Tips Membeli laptop

Laptop adalah komputer mudah alih, jadi pada dasarnya, ia boleh digunakan ketika di rumah, di pejabat, ataupun di dalam perjalanan. Sesetengah orang berpendapat, laptop lebih sesuai untuk buat kerja, main game, dan sebagainya kerana ia mudah alih. Para pelajar ataupun pekerja boleh kesana kemari dengan satu laptop dan ia boleh buat semua.

Dengan pelbagai jenis laptop, ciri-ciri dan juga harga, agak sukar untuk memilih laptop yang sesuai dengan kita. Oleh itu, kita perlu tahu, apa yang kita perlukan.

 

  1. PILIH JENIS OPERATING SYSTEM

Windows
Windows cukup popular dikalangan pengguna laptop kerana ia fleksibel, ia boleh digunakan untuk kerja, gaming dan juga entertainment.

ChromeOS
ChromeOS pula merupakan sebuah OS daripada Google. Ia lebih kepada penggunaan kerja harian. Ia lebih selamat tetapi agak terhad.

MacOS

MacOS adalah operating system daripada Apple untuk siri MacBooknya. Kebanyakan MacBook digunakan untuk kerja-kerja dan rendering kerana sistemnya dioptimasikan untuk kerja-kerja sedemikian.

 

  1. TENTUKAN JIKA PERLU 2-IN-1

    Laptop 2-in-1 adalah laptop yang didatangkan dengan touch screen dan ia boleh dilipat untuk menjadi sebuah tablet. Ia juga akan lebih mahal berbanding laptop biasa.

 

  1. PILIH SAIZ YANG SESUAI
  • 11 – 12 inci: kebiasaannya laptop pada saiz ini ia lebih ringan dan kecil.
  • 13 – 14 inci: Laptop saiz ini memberikan keseimbangan diantara mudah alih dan juga penggunaan.
  • 15.6 inci: Saiz laptop ini paling popular dikalangan pengguna laptop. Jika anda suka saiz skrin yang besar, ini adalah saiz untuk anda.
  • 17 inci keatas: Jika anda menggunakan laptop anda hanya pada satu tempat tanpa perlu anda beralih, ia sesuai untuk anda. Kebiasaannya laptop 17 inci dan keatas ini adalah pada kategori laptop gaming.

 

  1. PILIH SPESIFIKASI YANG DIPERLUKAN
  • Processor

Processor adalah otak kepada komputer, ia menghubungkan semua device yang di pasang pada motherboard. Buat masa sekarang hanya ada 2 company yang menghasilkannya iaitu Intel dan juga AMD.

 

  • RAM

Jika anda hanya menggunakan untuk melakukan kerja-kerja biasa, anda tak perlukan ram yang tinggi, cukuplah dengan hanya 4GB. Tetapi jika anda gamer, dan anda suka buka pelbagai aplikasi serentak, boleh lah nak tambah RAM.

 

  • Storage

Storage adalah komponen penting dimana digunakan untuk menyimpan data. Jika anda prefer SSD dan harganya mungkin jauh lebih mahal, namun begitu ia masih lagi memuaskan.

 

  • Saiz skrin

Bila kita beli laptop, pastinya kita akan tengok skrin dulu, laptop bajet kebiasaannya didatangkan dengan 720p display dan ia agak kecil, namun begitu, jika anda mempunyai bajet yang besar, anda boleh mendapatkan skrin beresolusi Full HD.

 

  • Graphics chipset

Graphic chipset ini biasanya digemari oleh para gamers, yang inginkan laptop dengan harga murah tetapi dengan kualiti yang tinggi

 

  1. CHECK KEYBOARD DAN JUGA TOUCHPAD

Spesifikasi yang bagus tidak bermakna ia memberikan rasa yang best ketika menaip dengan keyboard. Pastikan ia memerlukan tekanan yang sesuai dengan tangan anda, agar anda lebih selesa menaip, tanpa rasa sakit pada jari.

 

  1. CHECK JANGKA HAYAT BATERI

Bateri merupakan sesuatu yang cukup penting untuk pengguna laptop, dengan adanya bateri, laptop boleh dibuka sana sini tanpa perlunya adapter. Sekurang-kurangnya anda memerlukan laptop yang boleh bertahan lebih dari 3 jam untuk kegunaan biasa.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *