Tip Supaya Laptop Anda Tidak Terlalu Panas dan Overheating

Laptop merupakan keperluan pada zaman kini. Ia digunakan untuk pelbagai aktiviti sebagai contoh, melakukan kerja-kerja pejabat, mengumpul dan menyimpan data penting, permainan video dan pelbagai lagi.

 

Apabila kerap penggunaannya, seperti menggunakan aplikasi pengeditan gambar dan video, permainan video, dan buat masa yang lama, masalah ‘overheat’ akan timbul.

 

ELAK LAPTOP ANDA DARI TERLALU PANAS/OVERHEATING
  • PASTIKAN FAN DAN HEATSINK ANDA BEBAS DARI HABUK

Kipas ini digunakan secara terus-menerus dan menyebabkan habuk-habuk berkumpul. Habuk tebal akan mengurangkan kelajuan kipas berputar serta menghalang angin panas dari keluar.

Bersihkan dengan penuh hati-hati agar tiada habuk yang masih tinggal. Tips ini mungkin sukar bagi yang baru pertama kali untuk membuka laptop.

 

  • TUKAR THERMAL PASTE

Thermal paste digunakan untuk membantu menyerap dan menyejukkan haba kepada heatsink. Setelah digunakan lama, ia akan kering dan keras dan perlu untuk ditukar untuk memastikan haba dapat dihantar dengan baik.

 

  • JANGAN LETAK ATAS PERMUKAAN FABRIK

Gunakan laptop di atas permukaan yang rata dan licin. Juga letakkan sesuatu seperti buku dibawah bahagian bateri laptop, untuk memastikan laluan angin berjalan dengan lancar.

Jangan letakkan laptop di atas tilam atau bantal, kerana ia akan menghalang laluan angin dan juga akan menyebabkan laptop panas.

 

  • ELAK DARI PERSEKITARAN YANG PANAS DAN BERHABUK

Persekitaran dengan suhu yang tinggi adalah tidak elok untuk laptop kerana ia turut menyebabkan laptop menjadi panas. Persekitaran yang berhabuk juga boleh tidak sesuai, ini akan menyebabkan fan akan menyebut lebih banyak habuk dan memyebabkan laluan air flow tersumbat dan kipas berhabuk.

 

  • GUNAKAN FAN EXTERNAL

‘External Cooling Fan’ berfungsi untuk mengurangkan haba laptop dengan mengalirkan udara ke dalam laptop melalui air flow laptop.

Jangan lupa untuk membersihkan ‘external cooling fan’ sekali-sekala agar ia dalam keadaan yang bersih dan baik. Jika ia berhabuk dan kotor, ia akan menjadi merbahaya kepada laptop, kerana habuk-habuk itu akan masuk kedalam laptop.

  • REHATKAN LAPTOP

Apabila anda telah menggunakan laptop untuk bekerja atau bermain pada jangka masa yang lama, lebih baik anda mengambil masa untuk mematikan laptop, untuk memberikan ia masa untuk berehat.

Seperti manusia, laptop juga perlu rehat setelah melakukan kerja-kerja berat atau bermain permainan video. Pastikan juga laptop dimatikan sepenuhnya.

Windows 10 Fall Creators Update October 2017

Windows 10 Fall Creators Update

Microsoft merancang satu lagi pembaharuan untuk sistem operasi kedua yang paling popular di dunia. Di Keynote IFA di Berlin, Terry Meyerson, VP dari Windows dan Devices group, mengesahkan jadual pelancaran awal.

Update kali ini mungkin merupakan akhirnya program e-mail, iaitu Outlook Express.

Software Paint yang biasa digunakan oleh pengguna windows tidak terkecuali tetapi ia mendapat banyak feedback dari pengguna, dan MS Paint sebaliknya tidak akan disingkirkan dari windows sepenuhnya, tetapi ia akan bertukar kepada Paint 3D. Original MS Paint yang terdahulu tidak lagi akan menerima sebarang kemas kini.

 

Mungkin satu-satunya ciri utama update ini adalah sokongan baru untuk virtual reality headset. Microsoft memanggil ini Mixed reality platform, menawarkan sokongan untuk headset dari Acer, Dell, Lenovo, dan HP (semuanya akan bermula pada hari yang sama). Tidak seperti HTC Vive atau Oculus Rift, headset ini tidak memerlukan kotak pengesanan luaran, hanya memasang secara langsung ke PC anda melalui kabel HDMI dan USB.

 

 

Untuk mendapatkan maklumat yang lebih detail berkenaan Windows 10 Creator Fall Update, anda oleh baca artikel berkenaan di blog website Microsoft

“https://blogs.windows.com/windowsexperience/2017/09/01/create-and-play-this-holiday-with-the-windows-10-fall-creators-update-coming-oct-17/#tWTvbh898RqexY6h.97”

Cara Mudah Untuk Set Up Bluetooth Windows 10

Bluetooth bukan lagi teknologi khusus untuk mereka yang celik IT mahupun peminat gadget. Zaman sekarang sudah ada banyak gadget yang menggunakan teknologi ini seperti telefon pintar radio kareta anda dan sebagainya.

Enable Bluetooth di windows 10 adalah sangat berguna berbanding sebelumnya. Operating system ini menawarkan ciri-ciri asli yang bergantung pada teknologi masa kini. Selain itu anda dapat menjimatkan masa dengan pairing peranti anda untuk meningkatkan produktiviti.

 

CARA UNTUK ENABLE BLUETOOH

Sebelum kita masuk ke butiran pairing peranti dengan Windows anda, anda perlu tahu bagaimana untuk menghidupkan Bluetooth pada Windows.

Anda mempunyai dua pilihan yang tersedia. Keduanya akan menjadikan komputer anda “discoverable“.

  • Action Center menu, klik pada ikon kotak text di sebelah kanan taskbar, kemudian klik pada butang bluetooth, jika ia bertukar ke warna biru, bluetooth sudah aktif.

Setting Menu, Pergi ke Start > klik Settings > klik Devices > klik Bluetooth and other devices. Di bahagian atas penel sebelah kanan, slide toggle bluetooth ke kedudukan aktif/on.

Kaedah mana yang anda gunakan, anda akan melihat ikon Bluetooth dalam Taskbar sebaik sahaja ia berjaya diaktifkan

 

CARA UNTUK ENABLE PERANTI BLUETOOTH ANDA
  • ANDROID

Jika anda mempunyai peranti Android, biasanya anda akan dapat menghidupkannya dengan menggunakan shortcut dalam notification bar.

Jika anda tidak melihat shortcut tersebut, anda boleh menavigasi ke Settings > Wireless and Network > Bluetooth dan slide toggle tersebut.

  • IOS

Jika anda mempunyai peranti iOS, anda boleh menghidupkan Bluetooth menggunakan Control Center atau Setting app.

Untuk akses Control Center, swipe ke atas dari bahagian bawah skrin pada bila-bila masa. Anda tidak perlu melihat skrin utama anda. Cukup dengan menekan ikon Bluetooth untuk aktifkannya.

Untuk akses Setting Apps, Navigasi ke Settings > Bluetooth dan slide toggle ke dalam kedudukan Aktif.

 

PAIRING PERANTI BLUETOOTH WINDOWS 10

Sebaik sahaja anda berjaya menghidupkan Bluetooth pada Windows anda dan peranti anda, anda perlu pair kedua-dua peranti itu.

Anda hanya perlu menjalankan prosedur pairing pada salah satu daripada kedua-dua peranti tersebut.

Untuk pair dua peranti pada Windows, pergi ke Starts > Settings > Devices > Bluetooth and other devices. Di panel sebelah kanan windows, klik Add Bluetooth and other devices.

 

Klik pada Bluetooth. Pilihan ini membolehkan anda pair mouse, pens, keyboard dan banyak lagi.

 

Sistem ini akan mengimbas mana-mana peranti yang ada di sekitar anda dan menyenaraikan sebarang peranti yang ditemui. Proses ini boleh mengambil masa sehingga satu minit untuk diselesaikan.

 

Untuk connect ke peranti, klik pada namanya. Seperti contoh ini, pair ke MacBook Pro.

 

Bergantung pada peranti yang anda cuba pair, anda mungkin perlu melakukan langkah terakhir. Ini masukan atau verify kod PIN untuk membenarkan akses Bluetooth pada peranti luaran.

Sebaik sahaja anda telah berjaya pair peranti anda, anda akan melihatnya disenaraikan di bawah halaman Bluetooth settings sama ada pada mouse, keyboard, pen atau peranti yang lain.

Cara Untuk Menggunakan Parental Control Untuk Mac Anda

Walaupun anda seorang pengguna macOS yang berpengalaman, mungkin terdapat beberapa feature hebat yang anda tidak gunakan. Salah satunya adalah parental control. Anda tidak semestinya perlu memiliki keluaga untuk menggunakan feature ini.

 

CARA UNTUK AKSES PARENTAL CONTROL

 

Tekan apple menu di penjuru kiri sebelah atas skrin anda dan pilih system preferences. Kemudian pilih parental control.

Parental control hanya berfungsi pada non-administrator account. Oleh itu, anda perlu membuat akaun pengguna yang baru dengan parental control.

 

 

Seterusnya anda perlu membuat akaun pada mac anda untuk parental control. Isikan nama user dan password kemudian masukan range umur 4+, 9+, 12+, dan 17+ dalam ruangan umur.

 

 

Klik pada create user untuk masuk ke menu parental control.

 

Apabila anda membuka parental control menu dengan akaun yang sedia ada. Dibahagian ini anda boleh ubah setting pada user tersebut. Klik pada username untuk membuat perubahan.

 

 

Parental control terbahagi kepada 6 tab

  • Apps

Mempunyai kawalan yang menghadkan penggunaan aplikasi yang terdapat pada mac anda dalam akaun tersebut.

 

  • Web

Di bahagian ini membolehkan anda untuk menghadkan atau menyekat website-website daripada di akses oleh akaun tersebut.

 

  • Store

Menyekat akaun ini dari akses apple store daripada membeli atau download apa-apa dari store.

 

  • Time

Tetapkan had masa penggunaan user tersebut menggunakan mac tersebut dan anda boleh menentukan sendiri mengikut masa yang sesuai.

 

  • Privacy

Cegah user tersebut dari mengunakan atau mengakses maklumat sensitif seperti contact, location dan sebagainya.

 

  • Other

Satu koleksi tetapan tambahan. Termasuk melumpuhkan Siri, menyekat perkataan yang tidak sesuai dalam Kamus, menghalang perubahan pada Dock, dan enabling simple finder.

 

Semua pilihan ini berguna untuk menguruskan akaun kanak-kanak, tweak ini sangat berguna dan dapat memantau dan menyekat benda-benda yang negatif.

 

Windows 7 Classic Theme

Walaupun windows 7 datang dengan (aero theme) yang diaktifkan secara default, anda masih boleh lagi menukar kepada (classic theme) di mana merupakan theme untuk windows 2000, dan masa ada pada windows xp dan vista.

Classic theme mempunyai kelebihan terhadap windows 7 aero, terutamanya untuk laptop, desktop atau notebook. Dimana ia menggunakan sumber grafik memory yang sedikit berbanding windows aero.

Dengan classic theme mematikan semua kesan visual untuk menjadikan laptop windows 7 anda lebih cepat.

 

CARA UNTUK PADAMKAN WINDOWS AERO KEPADA CLASSIC THEME
  1. Buka start menu dan taip switch theme pada kotak search box, kemudian anda klik pada change the theme.
  2. Windows 7 akan buka paparan control panel di bawah bahagian change the visuals anda sound on your computer.
  3. Windows 7 akan menyenaraikan semua theme yang ada dalam kotak. Scroll ke bawah hingga anda jumpa basic and high contrast theme.
  4. Akhir sekali, klik pada windows classic untuk load classic theme dan apply serta-merta. Secara tidak langsung ia akan menukar terus theme windows anda kepada classic.

 

Jadi sekarang windows 7 aero anda telah di matikan dan bertuka menjadi classic theme. Sekarang anda boleh cuba lihat perbezaan selepas bertukar. Laptop anda lebih ringan dan cepat sedikit kerana classic theme tidak mengunakan banyak graphic memory.