Elak Tertipu Dengan Fake Virus Dan Fake Malware Warning

Semasa anda sedang menggunakan komputer sambil melayari “internet”, ada kemungkinan anda akan hadapi situasi dimana keluar paparan amaran komputer anda dijangkiti virus @ malware. Ia nampak genuine tetapi sebenarnya tidak.

Mesej-mesej amaran anti-malware ini dinamakan “scareware”, direka untuk menakut-nakutkan anda supaya memasang perisian anti-malware palsu yang sebenarnya malware dalam penyamaran.

1. Website Advertisement (iklan)

Dahulu iklan adalah amat mudah, dan senang untuk di bezakan, nampak menarik dan mudah difahami. Pada masa kini hampir mustahil untuk membezakan antara kandungan tulen atau iklan dan apabila anda “apply” konteks tersebut merupakan malware.

2. Browser Pop-up

Iklan banner diakui easy to notice & avoid,tetapi terdapat satu bentuk iklan yang lebih meyakinkan. Pop-up ini menyerupai amaran sebenar dari perisian anti malware sebenar. Apa yang lebih teruk adalah “pop up” ini sering menyamar dengan butang “X”, supaya jika klik butang “X” palsu ( untuk menutup “pop up” ia dikira seperti anda mengklik iklan itu sendiri.

3. System Tray notification

Satu bentuk yang jarang ditemui tetapi merupakan bentuk “scareware” yang serius, muncul di dalam “system tray” sebagai pemberitahuan. Biasanya memberi tahu bahawa system kamputer anda telah dijangkiti virus dan perlu dibuang dengan segera. Malangnya jenis ini cukup menyakinkan anda.

 

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *