tiga jenis punca utama yang boleh menyebabkan skrin laptop anda bermasalah. Tiga perkara ini adalah di sebabkan laptop anda terkena impak yang kuat, suhu laptop yang terlalu tinggi dan akhir sekali sudah semestinya disebabkan usia laptop anda sendiri yang telah lanjut dan perlu di servis baiki supaya kembali dapat berfungsi dengan baik seperti baru semula.
Kenapa Berlaku Dan Bagaimana Untuk Mengatasinya?
Terkena impak yang kuat
Skrin retak sudah semestinya berlaku disebabkan kecuaian si pemilik itu sendiri. Yelah, skrin laptop adalah salah satu part yang sentiasa di jaga dengan penuh hati-hati oleh sejak dari masa pembuatan sehingga ke kedai jualan. Ia juga bukan mudah untuk pecah atau retak melainkan jika terkena impak yang agak kuat. Mungkin ada yang beranggapan terkena impak yang kuat ini adalah disebabkan jatuh dari tempat yang agak tinggi seperti dari atas meja tulis, terpijak, terhempas dan sebagainya. Namun, hakikatnya terkena impak yang kuat ini boleh juga berlaku di sebabkan tekanan yang berlaku ke atas laptop terbabit.
Sebagai contoh anda meletakkan laptop bersama barangan yang lain sseperti buku-buku dan sebagainya di dalam sebuah bag sandang. Setelah itu anda meletakkan bag tersebut dengan kuat ke lantai. Maka hentakan boleh berlaku ke atas laptop terbabit sehingga menyebabkan masalah muncul terutamanya pada bahagian skrin kerana skrin ini amatlah sangat sensitif. Kerana itu, adalah lebih baik jika anda menggunakan bag sandang khas untuk laptop jika ingin membawa komputer riba anda itu ke mana-mana.
Suhu laptop yang tinggi
Suhu laptop boleh meningkat dengan agak tinggi sekiranya digunakan dalam satu-satu masa yang agak lama. Laptop juga boleh menjadi panas jika diletakkan di atas lantai secara terus begitu saja. Kerana itu cara terbaik adalah dengan membeli sebuah kipas (coolfan) bagi membantu menyejukkan laptop anda dan juga bagi melancarkan kitaran haba panas yang berlaku di laptop anda.
Anda juga tidak sepatutnya menghidupkan laptop dan menggunakannya melebihi 5 jam sehari tanpa henti kerana ia boleh menyebabkan laptop anda menjadi overheat. Jika masalah overheat ini berlaku maka laptop anda boleh terpadam dengan sendirinya ketika sedang digunakan.
Telah sampai hayatnya
Jika sudah mempraktikkan semua tips dan cara yang baik ketika menjaga laptop terbabit tetapi laptop anda itu tetap juga rosak maka boleh di andaikan yang laptop anda itu memang patut mengalami kerosakan di sebabkan faktor usianya yang sudah lanjut.
Jika laptop anda sudah berusia lebih daripada beberapa tahun maka ada baiknya anda luangkan sedikit masa untuk membuat pemeriksaan servis menyeluruh dan membaiki mana yang perlu di baiki supaya masalah-masalah lain yang boleh berlaku dapat dielakkan. Almaklumlah, mencegah kan lebih baik daripada merawat. Jangan kata manusia, laptop pun begitu juga.
Akibat dari tiga perkara di atas tadi, laptop anda boleh menunjukkan pelbagai tanda yang pelik di skrin laptop, antaranya skrin akan menjadi retak atau pecah, skrin akan bertukar menjadi warna putih sahaja dan di skrin tersebut boleh muncul tompok-tompok yang di kenali juga sebagai dead pixel.
Masalah skrin retak
Masalah skrin pecah dan retak selalunya membawa kepada penukaran skrin yang baru. Walaubagaimanapun, ada sesetangah pihak yang beranggapan bahawa harga untuk membaiki skrin adalah sangat mahal dan memerlukan masa yang sangat lama. Sebenarnya masih ada premis yang menawarkan harga repair skrin dengan harga yang munasabah dalam masa yang sangat cepat.
Masalah skrin warna putih (white screen)
Keadaan masalah skrin yang menjadi warna putih memang tampak membimbangkan namun ianya tidak bermakna perlu diselesaikan dengan cara menukar skrin baru semata-mata. Keadaan white screen ini sebenarnya paling banyak terjadi disebabkan keadaan kabel yang berhubung dari motherboard ke LCD. Kabel ini mungkin ada yang putus dan sudah longgar.
