Cara Membuat System Restore Point Windows 7

Membuat System Restore Point dalam Windows 7 adalah cara yang cepat untuk melindungi diri dari system crashes. System Restore Point boleh dikatakan sebagai polisi insurans anda. Ciri-ciri System Restore adalah membuat satu rekod setting system dan programs anda yang masih berfungsi dengan baik.

Sekiranya berlaku masalah dan menyebabkan System tersebut crash, jalan mudah yang perlu anda lakukan dahulu adalah dengan run System Restore untuk kembali kepada setting sebelum berlakunya masalah.

 

STEP MEMBUAT SYSTEM RESTORE POINT
  • Klik pada icon start menu disebelah kiri skrin anda > kemudian klik pada control panel > klik pada system and security.

  • Di paparan system and security klik pada Allow remote access > kemudian klik pada tab system protection disebelah kiri tab remote

  • Di bahagian ini anda perlu klik Create untuk membuat rekod system restore > kemudian masukkan nama bagi restore point tersebut > selepas itu klik create. Windows akan memberi notifikasi yang anda telah berjaya membuat rekod restore point > tutup paparan tersebut

 

Mudah je nak create restore point untuk windows anda. kalau anda belum create lagi restore point digalakkan segera buat. Mana tahu tiba-tiba system anda crash, dengan ada restore point anda boleh kembali kepada point dimana system anda masih lagi berfungsi dengan baik.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *