Tutorial Cara untuk Install SMADAV

Mesti anda pernah kena virus hidden file dan shortcut juga, bukan? Kemudian akan ada rasa agak tertekan apabila tak boleh nak buat kerja. Meskipun ada beli antivirus Kaspersky, Avira, dan sebagainya, masih lagi tak boleh nak dapatkan semula data yang ghaib disebabkan virus.

SMADAV merupakan antivirus yang dibuat oleh warga Indonesia. Ia boleh bertindak sebagai antivirus lapisan kedua dimana ia boleh berfungsi bersama-sama antivirrus lain tanpa sebarang masalah.

SMADAV ada yang percuma dan juga yang berbayar. Tapi, jangan risau, yang percuma pun sudah memadai. Hanya cucuk pendrive, dan SMADAV akan terus mengesan sebarang virus yang ada. SMADAV juga akan secara automatik akan membuang semua virus pada pendrive anda.

 

 

  1. Buka Web Browser anda.

 

  1. Taip www.smadav.net.

 

  1. Tekan pada butang Free Download Smadav 2017 – 11.6. Ia akan memulakan fungsi download secara automatik.

  1. Buka installer SMADAV dan install SMADAV.

 

  1. Setelah selesai, run SMADAV.

 

Selamat mencuba. 🙂

Punca-Punca Kerosakan Pada Hard Disk

Hard disk merupakan komponen yang sangat penting untuk laptop dan juga komputer kita kerana ia adalah tempat kita menyimpan dan juga membaca data. Komponen komputer dan laptop kebiasaannya hanya diperbuat daripada elektronik. Tetapi hard disk ini merupakan gabungan elektronik dan juga mekanikal, jadi hard disk lebih mudah rosak berbanding komponen lain.

 

 

Kenapa hard disk boleh rosak?

  1. Kerap sleep atau hibernate. Sleep untuk jangka masa yang pendek seperti satu jam dan kebawah, tiada masalah, tetapi kalau nak biarkan lama-lama lebih baik shutdown.
  2. Laptop jatuh atau terlanggar ketika sedang digunakan. Hard disk mempunyai komponen mekanikal, dan ia amat sensitif terhadap gegaran, impak dan sebagainya.
  3. Suhu yang terlalu tinggi pada laptop. Suhu yang tinggi pada laptop mampu merosakkan komponen-komponen laptop, termasuk hard disk. Disarankan untuk pengguna laptop dan juga komputer untuk servis secara berkala agar suhu laptop kekal rendah. 
  4. Power failure ketika membaca atau menyimpan data. Jejari mekanikal pada hard disk akan bergerak ketika proses read and write, dan apabila power terhenti, jejari mekanikal itu boleh merosakkan platter hard disk (tepat tersimpannya data pada hard disk).

 

Tanda-tanda hard disk yang rosak.

  1. Bunyi bising pada hard disk.
  2. Data-data hilang ataupun rosak.
  3. Lambat untuk masuk ke Windows.
  4. Hang ketika melakukan sesuatu pada laptop.
  5. Ambil masa yang lama untuk membuka fail yang kecil.
  6. Percentage yang rendah pada Hard Disk Sentinel.

 

 

7 Peranti Anda Yang Boleh Digunakan Dengan VPN

Anda pasti telah mendengar semua tentang VPN. Sekarang anda tahu bahawa ia merupakan rangkaian peribada maya (virtual private network) dan sebab-sebab kenapa perlu anda memilikinya.

Tetapi anda masih lagi meraguinya. Adakah VPN benar-benar memberikan perbezaan kepada anda? Mungkinkah hardware anda tidak menggunakan VPN?

Kecuali jika ia adalah cerek atau peralatan yang diperbuat daripada kayu, ia mungkin tidak akan berfungsi. Dibawah merupakan senarai peranti yang berbeza yang membolehkan anda menggunakan VPN.

 

MENGGUNAKAN VPN DENGAN DESKTOP ATAUPUN LAPTOP

Terdapat tiga sistem operasi utama yang membolehkan anda menggunakan klien VPN, atau dengan mengkongfugirasi sambungan OpenVPN secara manual.

 

  • Windows

Merupakan Pilihan utama untuk menjalankan VPN. Setiap pembekal VPN menawarkan aplikasi klien untuk windows. Ini bermakna memuat turun dan memasang klien, memasukan credentials untuk akuan anda, kemudian mengaktifkan VPN apabila anda perlu menggunakannya.

Sambungan secara manual juga boleh disediakan, melalui Settings> Network & internet> VPN. Semak pembekal VPN anda untuk maklumat lanjut.

 

  • Mac

Walaupun liputan untuk macOS tidak begitu luas berbanding Windows, majoriti pembekal VPN yang terkenal menawarkan perkhidmatan tersebut untuk pengguna Mac. Sekali lagi, ini bermakna memuat turun aplikasi klien untuk menyambung ke pelayan VPN yang anda pilih.

