Intel dan AMD telah mengumumkan kerjasama diantara mereka untuk mencipta dan menggabungkan processor Intel dan juga graphic chipset daripada AMD iaitu Radeon, di mana tujuannya adalah untuk menghasilkan laptop yang boleh digunakan untuk main game-game yang berat.
Chip ini merupakan sesuatu yang baru di dalam arena komputer ini, dengan menggunakan High Bandwidth Memory 2 (HBD) yang menggantikan graphic RAM dan juga Embedded Multi-Die Interconnect (EMIB), ia menghubungkan graphic chipset dan juga HBD tersebut terus kepada processor dan menghasilkan sebuah laptop yang kecil, ringan tetapi cukup berkuasa untuk sebarang tugasan.
123 inches touch screen with 2400 x 1600 resolution
80211a/b/g/n/ac 2×2 MIMO dual-band (2.4GHz, 5.0GHz) with Bluetooth 4.2
Rekabentuk
Google Pixelbook ini merupakan sebuah laptop yang cukup nipis, dan ia mempunyai rangka diperbuat daripada aluminium sepenuhnya, dan ia mempunyai getah pada bahagian palm-rest yang memeberikan keselesaan ketika menaip.
Skrin dan Bunyi
Skrin bersaiz 12.3 inci ini dilindungi dengan Gorilla Glass yang tahan calar, dan ia juga mempunyai touch screen yang membolehkan pengguna turut menggunakan Google Pixelbook Pen, yang boleh digunakan untuk melukis dan menulis. Skrinnya juga sangat terang dan boleh dilihat daripada pelbagai sudut.
Kualiti audionya pula cukup mengagumkan dengan adanya speaker pada bahagian bawah keyboard. Speakernya juga cukup kuat untuk memenuhi ruang bilik bersaiz sederhana.
Keyboard dan Touchpad
Keyboardnya memberikan rasa yang sama seakan-akan MacBook Air, tetapi dengan lebih respons yang memberikan rasa yang lebih selesa.
Touchpadnya cukup memuaskan dengan setiap click tanpa sebarang masalah.
Prestasi
Google Pixelbook ini merupakan sebuah laptop yang sangat berkuasa, dengan adanya processor i7, SSD sebanyak 128GB, dan 8GB RAM, ia boleh menampung pelbagai jenis tugasan kerja tanpa masalah, ia juga boleh digunakan untuk bermain game-game yang ringan.
Narrator merupakan salah satu feature yang sudah berada pada Windows sejak Windows 7 lagi, ia berfungsi untuk membaca segala text yang ada pada skrin untuk memudahkan pengguna ataupun untuk mereka yang tidak tahu membaca.
Untuk pengguna biasa, sesetengah orang anggap benda ini agak menyemakkan, kerana mereka boleh baca dengan lebih pantas dan mereka tidak mahu mendengar apa-apa daripada Narrator ini.
Langkah-langkahnya
Pergi ke Start, dan kemudian Settings.
Pilih EaseofAccess, dan kemudiannya pilih Narrator.
Tablet mode pada Windows 10 memberikan para pengguna laptop 2-in-1 rasa yang lebih selesa untuk menggunakan touch screen. Jika anda lebih menggunakan dalam mode desktop ataupun normal, lebih baik anda kekalkan dengan tidak menukar kepada tablet mode secara automatik.
Tekan Settings pada Start Menu.
Pilih System.
Pilih Tablet Mode pada bahagian kiri, dan kemudian menu Tablet Mode akan keluar.
Tukarkan kepada On ataupun Off, untuk enable dan disable Tablet Mode.
Di antara faktor pengguna memilih laptop atas dasar protability ataupun mudah alih, jadi keyboard merupakan salah satu aspek yang menjadikan laptop ini mudah alih. Tanpa keyboard, agak sukar untuk menggunakan laptop, tidak seperti smartphone, yang mempunyai keyboard pada skrin.
Keyboard sangat sensitif terhadap sebarang jenis cecair, dan juga keganasan fizikal
Bagaimana keyboard boleh rosak?
Tertumpah air.
Kerap menekan dengan kuat ataupun spam.
Terlalu banyak habuk.
Tanda-tanda keyboard dah rosak
Butang tercabut.
Bila tekan, tak keluar apa-apa.
Butang tersangkut.
Bunyi beep yang kuat dan panjang ketika Starting Windows.
Tekan satu butang, dua butang yang respond.
Jadi, dengan keyboard rosak, apa yang kita boleh buat?
Oleh kerana keyboard ini didatangkan dengan satu papan, ia perlu digantikan dengan keyboard yang baru kerana masih lagi tiada teknologi untuk menggantikan satu butang sahaja.