Cara Untuk Force Close Tab Chrome Yang Tidak Responsif

Jadi anda mempunyai tab yang tidak responsif dalam chrome dan anda juga seorang yang suka membuka banyak tab, ini mungkin boleh mendatangkan masalah. Masalah tab browser tidak responsif akan membebankan anda sehingga anda menutup browser tersebut.

Tetapi, nasib baik ada jalan penyelesaian untuk mereka yang mempunyai masalah tab chrome tidak responsif. Teruskan membaca untuk mengetahui cara untuk force close tab yang tidak responsif dalam chrome.

 

KENAL PASTI TAB YANG TIDAK RESPONSIF

Sebelum meneruskannya, perkara pertama yang perlu dilakukan adalah, pastikan tab tersebut benar-benar tidak responsif dan bukannya tidak loading. Bolehkah anda mengklik apa-apa didalam halaman tersebut?

Adakah paparan dalam skrin anda masih bergerak? Apa yang akan berlaku jika anda refesh halaman tersebut? Bolehkah anda klik pada ikon tutup tab browser tersebut?

Sekiranya tiada yang berfungsi, pastikan tab mana yang tidak responsif dan anda boleh cuba langkah ini.

 

CARA UNTUK MENUTUP TAB CHROME YANG TIDAK RESPONSIF

  • Klik pada ikon tiga titik menegak di sudut sebelah kanan atas tetingkap chrome anda.

 

  • Buka Task Manager dengan klik dahulu More Tools > Task Manager. Di bahagian ini anda dapat melihat senarai semua proses yang sedang berjalan pada chrome. Ia termasuk sekali dengan tab dan juga extensions.

 

  • Scroll ke bawah hingga anda jumpa tab yang bermasalah.

 

  • Klik pada baris tab yang telah anda highligt.

 

  • Klik pada End Process di sudut kanan bahagian bawah Task Manager.

 

 

Itu sahaja yang perlu anda lakukan. Chrome akan mengatasi aplikasi yang tidak responsif dan memadamkannya. Dalam beberapa saat, ia akan dipadamkan dari skrin anda.

Cara Membuat System Restore Point Windows 7

Membuat System Restore Point dalam Windows 7 adalah cara yang cepat untuk melindungi diri dari system crashes. System Restore Point boleh dikatakan sebagai polisi insurans anda. Ciri-ciri System Restore adalah membuat satu rekod setting system dan programs anda yang masih berfungsi dengan baik.

Sekiranya berlaku masalah dan menyebabkan System tersebut crash, jalan mudah yang perlu anda lakukan dahulu adalah dengan run System Restore untuk kembali kepada setting sebelum berlakunya masalah.

 

STEP MEMBUAT SYSTEM RESTORE POINT
  • Klik pada icon start menu disebelah kiri skrin anda > kemudian klik pada control panel > klik pada system and security.

  • Di paparan system and security klik pada Allow remote access > kemudian klik pada tab system protection disebelah kiri tab remote

  • Di bahagian ini anda perlu klik Create untuk membuat rekod system restore > kemudian masukkan nama bagi restore point tersebut > selepas itu klik create. Windows akan memberi notifikasi yang anda telah berjaya membuat rekod restore point > tutup paparan tersebut

 

Mudah je nak create restore point untuk windows anda. kalau anda belum create lagi restore point digalakkan segera buat. Mana tahu tiba-tiba system anda crash, dengan ada restore point anda boleh kembali kepada point dimana system anda masih lagi berfungsi dengan baik.

Antara Shortcut key Keyboard untuk Windows yang Biasa Digunakan

Semua pengguna Windows di luar sana, ramai di antara kita yang menggunakan shortcut key untuk memudahkah atau menjimatkan masa kita dalam melakukan tugasan.

Di bawah ini merupakan shortcut key yang sangat popular digunakan oleh pengguna Windows di luar sana. Dengan menggunakan shortcut key anda dapat execute command dengan cepat menggunakan kaedah ini.

Jom kita tengok antara shorcut key yang popular yang biasa digunakan.

