Motherboard Rosak? Tapi Tak Tahu Nak Repair Atau Beli Baru? Berbaloi Ke Atau Tidak Untuk Repair? Risau Dengan Kos?

Saya paham dengan apa yang sedang anda lalui. Seperti anda saya juga pengguna laptop. Sebagai pengguna, laptop itu ibarat nyawa kita, di situ lah kita melakukan kerja dan mencari rezeki.

Laptop yang rosak akan menjejaskan prestasi kita atau menyukarkan keadaan dalam pelbagai aspek anda sebagai student, pekerja, owner business dan lain-lain lagi.

Di dalam artikel ini dengan maklumat yang diberikan dapat membantu anda dalam membuat keputusan yang bijak.

 

REPAIR MOTHERBOARD YANG ROSAK

Seperti yang anda semua tahu dalam sesebuah laptop, motherboard merupakan komponen yang sangat penting.

Motherboard berperanan memegang dan membolehkan komunikasi antara komponen elektronik yang penting dalam sistem, seperti Central Processing Unit (CPU), dan Memory, dan sambungan untuk perkakasan lain.

(contoh motherboard laptop)

 

PELIK MACAM MANA MOTHERBOARD SAYA BOLEH ROSAK?

 

(Gumpalan habuk & debu banyak sampai tersumbat laluan air flow laptop anda tak cun)

(Thermal paste pada GPU & CPU kering sebab menyebabkan komponen ni overheating)

 

(Fan laptop kotor banyak habuk, angin tak cukup kuat tu yang lama-lama boleh rosak motherboard)

 

Tertumpah air pada laptop juga boleh mendatangkan kerosakan pada motherboard dan juga komponen elektronik yang lain.

Tapi penyebab utama yang menyebabkan motherboard laptop anda rosak adalah berpunya dari overheating dimana aliran udara keluar masuk dari laptop anda tidak cekap yang boleh menjahanamkan laptop kesayangan anda.

Saya berikan anda satu scenario, cuba anda bayangkan enjin kereta anda panas sebab anda lupa isi air pada radiator kereta anda. comfirm rosak kereta anda kalau di biarkan aje.

Macam tu jugak la dengan laptop anda, untuk mengelakkan dari berlaku masalah seperti ini rajin-rajin la servis laptop anda bersihkan fan dan air flow dari habuk dan jangan lupa tukar thermal paste kalau sudah kering.

Kalau tidak yakin untuk buat servis sendiri anda boleh hantar laptop anda ke kedai laptop dan biar mereka yang servis laptop anda. Ini secara tidak lansung dapat mengurangkan risiko motherboard dan overheating dan rosak.

 

MACAM MANA NAK KENAL PASTI MOTHERBOARD LAPTOP ANDA ROSAK?
  • Laptop tak boleh nak ON. Tekan berpuluh-puluh kali button ON pun tak menyala.

 

  • Laptop boleh ON, tapi display dekat skrin laptop tak keluar. Dah cuba connect dengan external monitor pun tak keluar juga.

 

  • Cucuk adepter dekat laptop tak menyala dan cuba tukar adepter baru pun masih sama indicator pada laptop tak menyala.

 

  • ON laptop tapi display tak cun, display yang keluar macam tv rosak macam gambar matrix warna hijau.

 

  • ON laptop tak sampai 5-10 minit tiba-tiba laptop tu auto shutdown atau auto restart dengan sendiri.

Tak pasti dengan kerosakan laptop anda? sekiranya anda ada masa terluang anda boleh hantar laptop ke kedai untuk di periksa.

 

KOMPONEN APA YANG MENYEBABKAN MOTHERBOARD LAPTOP ROSAK?

(contoh motherboard)

(contoh chipset/graphic chipset)

 

Komponen motherboard laptop yang biasa rosak adalah chipset/graphic chipset. Apa tu chipset?

Chipset ini penting untuk motherboard. Kalau motherboard itu nadi sesebuah laptop, maka chipset itu ibarat jantung sesebuah laptop. Dimana memikul peranan yang sangat penting.