 

  • Linux

Sokongan masih kurang meluas untuk linux, walaupun ada beberapa pembekal VPN yang menawarkan aplikasi yang khusus. Walau bagaimanapun, ia tidak menyokong OpenVPN, yang boleh ditubuhkan dalam hampir setiap sistem operasi linux.

 

  • Browser Extension

Bagaimana jika anda tidak dapat memasang klien VPN? Atau jika anda hanya muhukan lebih kawalan terhadapnya?

Di sini, semua yang anda perlu lakukan ialah memuat turun extension untuk pelayar anda, dan kemudian anda dengan mudah dapat menyambung dan memutuskan sambungan VPN anda seperti yang diperlukan.

Anda perlu menyemak dengan pembekal VPN sama ada browser plugin tersedia. Biasanya, sambungan untuk Mozilla Firefox, Google Chrome, dan pelayar Safari Apple biasanya tersedia.

 

VPN UNTUK PERANTI MUDAH ALIH

VPN bukan saja untuk desktop dan laptop, hampir semua pembekal VPN menawarkan aplikasi untuk peranti mudah alih.

 

  • iOS

Jika anda seorang pengguna iPhone atau iPad, anda bernasib baik. Peranti anda disokong secara meluas oleh pembekal VPN, dan ada peluang yang sangat baik bahawa anda akan dapat menyambung ke internet menerusi klien.

 

  • Android

Sama seperti iOS, telefon Android dan tablet boleh menyambung ke pilihan perkhidmatan VPN anda menggunakan aplikasi

 

  • Windows 10 mobile/Windows phone 8

 

Beberapa aplikasi klien tersedia untuk Windows 10 Mobile, dan perkara yang sama berlaku untuk model terdahulunya, Windows Phone 8.1. Untuk menggunakan VPN dengan peranti ini, anda perlu mengkonfigurasi secara manual.

Pengguna Windows Mobile 10 perlu pergi ke Settings> Network & wireless, kemudian VPN. Di sini, klik Add a VPN connection, dan masukkan nama pelayan dan credentials seperti yang diperlukan. Untuk menggunakan VPN, bukanya dari menu yang sama.

Dalam Windows Phone 8.1, cari Settings> VPN dan beralih ke Aktif, kemudian sentuh + untuk membuat profil. Masukkan credentials yang diperlukan, dan nama server.

Sekiranya anda mempunyai masalah, rujuk pada website pembekal VPN anda.

Cara Mudah Untuk Create New User Account Windows 7

 

Nak create new user account untuk windows 7 mudah sebenarnya. Kebiasaanya ada sesetengah pengguna laptop di luar sana akan membuat satu atau dua user baru, untuk kegunaan orang lain, sebagai contoh rakan-rakan mahupun ahli keluarga.

Anda boleh ikut cara dibawah ini untuk create new user : –

 

  • Pertama sekali anda klik pada start menu disebelah kiri skrin anda.
  • kemudian klik pada control panel

 

  • Di paparan control panel anda akan nampak disebelah kanan anda add or remove user accounts
  • klik pada add or remove user account

 

  • Di bahagian manage account ini anda perlu klik pada create a new account di bahagian bawah

 

  • Masukkan nama user anda di dalam kotak tersebut
  • selepas itu anda boleh memilih sama ada user tersebut mempunyai kuasa seperti administrator ataupun standard user sahaja.
  • Selepas anda selesai memilih type user tersebut klik pada create account di bahagian bawah,

 

Mudah sahaja kan untuk create new user account dan selamat mencuba.

Tutorial Cara untuk Disable Auto Update Windows 7

Anda semua mesti pernah mengalami perkara ni betul tak? Masa connect pada internet windows secara automatik akan download update. Secara tak langsung ia mengganggu kelajuan streaming anda. Kalau pakai unifi ok lagi tak rasa sangat internet slow, tapi kalau mereka yang pakai streamyx ke internet dari phone fuh dia punya slow !!!

Lagi satu yang buat stress masa nak shutdown, kat situ la baru nak installing nak kene tunggu lagi ada yang makan masa yang lama. Macam mana nak atasi masalah ni? mudah je ikut je cara kat bawah ni :

 

Tekan Start Menu disebelah bawah bahagian kiri skrin anda > Kemudian klik pada Control Panel

 

Di paparan Control panel anda perlu klik pada Caterogy di bahagian atas kanan skrin anda > Kemudian klik Pada Small icon

 

Sekarang anda nampak tak Windows Update di bahagian paling bawah dalam list ini > Klik Windows Update

 

Di bahagian Windows Update disebelah kiri paparan skrin tersebut klik pada Change Settings

 

Langkah terakhir anda boleh pilih salah satu dari empat pilihan > Klik pada Nerver to Update sekiranya anda tidak mahu update sebarang update pada windows anda > Klik OK selepas anda selesai memilih.

 

Mudah sahaja kan nak disable windows update. Jadi tak ada lagi windows is installing semasa anda nak shutdown laptop.