Jika ini terjadi pada laptop bermakna anda masih beruntung kerana laptop anda itu masih boleh dibaiki dengan cara menggantikan layar lcd dengan yang baru, mengganti kabel dan sebagainya supaya laptop anda itu dapat kembali berfungsi dengan normal seperti sebelumnya.
Masalah tompok-tompok (dead pixel)
Deadpixel adalah tompok atau bintik hitam yang muncul pada skrin laptop. Dead pixel ini boleh mengganggu anda tika membaca dan sebagainya. Pada tahap ini seharusnya anda perlu segera merujuk kepada pihak yang pakar tetapi terpulanglah pada anda samada ingin mengambil berat dan terus mencari pihak yang pakar untuk membaikinya ataupun hanya ingin membiarkan saja konon kerana tidak sanggup untuk mengeluarkan kos yang banyak untuk membaikinya.
Ada juga yang berpendapat bahawa kos untuk membaikinya adalah sama banyak dengan harga laptop yang baru dan sebenarnya pendapat itu amatlah salah dan tidak benar sama sekali.
Fr Laptop Service Adalah Solusi Terbaik Untuk Anda!
Bagi anda yang benar-benar sayangkan laptop masing-masing dan ingin membaiki laptop daripada pihak yang punya kepakaran, amanah, jujur dan tidak cekik darah dalam meletakkan harga yang tidak munasabah, FR Lapto pService adalah jalan penyelesaian yang terbaik sekali untuk anda.
Pihak FR Laptop Service bukan hanya menyediakan perkhidmatan membaiki skrin laptop dengan harga yang sangat cepat malahan mereka juga turut mempunyai pelbagai size skrin yang sesuai untuk laptop anda dari saiz 10 inci sehingga size 15.6 inci. Bahkan pihak mereka mempunyai kepakaran untuk membaiki skrin sentuh pada laptop.
Apa yang lebih menariknya lagi, pihak FR Laptop Service turut memberi jaminan warranty sehingga 6 bulan selepas pembaikan selesai dilakukan. Ini membuktikan yang pihak FR Laptop Service amat menitik beratkan kerja pembaikan dengan memberi servis yang terbaik sekali supaya tidak mudah rosak untuk kali yang ke dua kerana itu mereka tidak teragak-agak dan berani memberi warranty pada anda dengan jangka masa yang agak lama.
Jika laptop anda turut mempunyai masalah lembab dan banyak virus, anda boleh terus meminta khidmat FR untuk melakukan format ke atas laptop anda itu. Terdapat pelbagai pilihan windows yang FR sediakan iaitu dari Windows 7 sehingga Windows 10. Software asas juga akan turut diberikan kepada anda.
Percaya atau tidak, jangkamasa yang sering di ambil oleh pihal FR untuk kerja baikpulih skrin laptop hanyalah dalam tempoh masa 24jam saja.
Segera Kunjungi Premis FR Laptop Service Hari Ini !
Kedudukan kedai FR Laptop Service yang terletak berdekatan dengan MMR2 sememangnya amat memudahkan para pengguna laptop seperti anda. Anda boleh terus ke kedai mereka dan bincanglah masalah skrin laptop anda supaya mereka dapat memikirkan apakah yang perlu dilakukan untuk membantu menyelesaikan masalah laptop anda itu.
Jika anda tidak punya masa, anda boleh menghubungi pihak FR Laptop Service dan meminta mereka menghantar runner untuk mengambil laptop tersebut untuk di bawa pulang ke premis mereka untuk di baiki. Runner yang disediakan oleh pihak FR ini turut boleh menghantar semula laptop terbabit ke tangan anda setelah proses baikpulih tersebut selesai dilakukan.
Perkhidmatan runner ini patut di puji kerana ternyata ianya amat memudahkan pelanggan seperti kita yang tidak punya masa akibat berkerja, berniaga, menjaga anak-anak yang ramai dan sebagainya. Selain itu ia turut membantu pengguna laptop ini supaya tidak perlu membuang masa dan tenaga meredah lalulintan yang sibuk, membuang kos minyak kereta / motor dan sebagainya.
Apa yang perlu dilakukan hanyalah menghubungi pihak FR LAPTOP SERVICE supaya skrin dan laptop kesayangan anda akan kembali elok dan lancar seperti hari pertama di beli.
Ingat!! Jika skrin laptop anda bermasalah, sila jangan terus buat keputusan untuk membeli laptop yang baru sebaliknya baiki dulu kerana masih ada pihak yang boleh membantu membaiki skrin laptop anda dengan harga yang murah di sekitar KL.