 

ANTARA MASALAH MOTHERBOARD YANG SERING DIBAIKI
  • Laptop tak boleh nak on (NO POWER)

 

  • Laptop autoshutdown  (ON 5-15 MINIT TERPADAM)

 

  • Laptop autorestart (TENGAH GUNA LAPTOP TIBA-TIBA RESTART DENGAN SENDIRI)

 

  • Laptop boleh on tapi display tak keluar (NO DISPLAY)

 

  • Laptop boleh on tapi display macam tv rosak (WARNA HIJAU MACAM CERITA MATRIX)
BOLEHKAH MOTHERBOARD LAPTOP SAYA DI BAIKI LAGI? BERBALOI TAK?

Untuk kepastian sama ada laptop anda yang telah rosak itu masih boleh di repair atau tidak. Repair motherboard kosnya lebih rendah jika hendak dibandingkan dengan membeli laptop baru yang kosnya RM1500++ bergantung pada model dan spesifikasi.

Bukan semua orang mampu membeli laptop baru dengan ekonomi yang tidak menentu sekarang, secara tidak langsung dapat menjimatkan kos. Untuk lebih kepastian anda boleh menhantar laptop anda ke laptop berhampiran atau ke kami FR LAPTOP SERVICE.

 

  • Salah satu cara untuk menyelesaikan masalah motherboard rosak adalah dengan repair balik motherboard yang rosak itu untuk pulih kembali.

 

  • Menukar chipset yang rosak atau terbakar dengan chipset yang baru supaya laptop boleh beroperasi seperti dahulu.

 

BAGAIMANA MASALAH INI BOLEH SELESAIKAN?

Terdapat lima pilihan yang boleh dilalukan untuk menyelesaikan masalah ini:

 

  • Tukar motherboard baru

(untuk penggetahuan anda harga motherboard laptop tak sama dengan desktop. Ini kerana Motherboard laptop jauh lebih mahal ada yang mencecah ribuan ringgit)

 

  • Tukar motherboard secondhand

Ini berisiko sedikit, seperti anda tahu barang second hand ni bukan semuanya OK. Anda sendiri tak tahu condition motherboard tersebut, kebiasannya ada banyak benda yang tak kena.

 

  • Repair motherboard

Membaiki komponen atau bahagian yang sudah rosak supaya motherboard tersebut boleh beroperasi seperti biasa. Kelebihanya adalah kos adalah lebih rendah dari tukar motherboard baru

 

  • Tukar chipset/graphic chipset baru

Menukar seketul chipset motherboard yang rosak dengan chipset yang baru dengan harga yang berpatutan dan juga mendapat hasil yang terbaik.

 

  • Beli laptop baru

Ini adalah jalan teraikhir sekiranya motherboard laptop anda tidak dapat di baiki lagi. Ye lah harga laptop sekarang bukan nya murah, aggaran RM1500+++ itu pun bergantung dengan model dan spesifikasi yang anda mahukan. Biasanya ini merupakan jalan yang terakhir.

MANFAAT YANG ANDA DENGAN SERVIS REPAIR MOTHERBOARD

 

  • Dapat menjimatkan kos, daripada membeli laptop baru yang berharga lebih dari RM1500+++ (mengikut specifikasi)

 

  • Selain itu, anda dilindungi ‘insuran’ 5 bulan warranty, satu-satunya kedai laptop di lembah klang.

 

  • Untuk anda yang ada masalah tak ada display, anda akan dapat new set graphic chipset, bukannya reheat (guna semula graphic chipset lama).

 

  • Dengan technician yang berpengalaman, laptop anda akan dibaiki dengan berhati-hati untuk kesan setiap masalah laptop anda.

 

  • Kalau anda risau ambil masa lama untuk repair, jangan risau sebab di FR, servis repair motherboard hanya ambil masa 5-7 hari bekerja untuk siap.

 

  • BONUS tambahan yang anda dapat adalah membership card (seumur hidup)

 

  • Diskaun RM50 pada Hari lahir anda. Kerana anda begitu berharga untuk FR dan kami menghargai anda sebagai pelanggan kami.​

 

  • Selain itu, anda layak dapat diskaun RM10 untuk setiap servis di FR Laptop Service.

 

FR LAPTOP SERVICE JUGA ADA MENYEDIAKAN SERVIS RUNNER BAGI MEREKA YANG TIADA KELAPANGAN DAN SIBUK UNTUK DATANG KE KEDAI

 

NAK DATANG KE KEDAI FR LAPTOP SERVICE?

