5 Feature Terbaru Pada Windows 10 Fall Creators Update

 

Microsoft telah mencuba, dan menguji update terbarunya, Windows 10 Fall Creators Update sejak 6 bulan yang lalu dan kini ianya sudah sedia untuk didownload dan diguna oleh pengguna-pengguna.

Pada Windows 10 Fall Creators Update ini terdapat pelbagai feature baru seperti Windows Mixed Reality (VR) dan juga integrasi pada taskbar Windows 10.

 

  1. OneDrive on Demand

Kini OneDrive boleh digunakan untuk mengambil data daripada storage OneDrive ketika diperlukan. Seperti sebelum ini, boleh juga untuk sync file daripada Cloud dan juga pada laptop.

 

  1. People Integration

My People adalah cara untuk Microsoft membuatkan taskbar Windows 10 menjadi lebih personal. Pengguna boleh menambah kawan, rakan sekerja dan keluarga pada taskbar, dan kemudiannya boleh dihubung melalui Skype dan sebagainya.

 

  1. Windows Mixed reality

Jawapan Microsoft untuk Virtual Reality adalah Windows Mixed Reality. Untuk menggunakan Mixed Reality, pengguna akan memerlukan VR headsets daripada syarikat yang membuat PC.

 

  1. Fluent Design

Fluent Design adalah pengganti Metro Design yang telah digunakan oleh Microsoft sejak Windows XP. Kedua-dua ini adalah design language yang digunakan untuk animation, light, depth, motion, material dan juga scale yang memberikan effect seakan-akan ia bergerak ketika penggunaan Windows.

 

  1. Pembaharuan pada Microsoft Edge

Pengguna Edge kini boleh menambah link website pada task bar, dan menjadikan ia sebagai shortcut untuk akses yang lebih cepat dan pantas. Full-screen mode kini menggunakan skrin sepenuhnya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *