MENJAGA KEBERSIHAN FIZIKAL
- Bersihkan laptop anda secara berkala dengan mengunakan kain lap yang lembut di bahagian Case laptop dan keyboard untuk membersihkan habuk-habuk yang ada.
- Servis laptop sekurangnya 1 tahun sekali pada kipas laptop dan tukar thermal paste.
JANGAN OVERCHARGING BATERI
- Setelah bateri 100% penuh cabut charging adapter ini dapat menjaga dan memanjang jangka hayat bateri.
- Jangan biarkan bateri 0% baru nak charging, sebaiknya kurang dari 20% sudah memadai.
KAWAL SUHU
- Pastikan laptop anda tidak terlalu panas dengan meletakkan di permukaan rata dan mengelakkan saluran udara terhalang. Gunakan alas fan bahagian bawah laptop atau ekzos fan laptop sekiranya perlu.
JANGAN MINUM BERDEKATAN LAPTOP
- Jauhkan minuman dan cecair lain dari laptop anda kerana ia boleh menyebabkan kerosakan serius pada komponen laptop anda.
KEMASKINI SISTEM
- Pastikan sistem operasi dan perisian di laptop anda sentiasa dikemaskini dengan versi terkini untuk meningkatkan prestasi dan keselamatan.
GUNAKAN ANTI-VIRUS
- Install perisian anti-virus yang berbayar atau yang percuma untuk melindungi laptop anda daripada ancaman virus dan perisian berbahaya.
BACKUP DATA
- Selalulah membuat salinan sandaran (backup) data penting anda ke peranti lain external hardisk, cloud storage mengelakkan kehilangan data yang tidak diingini.
JANGAN MAKANAN BEDEKAT LAPTOP
- Ini boleh mengundang semut bersarang dekat dalam laptop boleh mendatangkan masalah pada komponen dalaman.
ELAK MENGGUNAKAN PLUG BERMASALAH
- Risiko berlakunya short circuit, ada kemungkinan charger laptop rosak,meletup paling terus laptop tak boleh on langsung.
BERHATI-HATI KETIKA DOWNLOAD SESUATU DI INTERNET
- Zaman sekarang macam-macam boleh berlaku contoh macam kecurian data pribadi, ataupun laptop terkena virus yang menganggu prestasi laptop fail corrupt yang lagi teruk terkena ransomware habis data fail kena enrypted tak boleh nak buat apa masa ni.