Anda boleh google map / waze & taip `FR Laptop Service’

 

Waktu perniagaan

Sabtu – Khamis       : 9am – 9pm

Jumaat                       : 9am – 12pm, 3pm – 9pm

Cuti                             : Cuti AM

 

Anda juga boleh like dan follow facebook FR Laptop Service untuk mendapatkan info terkini seperti tips berkenaan dengan laptop, contest dan juga promosi yang di sediakan oleh FR Laptop Service.

Motherboard Rosak? Macam Mana Nak Detect Masalah Ini? Macam Mana Motherboard Boleh Rosak?


(gambar motherboard)

Motherboard  juga di kenali sebagai main board, system board, logic board atau mobo. Berperanan memegang dan membolehkan komunikasi antara komponen elektronik yang penting dalam sistem, seperti Central Processing Unit (CPU), dan Memory, dan sambungan untuk perkakasan lain.

Motherboard  biasanya mengandungi sub-sistem penting seperti Central Processor, chipset , input/output dan memory controller, interface connector, dan juga integrated komponen untuk kegunaan umum.

CARA UNTUK DETECT MOTHERBOARD ROSAK?
  1. Laptop tak boleh nak ON. Tekan berpuluh-puluh kali button ON pun tak menyala.
  2. Laptop boleh ON, tapi display dekat skrin laptop tak keluar. Dah cuba connect dengan external monitor pun tak keluar juga.
  3. Cucuk adepter dekat laptop tak menyala dan cuba tukar adepter baru pun masih sama indicator pada laptop tak menyala.
  4. ON laptop tapi display tak cun, display yang keluar macam tv rosak macam gambar matrix warna hijau.
  5. ON laptop tak sampai 5-10 minit tiba-tiba laptop tu auto shutdown atau auto restart dengan sendiri.
APA PUNCA MOTHERBOARD LAPTOP BOLEH ROSAK?

 

  • ON LAPTOP UNTUK JANGKA MASA YANG LAMA

Kebanyakkan orang kalau dah on laptop tu mesti lebih dari 5 jam betul tak? Kebiasaanya kalau anda melakukan kerja-kerja di laptop mengambil masa yang lama. Disebakan perkara ini laptop panas dan boleh menyebabkan motherboard laptop anda rosak

Dinasihatkan kalau anda ingin menggunakan laptop untuk jangka masa yang lama, elok anda berhenti seketika dan matikan laptop tersebut. Biar laptop dan komponen didalamnya itu sejuk, lepas itu anda boleh sambung kerja anda. Ini sedikit sebanyak dapat mengelakkan motherboard laptop dari cepat rosak.

 

  • KIPAS LAPTOP TIDAK BERFUNGSI DENGAN BAIK

Dekat  dalam laptop sekurang-kurangnya ada 1 – 2 kipas, bergantung pada jenis laptop. Kipas memainkan peranan yang sangat penting. Fungsi kipas ni untuk menyejukkan processor, graphic chipset dan komponen-komponen lain yang ada kat dalam laptop dari overheating.

Overheating boleh menyebabkan komponen motherboard panas dan paling teruk ia mampu merosakkan motherboard sekiranya masalah ini tidak diatasi.

Sebab kipas laptop tidak berfungsi dengan baik, ada kemungkinan debu-debu habuk banyak melekat. Lagi satu kemungkinan kipas laptop rosak dan ia gagal berfungsi seperti biasa. Kalau korang ada alami problem ni saya nasihatkan agar korang check kipas laptop.

 

  • MAIN GAME TERLALU LAMA

Perkara ni confirm ramai yang buat. Ramai orang kat luar sana minat bermain permainan video game kat pc / laptop. Ye la siapa yang tak suka main game. Untuk bermain game memang ada laptop yang dicipta khas untuk bermain game dan mempunyai spec yang tertentu.

Apa yang terjadi ketika korang main game, hardware seperti CPU, GPU dan RAM akan berkerja dengan lebih keras. Apatah lagi kalau game yang korang main tu memerlukan graphic yang tinggi.

Disebabkan komponen-komponen laptop ni berkerja dengan keras sudah pasti komponen tersebut akan menjadi panas. Sekiranya korang pengemar video game saya nasihatkan beli laptop yang khas untuk gaming, lebih baik lagi kalau pakai PC. Sebab PC boleh upgrade macam-macam berbanding laptop.

