Mungkin anda lebih prefer kepada Antivirus lain yang berbayar berbanding Windows Defender yang telah sedia ada pada Windows anda. Oleh kerana ia percuma, ia tidak mampu memberi perlindungan yang ketat pada komputer anda.
Sebelum anda menggunakan antivirus lain, anda perlulah mematikan Windows Defender agar tiada konflik diantara antivirus yang baru dengan Windows Defender tersebut.
Cara Untuk Mematikan Windows Defender
1. Tekan butang Start.
2. Tekan butang Settings (Bentuk Gear).
3. Pilih pada Update & Security.
4. Pilih Windows Defender daripada menu sebelah kiri.
5. Tekan pada Open Windows Defender Security Center.
6. Tekan butang Settings pada bahagian bawa kiri Windows Defender.
7. Tekan pada Virus & threat protection settings.
8. Pada Real-time protection, anda boleh pilih turn off untuk mematikan Windows Defender. Kemudian, tekan Yes pada popup yang muncul. Jika anda tidak mempunyai antivirus lain, ia akan hidup semua selepas restart.
9. Ulang langkah ke 8 untuk Cloud-delivered protection dan juga Automatic sample submission.

:max_bytes(150000):strip_icc():format(webp)/turn_off_windows_defender_win10-5b2070993418c60036500e61.gif)