HP EliteBook x360 G2 Review

 

HP EliteBook merupakan laptop untuk business dan melakukan kerja-kerja pejabat, dan EliteBook x360 G2 mungkin adalah yang paling menarik untuk produk HP EliteBook masa kini.

Dengan engsel yang fleksibel, casis logam, mempunyai ciri keselamatan, membuatkan laptop ini sangat menarik.

 

SPESIFIKASI
  • Dual-core 2.6-3.5GHz Intel Core i5-7300U (Core i7 available)
  • 1.29kg
  • 16GB RAM
  • 13.3-inch IPS (UHD or FHD) touchscreen with optional privacy filter
  • Intel HD Graphics 620
  • Optional stylus
  • Infrared camera and fingerprint scanner
  • 256GB M.2 SATA SSD (M.2 NVMe up to 512GB available)
  • 1x ThunderBolt 3/USB-C, 2x USB 3.1 Type-A, microSD, 3.5mm headset, Smart card, optional SIM slot, HDMI

 

DESIGN

EliteBook x360 adalah salah satu laptop yang paling menarik dalam senarai HP dan pastinya lebih mudah dilihat daripada rangkaian Latitude Dell dan ThinkPad Lenovo. Aluminium perak dan rekaan yang kemas, casis hadapan yang nipis. Ia juga sangat ringan.

Datang dengan dua port USB Type-A “SuperSpeed” USB, ThunderBolt 3 / Port USB-C, port HDMI 1.4, headset jack dan slot microSD card. Terdapat pilihan untuk slot SIM card dan juga smart card reader.

Mempunyai engsel yang sangat kukuh dan fleksibel yang membolehkan anda untuk mengerakkan skrin tersebut 360 darjah.

 

KEYBOARD, TOUCHPAD & STYLUS

Keyboard untuk laptop ini mempunyai backlit memudahkan untuk menaip dalam keadaan yang kurang cahaya dan mempunyai tindak balas yang positif dan responsif ketika anda sedang menaip.

Terdapat lampu penunjuk sekiranya Caps Lock, Num Lock dan Airplane, Mic Mute menyala. Terdapat juga butang khusus untuk Skype Business, yang membolehkan anda berkongsi skrin anda, meletakkan dan menjawab panggilan. Ini tidak berfungsi dengan Skype biasa.

Terdapat juga butang khusus untuk memaparkan kalendar Outlook anda, yang merupakan sentuhan yang bagus untuk laptop tersebut.

Touchpad yang digunakan adalah Microsoft Precision-certified, yang bermaksud ia berfungsi dengan lancar dengan semua gerak isyarat yang anda inginkan, termasuk fungsi untuk zoom, menggunakan dua jari untuk scrolling dan tiga jari untuk windows management.

 

Stylus HP EliteBook x360 G2 menggunakan teknologi Wacom, terbaik untuk business. Ia juga berfungsi dengan Windows Ink, jadi semua ciri tambahan yang boleh anda dapati pada Windows 10 Anniversary dan Creator update berfungsi dengan sempurna

Pen ini dilengkapi dengan empat bateri AAAA, yang perlu bertahan selama berbulan-bulan. Ia sesuai untuk mengambil nota dalam OneNote dan Sticky Notes, serta melukis dalam aplikasi grafik pilihan anda.

 

AUDIO & WEBCAM

Direka untuk mereka yang suka menggunakan video conference calls, tetapi webcam tidak begitu baik. Sekurang-kurangnya mikrofon yang digunakan cukup baik. Speaker juga berfungsi dengan baik, audio yang di hasilkan sangat baik, walaupun anda streaming video dan sebagainya.

 

SCREEN

Menggunakan 13.3 inci Full HD IPS panel yang sangat baik. Warna yang di paparkan kelihatan menarik dan cerah. Skrin yang digunakan tidak terlalu cerah, jadi tidaklah anda nampak silau semasa melihat paparan pada skrin tersebut.

 

PERFORMANCE

HP EliteBook x360 G2 dilengkapi dengan processor Intel Core i5-7300U dual-core dan 8GB memori DDR4. i5-7300U mempunyai kelajuan base clock2.6GHz dan akan meningkatkan ke 3.5GHz. Ia juga amat sesuai digunakan untuk photo dan Full HD video editing.

