Cara mencegah ransomware adalah untuk mengelakkan laptop atau desktop anda daripada terkena serangan ransomware yang boleh menyebabkan kita kehilangan data-data yang ada pada laptop ataupiun desktop kita.
Ransomware ni apa?
Ransomware ini adalah malicious software atau malware yang bertindak mengunci semua data-data anda. Dan pemilik ransomware kebiasaannya adalah hacker, akan meminta sejumlah wang tebusan yang tidak masuk akal untuk anda dapatkan kembali data-data anda.
Sekarang, mungkin anda dah mularisau tentang data-dat anda, tapi anda belum tahu lagi cara mencegah ransomware. Jangan risau, kami ada 5 cara mencegah ransomware untuk melindungi data anda daripada dikunci oleh mereka yang tidak beretika.
5 CARA MENCEGAH RANSOMWARE
1. Backup data anda
Cara mencegah ransomware yang pertama sekali adalah buat salinan pada semua data-data anda.
Hacker mungkin akan menyekat akses anda pada data-data anda, tapi jika anda sudahpun mempunyai salinan data anda, dan anda sudah pun terselamat daripada menjadi mangsa mereka. Dan anda juga perlu pastikan data yang anda backup itu bukan berada di dalam laptop anda juga.
Antara tempat yang selamat anda boleh buat penyimpanan data adalah external hard disk dan juga cloud storage seperti Dropbox, Google Drive dan sebagainya. Dengan cloud storage ini juga ia akan memberikan anda akses pada data anda bila-bila masa sahaja, dengan syarat, anda ada sambungan ke Internet.
2. Update Windows Anda
Cara mencegah ransomware yang kedua pula adalah memastikan Windows laptop atau desktop anda telah dikemaskini kepada versi yang baru.
Update pada Windows ini selalunya akan menambahkan ciri-ciri keselamatan bagi mengelakkan laptop atau desktop anda daripada terkena serangan ransomware ini. Anda juga perlu pastikan anda menggunakan sambungan Internet yang kukuh ketika melakukan update pada laptop atau dekstop anda bagi mengelakkan masalah yang tidak diingini.
3. Elakkan Fail Yang Meragukan
Cara mencegah ransomware yang ketiga pula adalah mengelakkan daripada semua jenis fail yang meragukan tak kira di Internet dan juga laptop ataupun desktop anda.
Kebanyakan malware menggunakan format EXE ataupun PDF, jadi, sebelum anda membuka apa-apa fail, anda harus memastikan fail itu adalah selamat untuk digunakan. Dan jika anda memerlukan apa-apa program, pastikan anda download atau dapatkan daripada sumber yang original, sebagai contoh, anda boleh muat turun Chrome daripada website Google. Bukan dari website yang meragukan.
4. Menggunakan mail filtering
Cara mencegah ransomware yang keempat pula adalah menggunakan mail filtering.
Pada tahun 2016 anda tidak mungkin menggunaka desktop email client yang tidak mengimbas message yang masuk seperti malware. sekiranya tiada sekurang-kurangnya anda filter, delete, email yang mempunyai fail EXE. Jika anda menerima dari email anda jangan buka langsung.
5. Menggunakan Antivirus Dilengkapi Internet Security
Cara mencegah ransomware yang terakhir adalah, menggunakan antivirus yang dilengkapkan dengan Internet Security.
Kebanyakan antivirus premium dilengkapi dengan Internet Security yang turut memberikan laptop atau desktop anda perlindungan yang kukuh terhadap ransomware. Manakala antivirus percuma cuma memberikan anda perlindungan pada tahap asas sahaja untuk laptop atau desktop anda dan anda masih berisiko untuk menerima serangan ransomware.
Tak salah untuk membayar lebih demi perlindungan laptop ataupun desktop anda.
Sampai sini sahaja artikel Cara Mencegah Ransomware ini. Jika anda artikel ini membantu, sila SHARE dengan rakan-rakan dan juga ahli keluarga untuk manfaat bersama.






