Ada masanya bila orang tua kita ingin menggunakan komputer, meskipun mereka memakai cermin mata, tetapi mereka masih lagi kurang nampak kerana saiz tulisan yang kecil pada skrin.
Pada Windows 7 terdapat satu fungsi dimana kita boleh mengubah suai saiz tulisan dan memudahkan untuk mereka melihat dengan lebih baik.
- Right-click pada Desktop dan pilih Personalize.
- Pada bar tepi, pilih Display.
- Tukar kepada 125%, tekan Apply dan restart untuk membesarkan saiz tulisan dan juga display.



