HP EliteBook x360 G2 Review

 

HP EliteBook merupakan laptop untuk business dan melakukan kerja-kerja pejabat, dan EliteBook x360 G2 mungkin adalah yang paling menarik untuk produk HP EliteBook masa kini.

Dengan engsel yang fleksibel, casis logam, mempunyai ciri keselamatan, membuatkan laptop ini sangat menarik.

 

SPESIFIKASI
  • Dual-core 2.6-3.5GHz Intel Core i5-7300U (Core i7 available)
  • 1.29kg
  • 16GB RAM
  • 13.3-inch IPS (UHD or FHD) touchscreen with optional privacy filter
  • Intel HD Graphics 620
  • Optional stylus
  • Infrared camera and fingerprint scanner
  • 256GB M.2 SATA SSD (M.2 NVMe up to 512GB available)
  • 1x ThunderBolt 3/USB-C, 2x USB 3.1 Type-A, microSD, 3.5mm headset, Smart card, optional SIM slot, HDMI

 

DESIGN

EliteBook x360 adalah salah satu laptop yang paling menarik dalam senarai HP dan pastinya lebih mudah dilihat daripada rangkaian Latitude Dell dan ThinkPad Lenovo. Aluminium perak dan rekaan yang kemas, casis hadapan yang nipis. Ia juga sangat ringan.

Datang dengan dua port USB Type-A “SuperSpeed” USB, ThunderBolt 3 / Port USB-C, port HDMI 1.4, headset jack dan slot microSD card. Terdapat pilihan untuk slot SIM card dan juga smart card reader.

Mempunyai engsel yang sangat kukuh dan fleksibel yang membolehkan anda untuk mengerakkan skrin tersebut 360 darjah.

 

KEYBOARD, TOUCHPAD & STYLUS

Keyboard untuk laptop ini mempunyai backlit memudahkan untuk menaip dalam keadaan yang kurang cahaya dan mempunyai tindak balas yang positif dan responsif ketika anda sedang menaip.

Terdapat lampu penunjuk sekiranya Caps Lock, Num Lock dan Airplane, Mic Mute menyala. Terdapat juga butang khusus untuk Skype Business, yang membolehkan anda berkongsi skrin anda, meletakkan dan menjawab panggilan. Ini tidak berfungsi dengan Skype biasa.

Terdapat juga butang khusus untuk memaparkan kalendar Outlook anda, yang merupakan sentuhan yang bagus untuk laptop tersebut.

Touchpad yang digunakan adalah Microsoft Precision-certified, yang bermaksud ia berfungsi dengan lancar dengan semua gerak isyarat yang anda inginkan, termasuk fungsi untuk zoom, menggunakan dua jari untuk scrolling dan tiga jari untuk windows management.

 

Stylus HP EliteBook x360 G2 menggunakan teknologi Wacom, terbaik untuk business. Ia juga berfungsi dengan Windows Ink, jadi semua ciri tambahan yang boleh anda dapati pada Windows 10 Anniversary dan Creator update berfungsi dengan sempurna

Pen ini dilengkapi dengan empat bateri AAAA, yang perlu bertahan selama berbulan-bulan. Ia sesuai untuk mengambil nota dalam OneNote dan Sticky Notes, serta melukis dalam aplikasi grafik pilihan anda.

 

AUDIO & WEBCAM

Direka untuk mereka yang suka menggunakan video conference calls, tetapi webcam tidak begitu baik. Sekurang-kurangnya mikrofon yang digunakan cukup baik. Speaker juga berfungsi dengan baik, audio yang di hasilkan sangat baik, walaupun anda streaming video dan sebagainya.

 

SCREEN

Menggunakan 13.3 inci Full HD IPS panel yang sangat baik. Warna yang di paparkan kelihatan menarik dan cerah. Skrin yang digunakan tidak terlalu cerah, jadi tidaklah anda nampak silau semasa melihat paparan pada skrin tersebut.

 

PERFORMANCE

HP EliteBook x360 G2 dilengkapi dengan processor Intel Core i5-7300U dual-core dan 8GB memori DDR4. i5-7300U mempunyai kelajuan base clock2.6GHz dan akan meningkatkan ke 3.5GHz. Ia juga amat sesuai digunakan untuk photo dan Full HD video editing.

 

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *