Scroll to top

Tanda Motherboard Laptop Anda Rosak

No comments

Tanda Motherboard Laptop Anda Rosak

Sekarang di zaman semua dihujung jari, semakin ramai pengguna laptop yang sentiasa memerlukan laptop di dalam keadaan yang baik untuk menyiapkan kerja dan sebagainya.

Tetapi, kadang-kadang, masalah boleh terjadi pada laptop kita dari pelbagai jenis punca masalah. Untuk laptop, salah satu kerosakan yang boleh dikatakan teruk, adalah berkait dengan motherboard.

Dan sudah semestinya, untuk kerosakan pada motherboard harus dibaiki untuk menjadikan laptop tersebut boleh digunakan semula. Dan kos untuk repair motherboard juga boleh dikira agak tinggi, berbanding komponen laptop yang lain.

Atau pilihan yang lebih mahal adalah menggantikan motherboard dengan yang baru. Tetapi, ianya sukar untuk mencari motherboard yang berkualiti ini kerana, kebanyaka motherboard yang dijual adalah motherboard yang telah dibaiki semula selepas mempunyai masalah pada motherboard.

Tetapi pilihan yang terbaik sebenarnya adalah mencegah daripada berlakunya kerosakan pada motherboard. Ini saya akan kongsikan juga di dalam artikel ini.

Jom saya senaraikan 6 tanda motherboard laptop anda rosak.

 

Tanda Motherboard Laptop Anda Rosak

  1. Laptop tak boleh on.
    Tekan berpuluh-puluh kali button on pun tetap tak hidup.
  2. Laptop tiada display.
    Laptop boleh hidup, tapi skrin gelap.
  3. Laptop tak hidup meskipun dengan charger.
    Jika anda pasang charger, tetapi laptop masih tak boleh nak on, itu adalah tanda motherboard laptop anda rosak.
  4. Paparan bermasalah.
    Bila on laptop, display dia jadi pixelated, ataupun warna pada skrin berubah.
  5. Laptop autoshutdown dalam 5 minit.
    Jika laptop anda hanya hidup dalam beberapa minit, ini tandanya graphic chipset anda yang bermasalah.
  6. LED laptop berkelip.
    LED pada laptop adalah indicator, dan kebiasaannya LED berkelip membawa maksud ada komponen yang bermasalah.

 

Langkah Berjaga-Jaga Untuk Mengelakkan Kerosakan Motherboard

  1. Elakkan penggunaan laptop di atas permukaan lembut
    Permukaan yang lembut seperti fabrik (tilam, bantal dsb) boleh menyekat airflow laptop anda dan menjadikan laptop anda panas. Lebih baik gunakan laptop atas permukaan yang rata seperti meja.
  2. Jauhkan semua jenis cecair daripada laptop anda
    Sekiranya cecair yang berdekatan tertumpah atas laptop anda, risiko besarnya, laptop anda boleh dimasuki air, dan merosakkan motherboard.
  3. Servis laptop sekurang-kurangnya 6 bulan sekali
    Laptop kita akan mengumpulkan habuk semakin lama kita menggunakan laptop. Jadi, laptop perlu diservis untuk memastikan airflow laptop sentiasa lancar.
  4. Hadkan waktu penggunaan laptop
    Laptop kita tidak mempunyai airflow yang cukup untuk digunakan untuk jangka masa yang lama, jadi kita perlu memberikan waktu untuk laptop kita rehat sebelum sambung. Shutdown sekiranya anda mahu rehatkan laptop anda.
  5. Tanggal bateri jika mahu menggunakan charger
    Laptop kita boleh mengumpul haba akibat daripada penggunaan sambil cas. Untuk mengurangkan haba, tanggal bateri terlebih dahulu sebelum menggunakan charger.
  6. Gunakan laptop cooler untuk mengurangkan kepanasan laptop
    Laptop cooler boleh membantu untuk menyejukkan laptop anda.
  7. Elakkan persekitaran yang panas
    Laptop kita boleh terkesan daripada suhu di persekitaran kita. Jadi elakkan menggunakan laptop di kawasan panas.
  8. Elakkan penggunaan extension yang berlebihan
    Sekiranya anda perlu menggunakan extension plug, ikut kapasiti yang ditetapkan, jangan gunakan soket kepala 3 pada extension anda.
  9. Elakkan minum berdekatan dengan laptop
    Banyak insiden yang boleh terjadi yang boleh menyebabkan air masuk ke dalam laptop anda dan merosakkan komponen di dalam laptop anda.
  10. Pastikan kipas laptop anda berfungsi
    Kipas ini bertujuan untuk menyejukkan laptop anda.Jika kipas laptop anda rosak, maka haba akan mendap di dalam laptop anda kerana tiada komponen yang mampu untuk mengalihkan haba keluar daripada laptop anda.
  11. Sekiranya laptop anda overheat, hentikan penggunaan
    Laptop kita terdiri daripada komponen elektronik, dan ia amat sensitif terhadap haba, jadi kita perlu elakkan laptop kita berada dalam keadaan yang panas untuk jangka masa yang lama. Dan tak lupa juga, servis sekali laptop anda.
  12. Jauhkan laptop anda daripada anak kecil dan juga haiwan kesayangan anda
    Bukan apa, anak kita, kucing kita, tak faham tentang penjagaan laptop dan kadang-kadang mereka boleh menyebabkan kerosakan pada laptop kita. Mungkin jika laptop anda terjatuh, laptop anda terpijak, atau tertumpah air ataupun susu dan sebagainya.

 

Sampai di sini sahaja artikel untuk kali ini, yang berkenaan dengan tanda motherboard laptop anda rosak ini. Saya harap artikel ini sedikit sebanyak dapat memberikan adna informasi tentang tanda motherboard laptop anda rosak dan anda boleh mengelakkan masalah ini daripada terjadi.

Jika anda kurang pasti atau samar-samar anda boleh berjumpa dengan pakar atau ke kedai laptop yang berhampiran dengan anda atau hantar ke FR Laptop Service kami sedia membantu.

 

NAK DATANG KE KEDAI FR LAPTOP SERVICE?

Anda boleh google map / waze & taip `FR Laptop Service’

Waktu perniagaan

Sabtu – Khamis: 9 Pagi – 8 Malam

Jumaat: 9 Pagi – 12 Tengah Hari, 3 Petang – 8 Malam

Cuti: Cuti AM

Post a Comment