Mungkin laptop yang anda sedang gunakan sekarang ini, asalnya laju, apabila nak buat kerja, laptop respond dengan lajunya. Namun begitu, bila masa berlalu, performance laptop dah mula berkurangan, menjadikan dia perlahan, dan membuatkan kita rasa terganggu.
Apa yang membuatkan laptop kita jadi lembab?
Semakin lama anda menggunakan laptop, semakin banyak fail dan applikasi yang dimuat-turun, dan ia menyebabkan terkumpulnya junk files di dalam laptop anda, yang kemudiannya menyebabkan turunnya performance pada laptop anda.
1. Buang junk files dan aplikasi yang tidak digunakan
Anda boleh gunakan CCleaner untuk membuang fail-fail yang hanya menjadi beban didalam laptop. Ia juga dapat meningkatkan ruang kosong pada laptop anda.
kemudian anda boleh membuang programs atau aplikasi yang ada didalam laptop tetapi anda tidak akan gunakan langsung. Ia dapat mengurangkan beban pada RAM laptop anda. Kerana ada sesetengah program yang akan run semasa laptop sedang hidup.
Jika pada laptop anda terdapat lebih daripada satu antivirus, anda sepatutnya hanya menggunakan satu antivirus dan yang selebihnya perlu dibuang.
2. Defrag hard disk anda
Disk Defragmenter adalah aplikasi yang ada pada Windows yang bertujuan untuk menyusun semula fail pada hard disk. Dengan penyusunan semula, ia boleh meningkatkan kelajuan laptop anda.
Amaran: Jika anda menggunakan SSD jangan sesekali defrag, kerana ia boleh memudaratkan SSD.
3. Hapuskan virus atau malware didalam laptop anda
Dengan menggunakan antivirus, anda perlu scan dan juga buang semua virus yang ada di dalam laptop anda. Virus juga boleh mengundang masalah slow, dan lembab pada Windows.
4. Format laptop anda
Cara yang paling efektif adalah dengan format semula laptop anda. Format akan membuang semua fail yang ada didalam laptop anda, dan menggantikannya dengan Windows yang baru, menjadikan laptop anda seperti keadaan yang asal.