 

  • GUNA LAPTOP ATAS PERMUKAAN FABRIK

Kenapa tak boleh guna atas fabrik? Sebab bila guna laptop kat permukaan fabrik, contoh tilam atau bantal, ini akan menghalang/menganggu air flow laptop.

Bila air flow tak cun mula la komponen-komponen kat dalam laptop suhu meningkat sebab laluan udara kena halang. Suhu yang panas adalah musuh utama komponen laptop, sebab komponen dalam tu amat sensitif.

Ada kemungkinan motherboard boleh rosak jika tabiat ini tidak dibendung.

 

  • MELETAKKAN MINUMAN BERDEKATAN DENGAN LAPTOP ANDA / TERTUMPAH AIR / MASUK AIR

Perkara ini ramai di antara kita suka lakukan. Dengan meletakkan makanan atau minuman berhampiran dengan laptop. Ini merbahaya untuk laptop anda dimana minuman tersebut tertumpah pada laptop boleh menyebabkan kerosakan yang kecil atau besar.

Komponen elektronik sememangnya tidak ngam dengan cecair atau air. Peratusan untuk motherboard yang rosak disebabkan terkena cecair atau air untuk di repair adalah 50/50 bergantung pada tahap kerosakkan pada motherboard terbsebut.

 

  • TIDAK TANGGALKAN BATERI SEKIRANYA ANDA SEDANG MELAKUKAN KERJA SAMBIL MENGECAS.

Ini adalah sangat tidak baik untuk laptop anda. Tidak menanggalkan bateri sambil guna direct power dan anda sedang melakukan kerja, boleh menyebabkan bateri dan laptop anda itu sendiri untuk rosak cepat.

Ini kerana direct power sekali dengan bateri charging dan sambil bermain laptop menyebabkan laptop tu panas yang lebih dari biasa. Anda perlu tahu dimana suhu dan haba yang panas merupakan musuh utama laptop.

Nampak remeh tapi lama-lama kesan yang akan berlaku pada laptop anda adalah bateri dan motherboard laptop boleh rosak. Sekiranya anda kerap melakukan perkara seperti ini untuk jangka masa yang lama.

 

  • TIDAK PERNAH CHECK ATAU MENUKAR THERMAL PASTE YANG TELAH KERING

Thermal paste memainkan peranan penting bertujuan untuk menyejukkan chipset anda, kebiasaanya ia disapukan di bahagian chipset motherboard anda. thermal paste yang sudah lama tidak ditukar akan menjadi kering dan menyebabkan thermal paste itu tidak dapat berfungsi dengan baik.

Sekiranya thermal paste yang sudah kering dan tidak ditukar akan mendatangkan masalah untuk jangka masa akan datang. Simpton berlaku korosakan pada motherboard akan berlaku dari masa ke semasa.

 

 

Sekiranya terdapat tanda-tanda seperti di atas, saya menasihatkan anda untuk membawa laptop tersebut ke kedai komputer berdekatan dan bertanya pada merekar yang pakar supaya memeriksa laptop itu atau menghantar laptop tersebut kepada kami FR Laptop service untuk di periksa.

 

NAK DATANG KE KEDAI FR LAPTOP SERVICE?

Anda boleh google map / waze & taip `FR Laptop Service’

 

Waktu perniagaan

Sabtu – Khamis       : 9am – 9pm

Jumaat                       : 9am – 12pm, 3pm – 9pm

Cuti                             : Cuti AM

Tanda Motherboard Laptop Anda Rosak

Tanda Motherboard Laptop Anda Rosak

Sekarang di zaman semua dihujung jari, semakin ramai pengguna laptop yang sentiasa memerlukan laptop di dalam keadaan yang baik untuk menyiapkan kerja dan sebagainya.

Tetapi, kadang-kadang, masalah boleh terjadi pada laptop kita dari pelbagai jenis punca masalah. Untuk laptop, salah satu kerosakan yang boleh dikatakan teruk, adalah berkait dengan motherboard.

Dan sudah semestinya, untuk kerosakan pada motherboard harus dibaiki untuk menjadikan laptop tersebut boleh digunakan semula. Dan kos untuk repair motherboard juga boleh dikira agak tinggi, berbanding komponen laptop yang lain.

