Sebelum ini, saya memberi anda tanda-tanda graphic chipset bermasalah, jadi kali ini, kita pergi ke motherboard pula. Motherboard secara amnya adalah sebuah papan dimana ia menghubungkan segala komponen komputer supaya ia boleh diakses melalui software dan processor. Ia berfungsi untuk menghubungkan IO iaitu Input dan Output.
Input dan Output ini adalah komponen laptop seperti keyboard, touchpad, skrin, speaker, dan juga yang dihubungkan melalui USB.
Tanda-tanda motherboard anda rosak adalah:
1. Bateri
Meskipun kita dah tukar bateri, laptop tetap tak detect bateri ataupun tak charge bateri laptop tersebut.
2. Charger port
Charger port menjadi longgar dan susah untuk menhubungkan charger dengan laptop.
3. Slow
Selepas tukar hard disk dan juga format baru, ia masih slow, adalah berpunca daripada motherboard yang rosak.
4. Tak detect
Bila cucuk pendrive, hard disk, komputer langsung tak detect. Tetapi apabila cucuk pada komputer lain, ia boelh digunakan tanpa sebarang masalah.
5. Tiada display
Power masuk ke dalam laptop, tapi apabila on, hanya kipas berfungsi dan skrin tak keluar apa-apa.
6. Tiada power
Bila pasang charger, power tak masuk langsung, dan tak boleh on langsung.


Laptop saya jadi macam nombor 5 ..ermm melayanglaa rm 450 .. Terbaik FR Laptop service ..tidak saya tak tahu pun masalah pasal laptop nii ..rosak , pergi hantar ..ambil, bayar ! Tidak dijelaskan dengan terperinci ..diharap FR Laptop Service boleh buka cawangan di Kedah juga😊