Adakah Kita Memerlukan Cooling Pad untuk Laptop?

 

Bila anda ke kedai komputer ataupun kedai online, anda dapat lihat pelbagai jenis aksesori laptop yang berguna dan juga yang tidak berguna. Mungkin anda lihat cooling pad sebagai sesuatu yang bagus untuk menyejukkan laptop anda.

Tetapi, adakah anda perasan, pada bahagian bawah laptop anda tiada ruang untuk angin daripada cooling pad untuk masuk ke dalam dan menyejukkan laptop anda?

Komponen yang kerap panas adalah processor dan juga graphic chipset. Sebagai contoh gambar di atas menunjukkan ia hanya ada laluan kepada RAM, dan sedikit pada bahagian motherboard, dan juga kipas laptop. Kebanyakan jenis cooling pad ada satu ataupun dua kipas, dan kedua-duanya bukanlah direct kepada kipas ataupun laluan angin pada laptop.

 

Apa yang kita boleh gunakan untuk menyejukkan laptop?

1. Kerap servis laptop.

Habuk perlu dibuang untuk mengekalkan suhu laptop yang rendah.

 

2. Beli vacuum cooler laptop.

Vacuum cooler laptop ini bertindak untuk menyedut haba daripada air vent pada tepi laptop, dan melepaskannya keluar.

Cara Terbaik Untuk Mengelakkan Terlupa Logout

 

Kadang-kadang kita pergi ke rumah kawan ataupun cyber café, login Facebook dan terlupa untuk sign out. Bila kawan-kawan kita Nampak facebook kita masih lagi login pada komputernya, sudah semestinya dia akan menambahkan status yang memalukan pada akaun facebook kita.

Dengan Incognito Mode pada Google Chrome, kita boleh mengelakkan berlakunya perkara sedemikian. Incognito Mode merupakan salah satu kelebihan yang ada pada Chrome. Jika kita browsing menggunakan Incognito Mode, semua website yang kita akses, fail yang kita download, tidak akan direkodkan dalam History dan juga Downloads. Akaun yang kita login juga akan dilogout setelah tutupnya Chrome.

 

Untuk menggunakan Incognito Mode pada Chrome:

1. Tekan butang 3 titik pada Chrome.

2. Pilih New Incognito Window. Chrome Incognito Mode akan keluar.

3. Akses Internet dengan lebih selamat.

Apakah itu Disk Defragmentation?

Kebiasaannya orang akan tanya, apa itu Disk Defragmentation? Adakah ia perlu? Kita mulakan dengan mengenal apa itu Disk Defragmentation. Disk Defragmentation ini adalah sebuah software yang tersedia oleh Microsoft pada laptop kita.

Fragmentation terjadi apabila data yang disimpan pada hard disk tidak berada didalam susunan yang betul. Ia boleh menyebabkan komputer kita ambil masa sedikit untuk mengakses data yang dicari. Jadi, defragmentation ini adalah untuk menyusun semula data, dan memudahkan pencarian data yang berkaitan.

Perbezaan antara hard disk yang belum defragment, dan juga selepas defragment.

 

Cara untuk Disk Defragment pada Windows 7?

  1. Tekan butang Start.
  2. Taip Disk Defragmenter, dan tekan pada Disk Defragmenter.
  3. Tekan Analyze Disk, untuk mengetahui bahawa hard disk anda perlu di-defragment atau tidak. (Jika anda tak pernah melakukan defragmentation, ia akan menyuruh anda untuk melakukan sedemikian.
  4. Kemudian, tekan Defragment Disk dan tunggu sehingga ia selesai.

 

Disk Defragment ini lebih baik dilakukan ketika anda tidak menggunakan laptop anda.

Untuk Windows 8.1 dan juga Windows 10, saya akan sambung di dalam post yang lain.

Adakah Laptop Memerlukan Antivirus?

 

Ya, setiap laptop memerlukan antivirus, ini kerana, masih ada orang di luar sana yang mencipta virus dan menyebarkan virus tersebut, untuk mencuri data mahupun hanya untuk berseronok.

Sesetengah company komputer akan meletakkan antivirus di dalam komputer yang dihasilkan dan kemudian, memaksa pengguna untuk signup pada antivirus tersebut. Kerana ini merupakan salah satu cara company-company ini membuat duit.

 

Jadi adakah laptop kita memerlukan perlindungan daripada antivirus?

 

  1. Bukan hanya virus yang boleh menyerang komputer anda.

Kita sepatutnya bukan hanya risau pada virus sahaja, tetapi malware. Malware adalah jauh lebih licik berbanding virus, ia boleh masuk ke komputer anda tanpa dikesan, menyembunyikan diri dan buat sesuatu yang anda tidak inginkan.

 

  1. Pada Windows 8.1 dan juga Windows 10 terdapat Windows Defender

Tidak seperti antivirus lain yang memakan ruang dan juga bergerak pada background, Windows Defender merupakan antivirus percuma yang cukup baik dan Microsoft akan memberikan update kepada Windows Defender untuk menambah lagi senarai virus yang makin bertambah setiap hari.

 

  1. Lebih baik ada daripada tiada

Sekurang-kurangnya anda sudah mempunyai perlindungan tambahan dengan adanya antivirus. Bukan untuk melawan hanya virus, tetapi juga sebarang program yang boleh mengundang masalah kepada komputer anda.

Tambah RAM Laptop Jadi Laju?

 

RAM atau Random Access Memory ini merupakan sekeping kad pada laptop dan juga desktop. Ia berfungsi untuk membaca dan menyimpan data ketika komputer sedang digunakan. Data yang disimpan akan hilang setelah komputer dimatikan.

Jumlah RAM yang tinggi tidak menambahkan kelajuan komputer ini kerana ia hanya untuk membolehkan anda membuka banyak software pada satu-satu masa.

Sebagai contoh, dengan 1 GB RAM anda boleh buka Chrome dengan Words tanpa sebarang masalah, dan jika anda tambah lagi satu software Powerpoint, laptop akan mula jadi hang. Dan bila anda tambah 1GB RAM lagi, Powerpoint boleh dibuka tanpa laptop menjadi hang.

 

Kelajuan laptop ini berdasarkan:

1. Windows. Background software dan juga virus, boleh menyebabkan laptop menjadi perlahan.

2. Hard Disk. Hard disk perlu berada di dalam kondisi yang baik. Untuk lebih kelajuan, anda boleh menggunakan SSD, kerana SSD adalah 5 hingga 10 kali laju berbanding hard disk.

3. Processor. Processor juga memainkan peranan yang penting untuk kelajuan sesebuah laptop. Jika anda menggunakan processor berjenis Atom ataupun Centrino, mungkin selepas format akan ada rasa sedikit laju.