Atau pilihan yang lebih mahal adalah menggantikan motherboard dengan yang baru. Tetapi, ianya sukar untuk mencari motherboard yang berkualiti ini kerana, kebanyaka motherboard yang dijual adalah motherboard yang telah dibaiki semula selepas mempunyai masalah pada motherboard.

Tetapi pilihan yang terbaik sebenarnya adalah mencegah daripada berlakunya kerosakan pada motherboard. Ini saya akan kongsikan juga di dalam artikel ini.

Jom saya senaraikan 6 tanda motherboard laptop anda rosak.

 

Tanda Motherboard Laptop Anda Rosak

  1. Laptop tak boleh on.
    Tekan berpuluh-puluh kali button on pun tetap tak hidup.
  2. Laptop tiada display.
    Laptop boleh hidup, tapi skrin gelap.
  3. Laptop tak hidup meskipun dengan charger.
    Jika anda pasang charger, tetapi laptop masih tak boleh nak on, itu adalah tanda motherboard laptop anda rosak.
  4. Paparan bermasalah.
    Bila on laptop, display dia jadi pixelated, ataupun warna pada skrin berubah.
  5. Laptop autoshutdown dalam 5 minit.
    Jika laptop anda hanya hidup dalam beberapa minit, ini tandanya graphic chipset anda yang bermasalah.
  6. LED laptop berkelip.
    LED pada laptop adalah indicator, dan kebiasaannya LED berkelip membawa maksud ada komponen yang bermasalah.

 

Langkah Berjaga-Jaga Untuk Mengelakkan Kerosakan Motherboard

  1. Elakkan penggunaan laptop di atas permukaan lembut
    Permukaan yang lembut seperti fabrik (tilam, bantal dsb) boleh menyekat airflow laptop anda dan menjadikan laptop anda panas. Lebih baik gunakan laptop atas permukaan yang rata seperti meja.
  2. Jauhkan semua jenis cecair daripada laptop anda
    Sekiranya cecair yang berdekatan tertumpah atas laptop anda, risiko besarnya, laptop anda boleh dimasuki air, dan merosakkan motherboard.
  3. Servis laptop sekurang-kurangnya 6 bulan sekali
    Laptop kita akan mengumpulkan habuk semakin lama kita menggunakan laptop. Jadi, laptop perlu diservis untuk memastikan airflow laptop sentiasa lancar.
  4. Hadkan waktu penggunaan laptop
    Laptop kita tidak mempunyai airflow yang cukup untuk digunakan untuk jangka masa yang lama, jadi kita perlu memberikan waktu untuk laptop kita rehat sebelum sambung. Shutdown sekiranya anda mahu rehatkan laptop anda.
  5. Tanggal bateri jika mahu menggunakan charger
    Laptop kita boleh mengumpul haba akibat daripada penggunaan sambil cas. Untuk mengurangkan haba, tanggal bateri terlebih dahulu sebelum menggunakan charger.
  6. Gunakan laptop cooler untuk mengurangkan kepanasan laptop
    Laptop cooler boleh membantu untuk menyejukkan laptop anda.
  7. Elakkan persekitaran yang panas
    Laptop kita boleh terkesan daripada suhu di persekitaran kita. Jadi elakkan menggunakan laptop di kawasan panas.
  8. Elakkan penggunaan extension yang berlebihan
    Sekiranya anda perlu menggunakan extension plug, ikut kapasiti yang ditetapkan, jangan gunakan soket kepala 3 pada extension anda.
  9. Elakkan minum berdekatan dengan laptop
    Banyak insiden yang boleh terjadi yang boleh menyebabkan air masuk ke dalam laptop anda dan merosakkan komponen di dalam laptop anda.
  10. Pastikan kipas laptop anda berfungsi
    Kipas ini bertujuan untuk menyejukkan laptop anda.Jika kipas laptop anda rosak, maka haba akan mendap di dalam laptop anda kerana tiada komponen yang mampu untuk mengalihkan haba keluar daripada laptop anda.
  11. Sekiranya laptop anda overheat, hentikan penggunaan
    Laptop kita terdiri daripada komponen elektronik, dan ia amat sensitif terhadap haba, jadi kita perlu elakkan laptop kita berada dalam keadaan yang panas untuk jangka masa yang lama. Dan tak lupa juga, servis sekali laptop anda.
  12. Jauhkan laptop anda daripada anak kecil dan juga haiwan kesayangan anda
    Bukan apa, anak kita, kucing kita, tak faham tentang penjagaan laptop dan kadang-kadang mereka boleh menyebabkan kerosakan pada laptop kita. Mungkin jika laptop anda terjatuh, laptop anda terpijak, atau tertumpah air ataupun susu dan sebagainya.

 

Sampai di sini sahaja artikel untuk kali ini, yang berkenaan dengan tanda motherboard laptop anda rosak ini. Saya harap artikel ini sedikit sebanyak dapat memberikan adna informasi tentang tanda motherboard laptop anda rosak dan anda boleh mengelakkan masalah ini daripada terjadi.

Jika anda kurang pasti atau samar-samar anda boleh berjumpa dengan pakar atau ke kedai laptop yang berhampiran dengan anda atau hantar ke FR Laptop Service kami sedia membantu.

 

NAK DATANG KE KEDAI FR LAPTOP SERVICE?

Anda boleh google map / waze & taip `FR Laptop Service’

Waktu perniagaan

Sabtu – Khamis: 9 Pagi – 8 Malam

Jumaat: 9 Pagi – 12 Tengah Hari, 3 Petang – 8 Malam

Cuti: Cuti AM

Pernah Ada Orang Bagitau Kalau Laptop Tak Boleh On, Screen Gelap, Logo Windows Pun Tak Nampak, Itu Masalah Motherboard. Betul Ke?

“PERNAH ADA ORANG BAGITAU KALAU LAPTOP TAK BOLEH ON, SCREEN GELAP, LOGO WINDOWS PUN TAK NAMPAK, ITU MASALAH MOTHERBOARD”
.
Betul ke?
.
😩 DAH TRY TUKAR CHARGER, TAK HIDUP JUGAK.
😩 BATERI ADA NYALA, TAPI SCREEN TETAP GELAP.
.
—> Bro dah tak tahu nak buat macamana? Kerja banyak belum siap? Fail yg dah siap, tak sempat nak back-up? “Ya Allah, Mintak2x la jgn kena format.”
.
Rilek Bro, FR boleh bantu. Mungkin doa Bro tu dah termaqbul sekarang. Kadang-kala tak perlu pun nak format. Boleh baiki, insya Allah. 😌

.
===========
Pertama, sebab apa masalah ini boleh berlaku?
===========
.

Berdasarkan pengalaman technician FR..
.
biasa kalau laptop ‘No Power’ atau ‘Screen Gelap’ ni berpunca drpd ‘Graphic Chipset’ laptop Bro dah rosak.
.
Ya, graphic chipset namanya. Bukan graphic card.

.
===========
Kedua, apa puncanya?
===========
.

Ini dia 6 punca terbesar Graphic Chipset boleh rosak:
.
 TAK PERNAH buat servis cuci habuk.
 KIPAS laptop dah rosak lama. Laptop cepat panas.
 Power Chip dekat motherboard dah ROSAK
 Laptop selalu OVERHEAT (terpadam sendiri)
 UMUR laptop dah lebih 2 tahun (biasa)
 Kerap ON laptop lebih dari 5 jam sehari.
.
Cuba ingat2x… Pernah x buat 6 benda di atas?
.
Jika dibiarkan lama. Kerosakan boleh pergi ke HARD DISK, USB & mcm2x.. Masa ni memang #fail kerja, #gambar makwe, #software semua xboleh diselamatkan dah.
.
Serius Bro! Silap-silap kena format atau tukar laptop baru. Lg tension Bro nanti.

.
===========
Ketiga, errr habis tu boleh selesaikan ke FR?
===========
.

Boleh Bro. Insyaallah.
.
Dengan syarat Bro cepat-cepat repair. Jangan tersalah tukar. Ada yang pergi tukar RAM la.. Tukar macam2x barang. Ada yang terus #Format.
.
Kena periksa betul2x sebelum tukar barang. Kalau nak FR tolong cek pun boleh, ini ada special offer utk Bro.

.
===========
Keempat, 5 special offer bagi yang cepat bertindak:
===========
.

🔎 Pemeriksaan laptop PERCUMA.
🔎 Kalau kena repair, hanya 5 HARI je.
🔎 Diskaun RM50 untuk kali pertama.
🔎 Dapat Free Gift PERCUMA lagi
🔎 Caj harga DAH termasuk upah pasang.
.
Yang paling best, Bro akan dpt offer tambahan yg tak akan jumpa di mana2x kedai lain. Memang kitorang nak bantu Bro repair cepat…
.
🔷 Jika Bro cancel/tak jadi buat, TAK DIKENAKAN sebarang caj. (perghh)
🔷 Lepas siap, ada WARANTI 5 BULAN. Jadi tak perlu risau, masalah sama berulang kembali.
.
“Wahhhhh… macam best jer. Macamana nak repair?” 

.
===========
Kelima, bagaimana nak sahkan, laptop bro ada masalah motherboard?
===========
.

Buat satu benda ini jer dulu. Klik link kat bawah ni.
.
www.frlaptopservice.com/Farhan
www.frlaptopservice.com/Farhan.
www.frlaptopservice.com/Farhan
.
p.s: OK, lepas tu, boleh baca link review di bawah ni.

Untuk tengok kualiti FR Laptop Service. [https://www.fb.com/pg/FRLaptopService/reviews] 4.8/5 Bintang. 

.
Ni antara review pelanggan dah buat servis repair motherboard :-

– https://www.facebook.com/arif.zamri.9/posts/1230043067045626
– https://www.facebook.com/dekerinchi/posts/10210441370723094
– https://www.facebook.com/fadrul.nizam.9/posts/1840573799537127
– https://www.facebook.com/ammyrra.zahri/posts/10155217914417074:0
– https://www.facebook.com/ahseng.arina/posts/1215148438600795:0

.
#FRLaptopService
#5BulanWarranty

Punca Logic Board Macbook Rosak Yang Anda Patut Tahu

 

Punca Logic Board Macbook Rosak Yang Anda Patut Tahu

punca logic board macbook rosak

Apa itu logic board? Logic board itu adalah board yang hold semua komponen-komponen untuk macbook itu berfungsi. Logic board ini sama sahaja fungsinya seperti motherboard untuk laptop dan pc. Menghubungkan semua hardware dan membolehkan kita menggunakan fungsi hardware dengan lebih mudah.

Terdapat beberapa sebab yang memyebabkan logic board anda rosak. Dibawah merupakan punca logic board macbook rosak. Perkara ini perlu di ambil berat jika anda mahukan macbook anda boleh bertahan untuk jangka masa yang lama.

 

5 Punca Logic Board Macbook Rosak

1. Fan Rosak

Kedengaran bunyi bising atau pelik di bahagian fan macbook anda? Faktor yang menyebabkan masalah ini berkemungkinan disebabkan fan tersebut berlanggar dengan objek lain atau bilah fan itu patah. Yang paling teruk adalah fan tersebut langsung tidak berfungsi / rosak.

2. Penggunaan Yang Lama

Dinasihatkan untuk anda tidak menggunakan macbook untuk jangka masa yang lama tanpa henti. Kerana komponen logic board itu akan panas sebaiknya anda off kan dahulu dalam 30 minit selepas 4-5 jam on dan kemudian anda boleh sambung kembali.

3. Thermal Paste Yang Kering

Thermal paste juga menjadi faktor yang menyebabkan laptop panas. Ini kerana tujuan thermal paste adalah untuk disapukan di bahagian gpu dan cpu, bertujuan untuk menyejukkan komponen laptop anda. Alang-alang anda buat clean dust periksa thermal pasta itu ok lagi ke tak.

4. Tak Pernah Servis

Ini merupakan sebab dimana ramai diantara kita di luar sana beranggapan servis ini tidak penting. Sekiranya anda tidak buat servis anda tidak tahu fan anda berfungsi seperti biasa atau tidak, thermal pastes ok lagi ke tidak dan habuk dalam itu banyak ke tidak.

5. Persekitaran Berdebu

Faktor persekitaran juga memainkan peranan yang penting terhadap kondisi macbook anda. Sebagai contoh menggunakan laptop di kawasan yang berdebu dan berhabuk adalah tidak elok ini kerana lebih cepat habuk terkumpul ke laptop anda berbanding di tempat yang lebih kondusif.

 

Demikian 5 punca logic board macbook anda rosak. Semoga artikel ini dapat memberi manfaat kepada  semua. Dan jangan lupa untuk kongsikan artikel ini untuk manfaat bersama.