Scroll to top

Kesan Keyboard Laptop Rosak

No comments

Keyboard atau di dalam Bahasa Melayu, papan kekunci adalah salah satu komponen penting untuk sesbuah komputer riba ataupun laptop. Tanpa adanya keyboard, ianya sukar untuk menaip dan menggunakan laptop. Lagi menyedihkan, keyboard laptop ini ada ketikanya boleh rosak secara tiba-tiba.

Tertekan rasanya bila terjadi apa-apa kerosakan pada keyboard. Mana taknya, tak dapat nak gunakan laptop gara-gara kerana keyboard laptop yang sudah pun rosak.

Antara Kesan-Kesan Keyboard Laptop Rosak

Untuk pengetahuan semua, kesan keyboard laptop rosak ini ada banyak. Cuma, ramai yang diantara kita yang tidak menyedari atau dengan sengaja mengendahkan kesan-kesan tersebut. Antara kesan-kesan keyboard laptop rosak adalah:

  • Keyboard tertekan dengan sendiri
  • Terdapat huruf / nombor yang tidak dapat ditekan
  • Tombol huruf tertukar
  • Tekan butang sekali, huruf keluar berderet banyak kali
  • Keluar bunyi beep yang panjang
  • Huruf keyboard tidak berfungsi sama sekali
  • Keyboard laptop tekan lain keluar lain

Punca Kenapa Boleh Berlakunya Masalah Keyboard Laptop Rosak

Ada beberapa punca utama yang boleh menyebabkan berlakunya masalah keyboard laptop rosak ini. Antara punca utama kepada masalah keyboard laptop rosak ini selalunya daripada kecuaian kita sendiri sebagai pengguna.

Habuk / Kotoran Sisa Makanan

Salah satu kebiasaan pengguna laptop adalah makan di hadapan laptop semasa menggunakannya. Sebenarnya cara ini salah kerana sisa makanan boleh terjatuh dan melekat di celah butang keyboard.

Habuk juga adalah punca utama berlakunya masalah keyboard laptop rosak. Cara terbaik adalah membersihkan keyboard secara berkala, dan memastikan tiada kotoran atau habuk yang melekat.

Tekan / Ketuk Keyboard Laptop Dengan Kuat

Bermain permainan video di laptop memang menyeronokkan. Tetapi, disebabkan oleh keseronokkan ini menyebabkan keyboard laptop digunakan dengan agak kasar. Ketika sedang bermain, keyboard sering ditekan dan diketuk dengan kuat meskipun sebenarnya keyboard laptop ini sensitif terhadap impak.

Air Yang Tertumpah

Kejadian air yang tertumpah ke atas keyboard laptop ini pastinya tidak dapat dilupakan oleh sesiapa sahaja. Air yang tertumpah ini boleh menyebabkan laptop rosak teruk. Ia jadi lebih serius sekiranya air yang bergula seperti kopi, milo yang tertumpah ke atas keyboard laptop.

Butang Keyboard Dicabut

Ini ada masalah yang paling biasa terjadi sekiranya ada anak-anak kecil di rumah. Laptop boleh kehilangan butang pada keyboard akibat dicabut oleh anak-anak kecil. Hal ini tidak boleh dibiarkan kerana sekiranya butang keyboard hilang, akibatnya adalah sukar untuk menggunakan laptop untuk kerja-kerja menaip.

Ramai yang menganggap bahawa sekiranya ada butang yang hilang, mereka boleh terus ke kedai laptop untuk membaiki satu butang sahaja. Maaf, ia tidak semudah itu. Keyboard laptop didatangkan dalam bentuk satu papan. Sekiranya ada butang yang bermasalah, makanya harus ditukar keseluruhan keyboard.

Keyboard Bermasalah Mungkin Petanda Awal Laptop Rosak

Sekiranya keyboard pada desktop rosak, boleh ditukar terus tapi untuk laptop, masalah keyboard laptop rosak tidak semudah itu. Keyboard laptop merupakan komponen asas yang cukup penting untuk sesebuah laptop, jika keyboard laptop bermasalah, jangan sesekali dipandang remeh.

Tak kira sama ada kesan keyboard laptop rosak itu melibatkan butang keyboard yang tidak berfungsi, ataupun apabila tekan butang lain, keluar huruf lain, ataupun langsung tidak berfungsi sama sekali. Ada baiknya hantar laptop bermasalah itu kepada mereka yang lebih pakar.

FR Laptop Services, Pakar Baiki Laptop Rosak Murah di Kuala Lumpur

Risau nak hantar laptop ke kedai kerana harga untuk menukar keyboard laptop rosak mahal? Jangan terus buat kesimpulan ya. Bukan semua kedai mengenakan caj servis yang tinggi dan mahal. Untuk kawasan KL dan Selangor, saya syorkan kedai FR Laptop Services yang berada di Kampung Pandan, Kuala Lumpur.

Keyboard laptop rosak? Butang keyboard laptop tercabut? Butang keyboard laptop tak boleh ditekan? Tekan butang lain pada keyboard laptop, keluar butang lain? Tak kira apa pun masalah pada keyboard laptop itu, boleh gunakan servis baiki laptop daripada pihak FR Laptop Services.

Sudah Ramai Yang Berpuas hati Dan Diyakini Ramai

Ini adalah sebahagian daripada pelanggan yang berpuas hati dengan servis daripada FR Laptop Services.

Mahu Atasi Masalah Keyboard Laptop Rosak Dari Kedai Laptop Murah Area Kuala Lumpur? Hubungi FR Laptop Services Segera!

Sekiranya laptop anda menunjukkan kesan-kesan masalah keyboard laptop rosak, segeralah bertindak kerana keputusan segera anda boleh menyelamatkan laptop anda daripada mengalami masalah yang lebih serius.

Jika anda tidak berkesempatan untuk ke kedai FR Laptop Services? Jangan risau, pihak FR Laptop Services ada menyediakan khidmat runner untuk ambil dan hantar laptop anda nanti.

Segera hubungi FR Laptop Services untuk menyelamatkan masalah keyboard laptop rosak.

Alamat:

508 Jalan Kanan 1

Kampung Pandan

55100 Kuala Lumpur

No tel: 0172882349

Waze/Google Maps: FR Laptop Services

Waktu Operasi: Isnin – Ahad, 9 am – 9 pm

Post a Comment