Laptop slow sangat? Kanapa Jadi Macam Ni?

laptop-slow-sangat-00

Biasa kan kena camni? Bila nak buat kerja, time tu jugaklah laptop slow sangat. Memang kerja pun tak siap lah kan?

Masalah laptop slow sangat kerap jadi pada setiap pengguna laptop lepas 6 bulan beli laptop baru. Ada yang lebih 1 tahun. Ada juga yang makan tahun baru jadi slow. 

Tapi kita sebagai pengguna sudah semestinya nak laptop sentiasa dalam keadaan yang terbaik supaya kita tak hadapi masalah apa-apa bila nak buat kerja. 

Jom kita belajar apa 11 punca yang menyebabkan laptop slow sangat sampai susah nak siapkan kerja.


1.  MASALAH PADA HARD DISK LAPTOP ANDA 


Salah satu punca yang menyebabkan laptop slow sangat adalah daripada hard disk. Hard disk ini mengandungi fail-fail yang diperlukan Windows dan juga fail-fail yang anda simpan seperti gambar, video, music dandokumen anda. 


Hard disk yang bermasalah secara khususnya health level dia dah turun, ataupun terdapat bad atau weak sector pada hard disk. Yang kemudiannya boleh menyebabkan fungsi read dan write hard disk anda menjadi lembab.


laptop-slow-sangat-01


2.  TERLALU BANYAK BROWSER ADD-ONS 


Add-ons adalah aplikasi tambahan yang boleh digunakan pada web browser, dan kebanyakan add ons ini digunakan untuk memudahkan kerja-kerja kita, sebagai contoh, auto traslation. Tetapi jika laptop anda ada terlalu banyak add-ons juga boleh mengurangkan performance laptop anda dan menjadikan laptop slow sangat.

 

laptop-slow-sangat-02


3.  RUNNING LEBIH DARI 3 PROGRAMS DALAM MASA YANG SAMA 


Jika anda run program yang berat, ia akan menggunakan RAM yang tinggi, dan jika anda buka banyak program yang berat ini ia akan menjadi punca laptop slow sangat. Anda harus run program yang bersesuaian dengan kemampuan laptop anda. 


4.  FILE WINDOWS ATAU REGISTRY CORRUPTED 


Ada juga punca laptop slow sangat daripada virus yang menyebabkan fail windows atau fail registry pada windows kita rosak. Anda perlu berhati-hati ketika di Internet untuk mengelakkan masalah ini daripada terjadi.


5.  MEMBUKA TERLALU BANYAK OPEN TABS PADA BROWSER 


Ini adalah punca laptop slow sangat yang ramai pengguna laptop buat, buka tabs banyak pada browser. Tabs yang banyak ini juga menggunakan jumlah RAM yang tinggi jadi kita perlu mengurangkan tabs dan hanya buka yang perlu sahaja. 

laptop-slow-sangat-02


6.  MENGGUNAKAN PROGRAMS YANG BERAT 


Program seperti 3D editor atau video editor juga menjadikan laptop slow sangat, dan sekiranya laptop anda tidak mampu untuk menampung program ini, lebih baik elakkan daripada menggunakan program tersebut.


7.  LAPTOP SUDAH DIJANGKITI VIRUS 


Sekiranya anda tidak berhati-hati dengan pendrive atau ketika berada di internet, laptop anda berisiko menjadi mangsa serangan virus. Seeloknya anda perlu install antivirus bagi mengelakkan virus menjangkiti laptop anda.


laptop-slow-sangat-03


8.  BANYAK STARTUP PROGRAMS YANG RUNNING 


Start-up program adalah program yang akan run setelah anda hidupkan laptop anda. Dan ada juga di antara program start-up ini yang tidak perlu untuk di run ketika anda menggunakan laptop. Anda patut disable program yang anda kurang perlu.


laptop-slow-sangat-04


9.  HARDISK PENUH ATAU HAMPIR PENUH 


Windows pada laptop kita memerlukan ruang pada hard disk untuk berfungsi dengan baik. Sekiranya hard disk laptop anda penuh, anda boleh buang mana-mana program yang tidak diperlukan lagi.


laptop-slow-sangat-05

10.  TAK CUKUP MEMORY (RAM) 


Jumlah RAM memainkan peranan penting agar laptp anda boleh digunakan tanpa sebarang limit.



11.  OVERHEATING


Overheat adalah masalah yang biasa terjadi pada laptop pengguna. Dan untuk mengelakkan masalah ini, anda di galakkan untuk servis laptop untuk menurunkan suhu laptop anda. Kepanasan laptop juga boleh menjadi punca laptop slow sangat.


laptop-slow-sangat-06


Anda nak e-book PERCUMA (bernilai RM50) untuk selesaikan 11 masalah di atas tanpa perlu
 datang ke kedai? (kalau pergi kedai kena reformat RM60)

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *