Spesifikasi
- Intel Core i7-7700HQ processor
- Nvidia GeForce GTX 1060 6GB GDDR5
- 16GB memory
- 256GB PCIe SSD
- 1TB 5400RPM HDD
- 15.6 inches screen with 4K display
- Intel Dual Band Wireless-AC 7265 with Bluetooth 4.2
Seperti HP Omen 17, Omen 15 telah diubah suai dengan rangka yang menawan, keyboard yang responsive dan clicky, dan juga panel yang mudah untuk ditanggal untuk upgrade hard-disk drive.
Rekabentuk
HP masih lagi mengekalkan ciri-ciri aesthetic yang kelihatan normal untuk laptop gaming, dengan warna hitam dan juga merah. Tetapi ia kekurangan rasa premium kerana pada laptop ini ia tmempunyai dua jenis material, bahagian carbon fiber cukup memuaskan, tetapi pada bahagian plastic amat mengecewakan.
Skrin dan Bunyi
Skrin 15.6 inchi dengan display 4K ini memberikan warna yang cukup cantik dan terang. Setiap detail daripada movie ataupun game boleh dilihat jelas.
Speaker pada Omen 15 adalah kuat dan sedap didengar. Dengan software Omen Audio Control, bass, treble, dan juga vocal boleh dilaras untuk bunyi yang lebih baik.
Keyboard dan Touchpad
HP telah memberikan nafas baru pada keyboard untuk Omen 15, dan ia cukup sempurna untuk gaming. Pengguna tak perlu menekan dan kuat dan sampai habis, dan ia juga melantun ke tempat asal dengan cepat.
Pada bahagian bawah keyboard, touchpadnya pula agak kecil, tetapi swipe, click dan multi-gestures boleh digunakan tanpa sebarang masalah.
Prestasi
HP Omen 15 merupakan sebuah laptop gaming dengan performance yang cun dan juga rekaan yang menarik hati. GTX 1060 cukup untuk memboleh pengguna menggunakan VR, tetapi, jika anda ingin bermain game VR ataupun movie VR, lebih baik merujuk kepada Razer Blade.
Jangka hayat bateri pada laptop ini adalah 3 jam untuk penggunaan web browser dan juga connection wifi.