Dari masa ke semasa, dengan tanpa kita sedari windows akan membina banyak junk file yang tidak diperlukan dan mengambil banyak space pada disk drive anda.
Ini merupakan perkara biasa yang berlaku jika kita mengabaikan untuk melakukan servis atau pembersihan pada fail-fail dan aplikasi lama di komputer atau laptop anda. Kebanyakkan masalah yang berlaku juga berpunca dari fail dan program yang lama.
Jika anda tidak melakukan servis atau pembersihan terhadap fail-fail dan aplikasi lama pada komputer atau laptop anda, lama-kelamaan anda akan menghadapi masa seperti low disk space dan kemungkinan besar juga akan mempengaruhi komputer atau laptop menjadi lebih perlahan. Ada beberapa kaedah yang boleh anda cuba.
- Membuang Junk Files
Di dalam windows 10 sendiri ada tool yang membolehkan membuang temporary junk file ini dari disk drive.
DISK CLEANUP
Tekan start menu > taip disk cleanup untuk membuka program tersebut.
Atau anda boleh scan lagi sekali dengan lebih menyeluruh dengan klik pada Clean up system files.
Berhati-hati ketika melakukan disk cleanup pastikan tick pada kotak junk files yang memang tidak diperlukan lagi untuk di buang.
Un-tick kotak RECYCLE BIN sekiranya anda mahu recover kembali fail yang ada di recycle bin sekiranya anda telah kosongkan sudah tidak boleh recover kembali.
UNISTALL PROGRAMS
Uninstall apps atau program lama yang anda tidak gunakan lagi. Tekan start menu > settings > apps > apps & feature.
DELETE OLD FOLDER FILES
Tidak lupa juga untuk buang fail dan juga folder lama yang memang anda tidak gunakan lagi seperti di dalam folder download,picture,video, dan lain-lain.
KEMASKAN PAPARAN DESKTOP
Dengan mengemaskan paparan fail di desktop anda juga sedikit sebanyak dapat membantu, ini kerana kesemua ikon mahupun fail di desktop menggunakan temporary storage space laptop anda. Sesudah melakukan ini desktop anda akan kelihatan lebih kemas dan lancar.
Saya berharap dengan keadah ini sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam menyelesaikan masalah low disk space sekiranya berlaku.