Scroll to top

MACAM MANA NAK JAGA SKRIN?

No comments

Salah satu komponen yang penting untuk sesebuah laptop adalah skrinnya, Kerana dengan adanya skrin kita boleh gunakan komputer kita dimana-mana sahaja. Secara tak langsung, penjagaannya juga cukup penting.

Jadi macam mana nak jaga skrin? Jom FR kongsinkan tips penjagaan skrin.

 

1. Jangan jatuhkan laptop.

Laptop amat sensitif terhadap hentakan. Terutama sekali pada bahagian skrin dan juga hard disk.

 

2. Pastikan tiada benda diatas keyboard sebelum tutup.

Kadang-kadang kita terletak pen atau pensil atau sebagainya, dan bila macam tak lepas nak tutup, kita paksa juga. Ia boleh menyebabkan kerosakan pada skrin dan juga hinge laptop.

Takde masalah kalau nak letak alas keyboard, kain untuk elakkan skrin calar.

 

3. Jangan tutup penutup ketika laptop panas.

Biarkan suhu laptop surut dahulu sebelum anda menutup penutup laptop. Suhu yang panas boleh menyebabkan timbulnya line pada skrin. Dan line ini akan bertambah semakin lama digunakan.

 

4. Letak laptop di tempat yang selamat.

Kadang-kadang haiwan peliharaan kita ataupun anak-anak kita berlari kesana kemari, dan bila kita letak laptop ditempat yang mudah terdedah kepada bahaya, dah jatuh pulak laptop tu.

 

Jadi apa pendapat anda? Ada topik yang korang nak FR kongsikan? Kongsikan pada bahagian komen dibawah.

Post a Comment