Acer Swift 3 Review

Laptop Swift 3 merupakan keluaran Acer, dengan reka bentuk yang elegen serta menggunakan cover petutup logam. Sekali pandang macam laptop mewah.

Acer Swift 3 mampu melakukan tugas-tugas asas seperti browsing web, streaming HD video, melakukan kerja dokumen dan sebagainya. Ia juga menggunakan processor i5 jadi ia mampu melakukan kerja-kerja multi-task.

 

SPESIFIKASI

 

Operating System

Windows 10 Home

 

Processor

Intel® Core™ i5-7200U processor 2.50 GHz

 

Display

35.6 cm (14″) Full HD (1920 x 1080) 16:9

 

Graphic

Intel® HD Graphics 620 with Shared Memory

Nvidia GeForce

 

Memory

4 GB, DDR4 SDRAM

 

Storage

256 GB SSD

 

ANTARA CIRI-CIRI MENARIK

 

READ MY FINGER (TEKNOLOGY SCAN FINGERPRINT)

Acer menggunakan teknologi fingerprint reader merupakan cara yang cepat dan selamat untuk Windows Hello untuk mengesahkan identiti anda tanpa kata laluan.

Windows Hello adalah password-free-sign-in yang memberi anda cara terpantas, paling selamat untuk anda log masuk ke windows anda.

 

KEYBOARD BACKLIT YANG MEMBANTU ANDA MENAIP DALAM GELAP

Keyboard yang selesa untuk digunakan dalam persekitaran yang cerah atau pun dalam gelap dengan adanya kemudahan keyboard backlit yang disediakan. Keyboard mempunyai respon yang baik, dapat memberi keselesaan ketika anda menaip dokumen dan sebagainya.

 

GRAPHIC DAN PROCESSOR

Mampu menjalankan dan melengkapkan tugasan yang rumit dengan menggunakan processor i5 dan grafik Nvdia GeForce.

Acer Swift 3 juga menggunakan teknology Acer Color Intelligence. Teknologi ini secara dinamik menyesuaikan gamma, mengoptimumkan warna, dan kecerahan.

Jadi display nampak lebih cantik dan menarik. Disebabkan graphic dan skrin ia juga menyokong Full HD Resolution 1080. Video yang anda tonton lebih sharp dan jelas.

 

KUALITI SOUND YANG SEDAP DI DENGARI

Audio yang keluar kedengaran dengan jelas, ini kerana Acer menggunakan teknologi TrueHarmony. Ia dapat menghasilkan bunyi yang baik.

 

KERJA-KERJA  MULTI-TASKING

Swift 3 juga sesuai untuk melakukan kerja-kerja multi-tasking yang biasa kita lakukan. Menggunakan prosessor i5, dapat memberikan prestasi yang agak baik untuk melakukan sebarang kerja.

 

Apa pendapat anda tentang  Acer Swift 3 ini? Dengan feature dan reka bentuk yang sangat menarik dan sesuai untuk melakukan kerja-kerja harian? Adakah ia sesuai dengan kemahuan dan cita rasa anda sebagai pengguna laptop?

 

 

Acer Aspire VX 15 Review

Acer mungkin mengejutkan dan  menarik perhatian orang ramai dengan laptop edisi terhad mereka iaitu Acer Predator 21 X, tetapi Aspire VX 15 tidak kurang hebatnya.

Aspire VX 15, merupakan tawaran yang sangat baik untuk enty-level gaming laptop, yang menggunakan komponen generasi semasa.

Tidak menggunakan reka bentuk Aspire yang biasa kita lihat sebelum in, Acer memberikan kelainan dalam reka bentuk gaming untuk Aspire VX15, termasuklah dua ventilasi udara yang bergaya di bahagian belakang untuk memastikan sistem sentiasa dalam keadaan baik dan sejuk.

 

SPESIFIKASI

 

Operating System

Windows 10 Home

 

Processor

Intel® Core™ i7-7700HQ processor Quad-core 2.80 GHz

 

Display

39.6 cm (15.6″) Full HD (1920 x 1080) 16:9

 

Graphic

NVIDIA® GeForce® GTX 1050 Ti with 4 GB Dedicated Memory

 

Memory

4 GB, DDR4 SDRAM

 

Storage

1 TB HDD

 

 

ANTARA CIRI-CIRI YANG MENARIK

 

DESIGN YANG MENARIK

Reka bentuk bahagian luar dan dalam adalah lebih baik daripada yang harapkan.  Body laptop adalah plastik, tetapi Acer melakukan yang terbaik untuk menjadikannya kelihat seperti logam, lalu memberikan penampilan yang lebih premium.