 

Acer Swift 5 Review

Acer Swift 5 adalah second-tier model di dalam barisan laptop baru Acer, yang berada di bawah Swift 7 ultra-slim. Walau bagaimanapun, ini merupakan laptop premium, slim dan ringan.

Bahagian body luar Swift 5 kebanyakannya diperbuat daripada logam, dan menggunakan intel processor 7th generation.  Di tambah pula dengan paparan skrin 14 inci ISP yang berkualiti, MU-MIMO Wi-Fi terkini, backlit keyboard, dan lain-lain lagi.

 

DESIGN

Body laptop diperbuat daripada aluminum yang berwarna hitam membuat ia berlainan dari laptop yang klasik yang masih mengekalkan ciri-ciri yang kelihatan seperti logam. Jadi nampak berlainan dari laptop lain.

Apa lagi yang menarik yang ada pada Acer swift 5, selain daripada design yang slim dan ringan. Ia juga mempunyai dua port USB 3.0, satu di setiap sisi, ditambah dengan slot HDMI, headphone jack, SD card slot dan juga port USB Type-C.

 

KEYBOARD & TOUCHPAD

Keyboard yang digunakan pada Acer Swift 5 adalah sangat baik. Ia luas dan mempunyai susun atur yang hebat, dan responsif. Ia juga mempunyai backlit. Jadi anda boleh menaip dalam keadaan yang gelap.

Untuk touchpad, ia juga berfungsi dengan baik. Ia bagus dan besar dan mempunyai permukaan licin di mana jari meluncur dengan mudah.

Touchpad juga menjadi rumah kepada fingerprinter reader. Ia berfungsi dengan baik dengan Windows Hello, membolehkan anda log in dengan cepat dan tanpa perlu memasukan password.

 

SCREEN

Pada keseluruhannya, paparan Full HD 14 inci laptop ini sangat baik. Dengan kecerahan maksimum , ia cukup  cerah untuk digunakan di luar atau dalam persekitaran yang terang.

Ia juga mengunakan anti-reflective coating bersama dengan backlight yang terang. Jadi laptop ni masih boleh digunakan walaupun dengan keadaan pencerahan yang tidak baik.

 

AUDIO & WEBCAM

Menggunakan teknologi software Dolby Audio yang memberikan kesan audio yang lebih optimum. Ia berfungsi, menjadikan audio yang keluar lebih jelas walaupun pada volume yang maksimum.

Webcam berada di bahagian atas skrin. Imej tidak begitu jelas, kelihatan gelap, tiada masalah sekiranya anda membuat video chat. mikrofon built-in yang digunakan setanding dengan yang lain.

 

PERFORMANCE

Swift 5 mempunyai processor Intel 7th-gen baru. Bergantung kepada konfigurasi yang anda pilih, ia sama ada Core i5-7200U atau Core i7-7500U.

Kedua-duanya adalah produk dual-core dengan Hyper-Threading, mampu menjalankan empat proses sekaligus, dengan i5-7200U 2.5GHz-3.1GHz, dan i7-7500U 2.7GHZ-3.3GHz.

Tugas seperti web browsing, email, word dan image editing semuanya cepat dan pantas.

SSD membantu anda  dalam read and write dengan kelajuan 468MB/sec and 386MB/sec dan ia merupakan meningkatan yang tinggi berbanding hardisk, menjadikan boot up, app loading dan file transfer lebih cepat.

Untuk gaming, grafik yang digunakan adalah integrated ke dalam intel processor, mampu melakukan perkara yang basic tetapi tidak sesuai dengan game yang banyak menggunakan grafik.

 

Ia juga merupakan laptop yang ideal untuk sesiapa sahaja yang melakukan kerja-kerja seperti word, web browsing, multi-tasking dan juga basic photo dan video editing.

 

Lenovo IdeaPad 720S Review

Lenovo IdeaPad 710S adalah salah satu laptop terbaik tahun lepas terima kasih kepada kombinasi reka bentuk yang hebat, ciri-ciri yang baik dan harga yang rendah. Tahun ini dengan versi terkini dipanggil IdeaPad 720S.

Walaupun serupa dari pelbagai aspek. Ia masih merupakan laptop keseluruhannya daripada logam, nipis dan ringan ia juga menerima beberapa tweak. Dengan bingkai yang nipis sepanjang skrin 14 inci, termasuk juga dengan grafik Nvidia dan port Thunderbolt.

