Membuat Restore Point di Windows 10 anda merupakan salah satu cara untuk melindungi diri dari sebelum berlakunya system crash atau windows crash.
Restore Point boleh dikatakan macam polisi insuran juga. Antara ciri-ciri Restore Point adalah dengan membuat dan menyimpan rekod setting untuk system dan programs anda yang masih berfungsi dengan baik.
Sekiranya berlaku masalah yang menyebabkan windows anda tidak berfungsi atau crash, antara solusi yang boleh anda lakukan terlebih dahulu adalah dengan Restore Point untuk kembali kepada setting yang sebelum berlaku masalah pada windows anda.
LANGKAH-LANGKAH UNTUK MEMBUAT RESTORE POINT
- klik pada start menu kemudian taip create a restore point pada search bar dan enter
Pastikan dibahagian protection setting di local disk anda itu ON membolehkan anda untuk create restore point.
Di bahagian ini klik turn on system protection, apply dan ok
Seterusnya boleh boleh klik dibahagian create untuk membuat restore point dan wajib letak nama untuk membolehkan anda untuk create restore point tersebut.
Mudah dan cepat je nak create restore point ni tak sampai 5 minit pun. Sesiapa yang belum ada lagi boleh cuba create restore point dan digalakkan. Mana lah tahu kan, takda angin takda ribut tiba-tiba windows crash. Jadi yang dah buat restore point kemungkinan besar selamat. Boleh juga membantu serba sedikit untuk rollback balik system tu pada point yang sebelum berlaku masalah.