Tips Macbook Air overheat untuk mengelakkan Macbook Air anda overheat dan menjadikan Macbook Air anda boleh tahan lebih lama. Semua pengguna laptop mahukan laptop yang boleh digunakan untuk tempoh yang panjang tanpa sebarang isu.
Satu masalah yang paling common pada Macbook Air adalah ia akan overheat setelah digunakan untuk beberapa tahun. Satu cara untuk anda pastikan bahawa Macbook Air anda overheat adalah ia mengeluarkan bunyi seperti hairdryer dan anda juga boleh rasakan suhu Macbook Air pada casing alumniumnya.
Jika Macbook Air anda dibiarkan pada suhu yang tinggi dalam tempoh yang lama, ia boleh menyebabkan kerosakan yang lebih parah berkait dengan logic board, dan juga komponen yang lain
Satu masalah yang boleh terjadi adalah Macbook Air terpadam secara tiba-tiba ketika anda sedang menggunakannya. Jika anda sentuh casing, dan rasa panas yang melampau, itu bermakna Macbook Air anda sudah overheat.
Apa yang perlu dibuat jika Macbook Air overheat?
TIPS MACBOOK AIR OVERHEAT
1. KENALI HAD MAC ANDA
Tips Macbook Air overheat yang pertama sekali adalah anda perlu tahu had kemampuan Macbook Air anda.
MacBook Air ini sangat compact, bererti penyebaran haba bukan strong point untuk MackBook Air. MacBook Air ini mempunyai satu saluran vent, dan ia terletak pada engsel/hinge dan kebarangkalian untuk berlaku overheating adalah tinggi.
Menjalankan proses atau aplikasi yang intensif seperti, redering video & music, editing video, bermain permainan video games atau membuka berpuluh-puluh open tabs pada browser anda. Ini akan membebankan processor, bila perkara seperti ini berlaku processor akan berkerja dengan lebih keras.
Sebagai peringatan, anda perlu tahu Macbook Air ini tidak direka khas untuk melaksanakan tugasan yang berat seperti desktop PC.
Solution / Tips
- Kurangkan membuka terlalu banyak open tabs pada browser
- Elak daripada menggunakan aplikasi atau software yang terlalu intensif
- Jangan bermain permainan video games terlalu lama.
2. HENTIKAN APLIKASI YANG TERLALU MENDESAK
Tips Macbook Air overheat yang kedua pula adalah matikan aplikasi yang berat pad Macbook Air anda.
Pernah tak scenario ini berlaku kepada anda? Dimana ketika anda sedang berjalan ke bilik, kedengaran bunyi yang sangat kuat keluar dari MacBook Air anda. Kemungkinan besar ada aplikasi yang menyebabkan processor tersebut berjalan atau bekerja dengan lebih keras bagi untuk menjalan aplikasi itu
Di sini anda boleh check aplikasi apa yang menggunakan banyak kuasa dari processor dengan membuka activity monitor.
Solution / Tips
- Cari applications > kemudian pilih utilities > klik pada bahagian cpu > double click aplikasi menggunakan terlalu banyak kuasa dari
- Disable plugin seperti adobe flash ini akan memberhentikan flash video daripada
List proses adalah mengikut peratusan yang ada menggunakan kuasa pemprosesan. Anda boleh padam proses yang menggunakan banyak kuasa pemprosesan dari processor dan klik X untuk tutup/padam.
3. TEST FAN
Tips Macbook Air overheat yang ketiga adalah pastikan fan atau kipas Macbook Air anda berada dalam keadaan yang baik.
Jika masalah anda adalah sedikit lebih ketara dan MacBook Air anda kerap terpadam, anda perlu lakukan test pada fan anda. Kalau MacBook Air anda mengeluarkan bunyi seperti bergesel, itu tanda fan sudah ada masalah. Tetapi bukan semua masalah nampak jelas.
Mujurlah, boleh test peralatan anda dengan menggunakan apple hardware test atau menggunakan apple diagnostic. Jangan risau kedua-dua adalah sama cara untuk access pun menggunakan cara yang sama.
- Shutdown Mac anda dan sambungkan power cable
- Tekan butang power dan hold butang D ( sebelum grey startup screen muncul)
- Pilih bahasa bila ia keluar di paparan skrin dan ikut instruction yang di berikan
Jika anda menggunakan apple diagnostic pada model Mac yang baru akan keluar paparan seperti gambar dibawah. Anda tidak perlu buat apa-apa kerana test tersebut berjalan secara automatik. Sekiranya ada masalah dan Mac tiada lagi warranty, anda perlu mengeluarkan kos baik pulih.
Sekiranya anda menggunakan apple hardware test pada model Mac yang lama, ia akan mengeluarkan paparan basic test tersebut dan basic test ini sudah cukup untuk detect masalah cooling.
Mac yang datang dengan OS X 10.7 dan sebelumnya boleh menghantar maklumat ke internet. kalau anda masih ada warranty.
4. BYPASS FAN
Tips Macbook Air overheat yang keempat pula adalah bypass fan atau kipas Macbook Air anda.
Sekiranya MacBook Air tersebut sentiasa panas dan berusaha untuk tahu kenapa, apa yang boleh anda lakukan ialah dengan install applikasi smcFanControl. Aplikasi adalah percuma dan membolehkan anda untuk lihat suhu cpu dan set kelajuan fan
Aplikasi ini membolehkan anda untuk bypass setting yang telah di set oleh apple berkenaan dengan kelajuan fan. Membolehkan anda memilih tahap kelajuan minimum atau maximum. Dengan matlamat untuk menjaga komponen hardware dari overheating.
5. CLEANDUST & THERMAL PASTE
Tips Macbook Air overheat yang terakhir sekali adalah buat servis dust cleaning dan gantikan thermal paste yang kemungkinan sudahpun kering.
Pilihan terakhir adalah dengan melakukan servis cleandust dan thermal paste. Dimana habuk dan debu yang telah banyak terkumpul dalam MacBook anda dan menyebabkan air flow tidak lancer yang boleh menyebabkan komponen-komponen didalam logicboard tersebut overheating.
Ataupun mungkin anda tidak pernah melalukan servis cleandust dan menukar thermal paste yang sudah kering senjak dari anda beli MacBook tersebut boleh menjadi punca overheating.
Solution / Tips
- Buat servis cleandust
- Menukar thermal paste yang sudah kering
Sampai sini sahaja artikel tips Macbook Air overheat yang anda boleh cuba untuk menurunkan haba pada Macbook Air anda.
Jika anda rasa artikel ini bermanfaat, saya harap anda boleh SHARE kan dengan rakan-rakan dan juga ahli keluarga anda.