 

SPESIFIKASI

 

  • All-metal exterior
  • Intel Core i5-7200U
  • 8GB RAM
  • Nvidia GT 940MX graphics
  • 256GB PCIe SSD
  • 14-inch, 1920 x 1080 screen
  • Backlit keyboard
  • 15.9mm thick

 

 

DESIGN & FEATURE

Ini adalah laptop, nipis dan ringan. Luarannya adalah aluminium dan nampak  mahal dan eksklusif, ia mempunyai kehebatan yang anda harapkan dari produk premium.

Di sebelah kanan terdapat port untuk HDMI, USB 3.0, Thunderbolt, dan SD card dan di sebelah kiri ialah port USB 3.0 kedua dan headphone jack. Terdapat juga fingerprint reader di sebelah kanan bawah keyboard,  sebuah webcam di atas skrin, keyboard backlit dan skrin 1080p.

 

KEYBOARD & TRACKPAD

Keyboard yang digunakan pada IdeaPad 720S adalah sangat baik. Ia luas dan mempunyai susun atur yang hebat, dan responsif. Ia juga mempunyai backlit. Secara keseluruhannya, ia tidak dapat bersaing dengan yang terbaik, tetapi anda dapat merasakan keseronokan ketika menaip.

Permukaan aluminiumnya membuat anda berasa selesa ketika meletakkan tangan anda, ia mengesan dengan tepat, dan cukup luas untuk membolehkan untuk navigasi dan mengunakan gusture untuk fingger scroll.

 

DISPLAY

Meneruskan trend keseluruhan masa kini, skrin 720S adalah gabungan premium dan mid-range feature. Panel LCD IPS menawarkan sudut tontonan yang hebat dan kualiti imej keseluruhan yang sangat baik, sementara resolusi FULL HD yang mencukupi.

 

 

WEBCAM & AUDIO

Lenovo telah memasang 720S dengan 720p standard, 30fps webcam yang duduk di bahagian atas skrin. Kualiti imejnya adalah baik. Secara keseluruhan, menawarkan maklumat yang cukup untuk panggilan video dan streaming secara kasual.

 

PERFORMANCE

IdeaPad 720S boleh didapati dalam dua konfigurasi utama. Satu menggunakan CPU Intel Core i7-7500U dan yang lain menggunakan Intel Core i5-7200U. Ciri yang menonjol dan mengejutkan laptop ini ialah penambahan grafik Nvidia GT 940MX. Ini tidak menjadikan IdeaPad 720S menjadi high-end gaming laptop.

 

 

Ia adalah laptop yang ideal untuk sesiapa sahaja yang mahukan semua ciri premium, laptop nipis dan ringan. Ia mungkin tidak dapat menyamai kelenturan, kualiti dan resolusi skrin model-model premium, tetapi dalam setiap aspek lain ia adalah sama, setara atau lebih baik.

HP SPECTRE X360 REVIEW

Spectre X360 yang terbaru keluaran HP direka untuk mereka yang menginginkan kebebasan. Dengan daya tarikan yang unik dan bingkai convertible yang nipis.

 

SPESIFIKASI

 

Processor

7th Generation Intel® Core™ i7-7500U Processor

 

Operating System

Windows 10 Home Single Language 64

 

Display

13.3″ diagonal FHD IPS WLED-backlit multitouch-enabled edge-to-edge glass (1920 x 1080)

 

Memory

8 GB LPDDR3-1866 SDRAM (onboard)

 

Storage

256 GB PCIe® NVMe™ M.2 SSD

 

 

ANTARA CIRI-CIRI YANG MENARIK

 

DESIGN

Spectre X360 diperhalusi dengan menyinkirkan ruangan yang tidak diperlukan untuk mendapatkan reka bentuk yang lebih kecil dengan paparan mikro. Lalu menjadikan paparan skrin nampak lebih luas.

Spectre X360 juga sangat nipis dan ringan. Casis tersebut pula diukir daripada aluminium dan dilengkapkan dengan gabungan body aluminium dan engsel krom.

 

KEYBOARD

Spectre X360 datang dengan keyboard yang mempunyai backlit dan sesuai untuk anda menaip dalam keadaan gelap. Trackpad lebih luas untuk keselesaan pengguna.

 

KEUNIKAN TEKNOLOGI 360 DEGREE PADA SKRIN

Ini adalah salah satu keunikan yang terdapat pada Spectre X360 yang membolehkan anda flip posisi skrin tersebut. Ada empat mod posisi sesuai yang boleh anda gunakan.

 

PERFORMANCE

Menggunakan processor i5/i7, RAM 8/16GB dan juga PCIe storage yang lebih pantas jika dibandingkan dengan hardisk. Dengan Spectre X360 anda boleh melakukan kerja-kerja multi-task, streaming dan macam-macam lagi dengan lancar.

 

DISPLAY

Paparan display pada skrin Spectre X360 sangat jelas dan terang. Anda boleh view dan edit foto resolusi tinggi pada paparan 4K, atau melakar dan melukis dengan pen dan windows ink.

 

AUDIO

Menggunakan teknologi Quad HP speaker, HP Audio Boost, dan juga custom tuning dari pakar-pakar Bang & Olufsen, menjadikan hiburan dan bunyi yang hasilkan sangat memuaskan.

 

 

Jadi apa pendapat anda tentang  HP Spectre ini? Dengan feature dan reka bentuk yang sangat menarik dan keunikkan 360 degree mod skrin adakah sesuai untuk melakukan kerja-kerja harian? Adakah ia sesuai dengan kemahuan dan cita rasa anda sebagai pengguna laptop?

 

Dell XPS 13 Review

Dell XPS 13 menawarkan skrin 13 inci, bersama dengan reka bentuk yang menarik, keselesaan, mempunyai performance yang hebat dan juga hayat bateri yang tahan lama merupakan combo pakage yang terbaik.

 

SPESIFIKASI

CPU

3.1-GHz Intel Core i5

 

Operating System

Windows 10 Home

 

RAM

4GB

 

Hard Drive Size

128GB SSD

 

Display Size

13.3 inch

 

Graphics Card

Intel HD Graphics

 

ANTARA CIRI-CIRI YANG MENARIK

 

DESIGN YANG MENARIK

Ciri yang paling menarik pada XPS 13 ialah paparan skin infinitinya, dimana hampir tidak mempunyai apa-apa ruang pada sekitar skrin. Ini menjadikan skrin tersebut seperti terapung dan membolehkan anda memberi tumpuan pada apa yang dipaparkan pada skrin.

Bahagian atas dan bawah diperbuat dari aluminum, yang memberikan frame tahan lebih lama dan lasak. Bahagian dalamanya menggunakan karbon fiber menjadikan anda berasa lebih selesa ketika menaip.

 

DISPLAY LEBIH JELAS & HD

Anda mempunyai dua pilihan display pada Dell XPS 13, dan kedua-duanya sangat bagus. Terdapat model non-touch screen full HD dengan resolusi 1920×1080. Atau model touch-screen dengan resolusi yang lebih tinggi 1920×1080.

Semasa menonton 4k movie pada kedua-dua XPS 13, jelas bahawa skrin beresolusi tinggi lebih cantik paparanya.

 

AUDIO

Audio yang di hasilkan oleh stereo speaker pada XPS 13 tidak kurang hebatnya. sound sedap di dengari tetapi kalau pada volume tertinggi bunyi sangat kuat. Ini merupakan default setting, melainkan anda menggunakan aplikasi audio yang membolehkan anda set bass dan sebagainya.

 

KEYBOARD

Pengalaman menaip pada XPS 13 agak selesa dengan kedudukan key pada keyboard tidak terlalu rapat atau jarak. Maklum balas ketika anda menekan key adalah sangat baik.

 

PERFORMANCE

Lengkap dengan processor i5 7th generation , 4GB RAM, 128 SSD dan juga 1080p display. Menjadikan penggunaan seperti multi task tiada masalah dan ia sangat laju dan lancar. Sesuai untuk melakukan kerja-kerja pejabat, stearming video,  mahupun kerja editing.

 

GRAPHIC

Intel Graphic 620 pada XPS 13 juga mampu mengendalikan games dengan baik sebagai contoh DOTA2 dan sebagainya, cuma tidak sehebat graphic nvdia atau pun amd yang memang khas untuk gaming.

 

 

Apa pendapat anda tentang  Dell XPS 13 ini? Dengan feature dan reka bentuk yang sangat menarik dan tidak lupa juga dengan performance yang di ketengahkan? Adakah ia sesuai dengan kemahuan dan cita rasa anda sebagai pengguna laptop?