  • Ctrl + S > Save file
  • Ctrl + X > Cut selected item
  • Ctrl + C > Copy selected item
  • Ctrl + V > Paste
  • Ctrl + Shift + Esc/ Ctrl + Alt + Del > Open Task Manage
  • Windows Logo + E > My computer
  • Windows logo + R > Run
  • Alt + Tab > Switch between program
  • Alt + F4 > Close current program / shutdown windows
  • Ctrl + A > Select all
  • Ctrl + B (Microsoft Words) > Bold text
  • Ctrl + I (Microsoft Words) > Italic text
  • Ctrl + U (Microsoft Words) > Underline text

 

Apa lagi shortcut key yang biasa anda gunakan? comment shortcut key yang biasa anda gunakan sekiranya tiada di atas. Sama- sama kita berkongsi ilmu kepada rakan-rakan di luar sana.

Asus ROG STRIX G553 Review

  • 2.5-3.5GHz quad-core Intel Core i5-7300HQ (Core i7 available)
  • 4GB Nvidia GeForce GTX 1050 CPU (1050 Ti available)
  • 8GB DDR4 memory
  • 15.6-inch Full HD screen
  • 128GB SSD + 1TB hard disk

 

DESIGN & BUILD

Seperti kebanyakan laptop gaming pertengahan, Asus tidak mengutamakan reka bentuk premium dengan laptop ini, tetapi ia memberi fokus terhadap ciri-ciri gaming. Ia mempunyai reka bentuk yang nampak old school tetapi dengan sentuhan moden.

Asus GL553 dilengkapi dengan port HDMI, dua port USB Type-A 3.0 dan Type-C connector, bersama dengan headset jack, slot SD card, satu port USB 2.0 dan Dvd drive.

 

KEYBOARD & TOUCHPAD

ROG STRIX GL553 mempunyai keyboard yang sangat besar dan luas, ruang antara key tidak terlalu rapat atau jarak, menjadikan pengalaman menaip lebih selesa. Ia juga mempunyai shortcut key yang akan membawa anda pada Asus ROG Gaming Center software.

Keyboard tersebut menggunakan RGB backlighting, memberikan empat nyalaan warna lampu yang berbeza di setiap bahagian keyboard.

Touchpad pada ROG STRIX GL553 adalah Microsot Precison-certified, bermakna ia mampu melakukan finger gusture, secara keseluruhan ia sangat responsif.

 

SCREEN & AUDIO

Laptop ini menggunakan skrin Full HD 15.6 inci, sangat baik dari sudut tontonan, mempunyai warna terang dan kecerahan yang agak tinggi. Jadi imej dan warna yang dipaparkan pada skrin lebih tepat (accurate).

Build-in Speaker sangat baik, audio yang dihasilkan sangat sedap didengari sekiranya anda mendengar lagu dan lagu dan lain-lain lagi.

 

PERFORMANCE

Laptop ini datang dalam pelbagai spesifikasi, tetapi pembezaan utama antara model adalah processor Core i5 atau i7 dan kad grafik Nvidia GeForce GTX 1050 atau 1050 Ti.

Dengan processor Intel Core i5-7300HQ quad-core mencatatkan kelajuan 2.5GHz sehingga 3.5GHz dan GPX GTX 1050 dengan memori video 4GB. Bersama-sama dengan memori DDR4 8GB dan SATA SSD 128GB, laptop ini sangat baik dalam tugas seharian, dan cukup melakukan tugas seperti video dan photo editing.

Tiada Lagi Aplikasi Google Drive Pada March 2018

Aplikasi Google Drive untuk desktop secara rasminya tidak akan digunakan sehingga ke hari ini, Google ada mengumumkan di dalam blog post mereka. Sokongan akan di hentikan pada 11th Disember dan aplikasi ini akan di tutup serta merta pada 12th Mac 2018.

User yang masih menggunakan aplikasi Drive akan mula melihat notifikasi pemberitahuan pada bulan oktober tiada lagi aplikasi ini. Walaubagaimanapun aplikasi sini masih lagi boleh di akses dari web, smart phone apps dan lain-lain lagi.

Google kini mempunyai dua perisian yang agak baru untuk membolehkan anda backup data anda atau mengakses fail dalam cloud. Terdapat Backup and Sync, aplikasi pengguna yang merangkumi semua bagi menggantikan kedua-dua app Google Drive dan Google Photos Uploader apps. Ia menawarkan fungsin yang sama seperti Drive dan berfungsi dengan cara yang sama.

 

Untuk info yang lebih lanjut anda boleh melayari website https://www.thesun.co.uk/news/4422016/google-drive-shutdown-files-backup-sync/