Sebelum anda repair motherboard laptop yang rosak itu ada beberapa perkara yang anda perlu tahu supaya anda tidak salah faham.Macam mana nak kita boleh mengenal pasti bahawa motherboard laptop itu rosak atau tidak?
Tanda-tanda motherboard laptop rosak
- Laptop tak boleh nak ON. Tekan berpuluh-puluh kali button ON pun tak menyala.
- Laptop boleh ON, tapi display dekat skrin laptop tak keluar. Dah cuba connect dengan external monitor pun tak keluar juga.
- Cucuk adepter dekat laptop tak menyala dan cuba tukar adepter baru pun masih sama indicator pada laptop tak menyala.
- ON laptop tapi display tak cun, display yang keluar macam tv rosak macam gambar matrix warna hijau.
- ON laptop tak sampai 5-10 minit tiba-tiba laptop tu auto shutdown atau auto restart dengan sendiri.
(contoh gambar motherboard)
Anda juga boleh melihat suhu laptop anda dengan menggunakan software speecy dimana anda boleh download diri internet. Caranya sangat mudah taip download speecy dalam search bar browser anda.
(Contoh gambar software speecy)
BAGAIMANA MASALAH INI BOLEH DISELESAIKAN?
Terdapat 5 pilihan yang boleh anda buat :
- Tukar Motherboard yang baru
(untuk penggetahuan anda harga motherboard laptop tak sama dengan desktop. Ini kerana Motherboard laptop jauh lebih mahal ada yang mencecah ribuan ringgit)
- Tukar Motherboard Second hand
Ini berisiko sedikit, seperti anda tahu barang second hand ni bukan semuanya OK. Anda sendiri tak tahu condition motherboard tersebut, kebiasannya ada banyak benda yang tak kena.
- Repair Motherboard
Membaiki komponen atau bahagian yang sudah rosak supaya motherboard tersebut boleh beroperasi seperti biasa. Kelebihanya adalah kos adalah lebih rendah dari tukar motherboard baru.
- Tukar chipset baru
Menukar seketul chipset motherboard yang rosak dengan chipset yang baru dengan harga yang berpatutan dan juga mendapat hasil yang terbaik.
- Beli laptop baru
Ini adalah jalan teraikhir sekiranya motherboard laptop anda tidak dapat di baiki lagi. Ye lah harga laptop sekarang bukan nya murah, aggaran RM1500+++ itu pun bergantung dengan model dan spesifikasi yang anda mahukan. Biasanya ini merupakan jalan yang terakhir.
APA SEBENARNYA PUNCA YANG MENYEBABKAN MOTHERBOARD LAPTOP ROSAK?
Perkara ini nampak remeh dan ramai yang buat kisah. Masalah utama adalah berpunca dari habuk, lama-lama jika dibiarkan boleh menyebabkan heatsink tersumbat, fan laptop berhabuk hingga menyebab ia tidak berfungsi dengan elok, thermal paste keras. Contoh gambar seperti di bawah :
(Gumpalan habuk & debu banyak sampai tersumbat laluan air flow laptop anda tak cun)
(Thermal paste pada GPU & CPU kering sebab menyebabkan komponen ni overheating)
(Fan laptop kotor banyak habuk, angin tak cukup kuat tu yang lama-lama boleh rosak motherboard)
Cara yang terbaik membaiki motherboard adalah tukar terus chipsetnya, dengan ini motherboard ini akan mendapat jantung baru dan akan tahan lebih lama.
Pilihan anda di tangan anda dan anda boleh merujuk pada pakar sekiranya masih tidak pasti apa yang perlu anda lakukan. Pergi ke mana-mana kedai laptop berhampiran dengan anda atau anda boleh ke kedai kami FR Laptop Service.
NAK DATANG KE KEDAI FR LAPTOP SERVICE?
Anda boleh google map / waze & taip `FR Laptop Service’
Waktu perniagaan
Sabtu – Khamis : 9am – 9pm
Jumaat : 9am – 12pm, 3pm – 9pm
Cuti : Cuti AM





