Kesilapan yang merosakkan motherboard adalah kesilapan yang perlu dielak agar laptop anda boleh digunakan untuk jangka masa yang lama tanpa berlakunya kerosakan pada motherboard laptop anda.
Jika processor merupakan otak untuk komputer, manakala motherboard merupakan jantung. Motherboard merupakan satu papan yang menghubungkan setiap komponen-komponen lain. Sekiranya motherboard laptop bermasalah, ia merupakan isu yang besar dan bukan lagi hanya sekadar menggantikan parts yang rosak.
Ada beberapa kesilapan yang merosakkan motherboard yang anda boleh elakkan supaya ia boleh berfungsi dengan baik dan boleh bertahan sehingga bertahun-tahun. Melindungi motherboard daripada kerosakan adalah penting untuk melindungi laptop anda daripada rosak.
3 KESILAPAN YANG MEROSAKKAN MOTHERBOARD
1. Berlakunya Litar Pintas
Kesilapan yang merosakkan motherboard yang pertama adalah menyebabkan motherboard laptop short.
Masalah ini biasanya terjadi pada desktop tetapi ianya juga boleh terjadi pada laptop. Jika pada desktop, ia selalunya terjadi semasa fasa pemasangan. Ini kerana jika komponen tidak dipasang dengan betul, ia akan menyebabkan motherboard mengalami short circuit atau litar pintas. Sama seperti laptop, laptop juga perlu dipasang dengan betul untuk mengelakkan berlakunya litar pintas pada motherboard laptop anda.
Motherboard mengalirkan tenaga elektrik kepada setiap komponen yang berhubung dengannya, jadi ia tak boleh bersentuhan dengan apa-apa jenis logam. Anda perlu pastikan komponen yang anda ingin pasang, dipasang pada soket yang betul, dan tidak longgar.
Ketika anda membuka laptop, anda harus memastikan semua skru ditanggalkan dengan baik dan pastikan juga anda memasangnya dengan baik dan kemas. Jika motherboard laptop menyentuh objek yang merbahaya, ia boleh menyebabkan motherboard laptop anda rosak.
Jangan terlalu memaksa semasa anda ingin skru motherboard tersebut dan pastikan tiada objek yang tidak diingini berada pada motherboard anda. Pastikan semua komponen yang disambungkan ke motherboard di pasang dengan baik.
2. Menggunakan Charger Dengan Wattage Yang Tinggi
Kesilapan yang merosakkan laptop yang kedua pula adalah menggunakan charger yang sesuai dengan laptop anda.
Charger port merupakan satu soket pada motherboard yang bertanggungjawab untuk mengalirkan tenaga elekrik kedalam laptop anda. Anda perlu menggunakan charger yang bersesuaian dengan laptop anda agar tidak berlakunya litar pintas pada laptop. Kalau litar pintas berlaku, motherboard laptop memang akan rosak.
Sekiranya charger anda rosak, anda harus membawa laptop sekali kerana dibelakang laptop terdapat maklumat untuk charger yang sesuai untuk penggunaan laptop anda. Jika laptop anda hanya memerlukan 18W, jadi anda haruskan dapatkan charger 18W bagi mengelakkan berlakunya litar pintas.
Sekiranya charger rosak, dapatkan charger yang sesuai dengan label dibawah laptop untuk mengelakkan berlakunya kesilapan yang merosakkan motherboard.
3. Tidak Pernah Servis Laptop
Kesilapan yang merosakkan motherboard yang terakhir sekali adalah tidak pernah servis laptop.
Suhu dan haba yang tinggi merupakan musuh utama semua peralatan elektronik. Laptop terdiri daripada komponen elektronik yang akan menjadi panas dan ianya boleh rosak sekiranya dibiarkan dalam keadaan yang panas buat tempoh yang lama.
Jika laptop anda kerap berada di dalam keadaan yang panas, anda perlu servis bagi mengelakkan masalah yang lebih serius yang mungkin akan terjadi pada laptop anda.
Apa yang perlu anda lakukan adalah servis laptop anda dengan membersihkan habuk dan menggantikan thermal paste. Dengan membersihkan habuk, airflow laptop anda boleh menjadi lebih lancar dan mudah untuk ia mengalirkan haba panas keluar daripada laptop. Thermal paste pula mengalihkan haba daripada komponen utama seperti processor, dan juga graphic kepada heat sink.
Perlu alert dengan keadaan laptop anda perhatikan suhu supaya tidak terlampau panas. Jangan lupa lakukan servi pada laptop sekurang-kurangnya setahun sekali untuk menjadikan laptop anda dalam keadaan yang baik dan boleh bertahan untuk tempoh yang lama.
Sampai sini sahaja artikel kesilapan yang merosakkan motherboard. Semoga tips ini berguna untuk anda dan boleh menjadikan laptop anda lebih baik dan boleh tahan lebih lama tanpa isu pada motherboard.
Juga, jangan lupa share dengan ahli keluarga dan juga kawan-kawan.