 

KEYBOARD YANG LUAS DAN SELESA SERTA BACKLIT YANG MENARIK

Acer memberikan VX 15 keyboard yang luas dengan pad nombor yang kecil. Keyboard tersebut mempunyai jarak antara key yang bagus dan selesa semasa menaip dan respon yang baik. Keseluruhan keyboard mempunyai backlit berwarna merah dengan key WASD mendapatkan sedikit pencahayaan tambahan.

 

KUALITI AUDIO YANG BAIK DAN MEMUASKAN

Speaker dalam Aspire VX 15 adalah sangat baik dan kualiti audio yang keluar adalah lebih baik dari apa yang disangkakan. Ini kerana ia menggunakan teknologi Acer TrueHarmony dan Dolby Audio Premium untuk enhance lagi audio.

 

PORT USB Type-C

Mempunyai satu Port USB Type C merupakan standard USB yang terbaru dimana kelajuan 10 kali ganda lebih laju dari USB 2.0

 

GRAPHIC NVDIA GeForce GTX 10 Series

NVIDIA GeForce GTX 10 Series dilengkapi dengan seni bina NVIDIA Pascaldan juga teknologi permainan baru yang inovatif yang menjadikannya pilihan yang sempurna untuk permainan definisi tinggi masa kini.

 

PROCESSOR i5/i7

Menggunakan Processor 7th generation Intel Core i5/i7 memberikan kuasa memproses yang lebih kuat, lancar dan cepat dalam melakukan kerja-kerja pejabat, multi-task, menonton video dan bermain games.

 

Apa pendapat anda tentang Aspire VX 15 keluaran Acer ini? Dengan feature dan reka bentuk yang sangat menarik dan elegen dan sesuai untuk mereka yang gemar bermain games di laptop. Adakah ia manarik minat dan memenuhi kehendak  dan cita rasa anda sebagai pengguna?

 

Asus ZenPro UX501 Review

Asus ZenBook Pro UX501 merupakan laptop yang mempunyai kelasnya tersendiri. Menggunakan metarial dan juga komponen untuk high performance. Mempunyai ciri-ciri dan reka bentuk yang sangat menarik ada elegen.

 

SPESIFIKASI

Processor

Intel® Core™ i7 6700HQ Processor,

 

Operating System

Windows 10 Home – ASUS recommends Windows 10 Pro.

 

Chipset

Intel® HM170 Chipset

 

Memory

DDR4 2133 MHz SDRAM, up to 16 G, OnBoard Memory 8 GB , 1x DIMM socket

 

Display

15.6″ 16:9 IPS FHD (1920×1080) Asus Splendid Video Intelligent Technology, Zero Bright Dot

 

Graphic

NVIDIA® GeForce® GTX 960M with 2G/4G GDDR5 VRAM

 

Storage

PCIE x 4 512G

 

Card Reader

2 -in-1 card reader ( SD/ SDXC/ MMC)

 

Camera

HD Web Camera

 

Networking

Integrated 802.11 b/g/n or 802.11 ac

Built-in Bluetooth™ V4.0

10/100 Base T

 

Interface

1 x Microphone-in/Headphone-out jack

1 x Type A USB3.0 (USB3.1 GEN1)

3 x Type A USB3.0 (USB3.1 GEN1)

1 x HDMI

1 x Thunderbolt port

 

Audio

Built-in Stereo W Speakers And Array Microphone

Bang & Olufsen

Support Windows 10 Cortana with Voice

Battery

96 Whrs

60 Whrs

 

 

ANTARA CIRI-CIRI YANG MENARIK

DISPLAY YANG LEBIH BAIK

ZenBook Pro boleh memaparkan lebih banyak warna, dengan warna yang lebih terang dan sharp daripada mana-mana paparan standard.

Ia menggunakan teknologi IPS untuk memastikan warna kontras dan qualiti display sentiasa nampak cantik. ZenBook Pro telah menetapkan standard terbaru untuk laptop display.

 

HEBAT DARI SEGI PERFORMANCE

Perkataan ‘Pro’ pada ZenBook Pro bukan sekadar nama sahaja. Setiap komponen dipilih untuk memberikan performance yang cemerlang.

Dengan gabungan prosessor i7, RAM 16gb dan juga grafik nvdia geforce GTX 960m. PCIe sehingga 512GB ssd storage dengan transfer speed 1400MB/s menjadikan ia lebih responsif. Menggunakan teknologi terbaru dual-band 802.11ac Wi-Fi dan bluetooth 4.0 membolehkan anda connect dengan dunia luar dengan kelajuan yang pantas.

Tiga port USB 3.0 di tambah dengan port HDMI, mini DisplayPort dan juga pilihan sambungan Thunderbolt memberi akses kepada teknologi peranti yang terbaru.

 

QUALITI SOUND YANG SEDAP DI DENGARI

ZenBook Pro mempunyai SonicMaster Premium, yang mengabungkan teknologi ICEpower, Bang&Olufsen memberikan pengalaman audio yang terbaik.

Menghasilkan bunyi yang terbaik dalam kelasnya tersendiri lain dari laptop lain, dengan sound bass dan vocal yang jelas, walaupun pada tahap volume yang tinggi.

 

 

KERJA-KERJA GRAFIK DAN MULTI-TASKING LEBIH CEPAT DAN EFISIEIN

Menggunakan prosessor i7, dapat memberikan prestasi yang tinggi untuk sebarang kerja anda lakukan. Di tambah pula dengan RAM 16GB, membolehkan kerja multi-task anda sangat lancar.

Ia juga sesuai untuk menjalankan kerja seperti dokumen dan kerja yang menggunakan banyak grafik. Seperti redering 3D grafik dan sebagainya.

Grafik Nvdia GeForce GTX 960m terkenal dengan gaming-performance, dan anda boleh menikmati video 4k dan juga dapat melakukan kerja-kerja  3D rendering dan bermain game dengan quality yang ultra.

 

Apa pendapat anda tentang  ZenBook Pro keluaran Asus ini? Dengan feature dan reka bentuk yang sangat menarik dan elegen tidak lupa juga dengan high performance yang di ketengahkan? Adakah ia sesuai dengan kemahuan dan cita rasa anda sebagai pengguna laptop?

Facebook Melancarkan “Watch”

Facebook telah melancarkan Watch, merupakan sebuah platform khas untuk online video. Watch akan menggantikan tab video yang sedia ada, dan di pehuni dengan rancangan.

Zaman sekarang video telah menjadi medium yang sangat penting dalam talian. Dari laman web streaming ke vloggers yang berkongsi kisah mereka dan viral video. Youtube mempopularkan video dalam talian dan banyak laman web yang berusaha untuk bersaing dengan mereke.

 

PLATFORM BARU UNTUK RANCANGAN

Rangkaian social menerangkan Watch sebagai satu platform yang baru untuk dipertunjukan di Facebook. Pelbagai genre rancangan yang dipertunjukan.

Facebook berharap Watch akan menjadi  tempat kepada kepelbagaian jenis genre rancangan dari realiti hingga ke komedi dan juga sukan secara live untuk di tonton.

 

 

Watch akan menyertakan watchlist untuk memastikan anda tidak terlepas satu episode dari rancangan kegemaran anda. Kandungan rancangan diatur bergantung pada ada yang dilihat oleh komuniti di antaranya “most talk about,” “what making people laugh” dan “what friends are watching”

Pada peringkat awal ia hanya untuk tontonan pengguna di U.S. Walau bagaimanapun dari masa ke semasa Facebook akan memperluaskan lagi Watch untuk tontonan mereka yang berada luar dari U.S. Watch boleh ditonton melalui telefon pintar, desktop dan juga Facebook smart tv apps.

Tiada Lagi Adobe Flash Pada Akhir Tahun 2020

Tahukah anda semua bahawa Adobe telah mengumumkan ia akan memberhentikan Flash. Dengan kata lain Flash akan pergi buat selamanya. Adobe Flash banyak digunakan oleh web-based games, online video, dan banyak lagi.

Walau bagaimanapun, sehingga ke hari ini Flash sentiasa dikaitkan dengan masalah isu keselamatan.

 

AKAN BERAKHIR SUDAH RIWAYAT ADOBE FLASH

Walaupun sudah bertahun-tahun isu keselamatan Flash ini diperkatakan ia kekal hangat sehingga ke hari ini, Adobe akhirnya membuat keputusan untuk hentikan Flash. Terdapat banyak pihak dan syarikat teknologi yang mahukan Flash di singkirkan sama sekali, terlalu banyak untuk disebutkan.

Dan akhirnya, Adobe menyerah kepada tekanan yang dialami dan menyatakan akan menamatkan Flash buat selama-lamanya.

 

 

Dalam blog post, Adobe berjanji akan menghentikan update dan pengedaran Flash Player pada akhir tahun 2020 dan mengalakkan mereka yang menggunakan format Flash bertukar kepada alternatif yang lain.

Isu-isu keselamatan adalah sebab utama Flash akan diberhentikan. Tidak lama dahulu Steve Jobs berhujah bahawa Flash perlu dimatikan. Dan sekarang, Flash akan mengundur diri dari gegelung masalah ini, dan mungkin akan digantikan dengan kemunculan teknologi yang baru, seperti HTML5.

 

 

Apa pendapat anda tentang Adobe untuk hentikan Flash? Patutkah Adobe dari dulu lagi Flash di singkirkan? Sama-sama kita nantikan teknologi baru yang akan menggantikan Flash.