5 Tips Beli Laptop Baru Sebelum Anda Tersilap Beli

5 tips beli laptop baru

5 tips beli laptop baru yang anda boleh gunakan untuk memudahkan anda untuk membeli laptop yang baru.

Sebelum kita membeli sesebuah laptop, kita harus tahu serba sedikit mengenai laptop agar kita tidak ditipu atau dikecewakan ketika menggunakannya.

Mungkin anda akan menggunakannya untuk bermain games dan menonton video secara atas talian, atau untuk melakukan kerja-kerja pejabat atau kolej.

Di pasaran, terlalu banyak jenis-jenis, jenama-jenama laptop yang mempunyai ciri-ciri yang berbeza dari segi saiz, fungsi, dan harga. Untuk membuat pilihan yang tepat, kita perlu tahu apa yang kita perlukan pada laptop kita.

Bagaimana kita akan menggunakan laptop kita?

  1. Kegunaan ringan: Melayari internet, bayar bil secara atas talian, e-mail dan juga laman sosial.
  2. Kegunaan sederhana: Memuat turun, atau menonton video dan musik secara atas talian, menggunakan aplikasi Microsoft Office.
  3. Kegunaan berat: Bermain permainan video games, rendering video, dan multitasking.

5 TIPS BELI LAPTOP BARU

1. Memilih sistem operasi (Operating System) yang bersesuaian dengan anda

5 tips beli laptop baru

5 tips beli laptop baru yang pertama sekali adalah pemilihan OS, di mana ia adalah sebagai pengantaramuka atau interface yang memudahkan kita untuk menggunakan laptop ataupun komputer.

Windows OS ini merupakan sistem operasi yang popular di Malaysia. Ia mempunyai pelbagai fungsi dan banyak aplikasi bersesuaian dengan Windows OS bergantung pada spesifikasi laptop.

Mac OS X adalah sistem operasi yang dibuat oleh Apple. Pengaturcara, editor imej dan video menggunakannya kerana kestabilan dan kecekapan yang diberikan.

Chrome OS pula adalah sistem operasi yang dibuat oleh Google, dan dikhususkan kepada mereka yang ingin menggunakan laptop khas untuk melakukan kerja-kerja, dan melayari internet kerana ia didatangkan dengan spesifikasi yang rendah.

2. Memilih saiz laptop yang tepat

5 tips beli laptop baru

5 tips beli laptop baru yang kedua adalah memilih size yang bersesuaian dengan penggunaan pengguna, biasanya laptop hadir dalam 10 inci hingga 17 inci.

  • 11 hingga 12 inci: Untuk mereka yang mahukan portability.
  • 13 hingga 14 inci: Memberikan kestabilan diantara mudah alih dan kebolehgunaan.
  • 15.6 inci: Mempunyai skrin yang besar dan sesuai untuk mereka yang jarang membawa laptop ke mana-mana.
  • 17.3: Memberikan laptop keupayaan untuk beroperasi seperti sebuah workstation.

3. Memeriksa papan kekunci dan pad sentuh.

5 tips beli laptop baru

5 tips beli laptop baru yang ketiga adalah pastikan anda selesa menggunakan papan kekunci dan pad sentuh kerana anda menggunakannya untuk melakukan kerja, bermain permainan, buat jangka masa yang panjang. Keselesaan adalah penting dalam menjaga kesihatan.

4. Memilih spesifikasi bersesuaian.

 

5 tips beli laptop baru yang keempat adalah memilih spesifikasi yang sesuai dengan penggunaan anda.

Seandainya anda bukan seorang power user, bermakna bukan seorang yang bermainan permainan video games atau editor, yang memerlukan laptop dengan spesifikasi yang tinggi, laptop dengan ciri ciri asas sudah memadai.

Spesifikasi laptop yang perlu diambil tahu adalah CPU, RAM, cip grafik, dan hard disk.

  • CPU

CPU adalah Central Processor Unit atau Unit Pemprosesan Pusat berfungsi sebagai otak laptop kita. Ia memainkan peranan besar dalam menentukan prestasi laptop kita bergantung kepada penggunaan kita.

AMD

Cip yang dicipta oleh AMD kebanyakannya berada di dalam laptop yang berharga rendah.

Cip FX daripada AMD adalah khusus untuk power user yang bermain permainan video games, dan juga multitasking.

INTEL

Intel merupakan komponen utama untuk Macbook dan juga kebanyakan laptop-laptop yang menggunakan Windows.

Core i7: Merupakan sebuah cip kelas teratas untuk power user. Ia sangat sesuai untuk pemain permainan video games, pereka grafik, jurufoto dan juga juruvideo.

Core i5: Merupakan cip kelas tengah daripada Intel. Ia cukup berkuasa untuk penggunaan harian. Anda mungkin perlu mengurangkan tetapan grafik untuk bermain permainan video games.

Core i3: Merupakan entry-level cip dari pada Intel. Prestasinya agak rendah berbanding dengan Core i5.

  • RAM

5 tips beli laptop baru

RAM adalah Random Access Memory. Ianya untuk memberikan laptop anda kebolehan untuk multitasking.

Untuk penggunaan biasa, 2GB RAM sudah memadai. Anda boleh upgrade RAM anda dengan menukar atau menambahkan RAM pada slot yang sedia ada.

  • Cip grafik

5 tips beli laptop baru

Jika anda adalah seorang pemain permainan video games, pereka grafik, pereka model, anda memerlukan cip grafik daripada AMD ataupun Nvidia untuk memudahkan proses melakukan kerja anda. AMD dan Nvidia mempunyai pelbagai jenis cip grafik mengikut kepada bajet anda.

  • Hard Disk

5 tips beli laptop baru

Hard disk merupakan komponen penting untuk laptop kita. Paada hard disk inilah kita simpan sistem operasi kita. Tanpa hard disk, laptop kita tidak akan boleh dihidupkan.

Jika anda tidak memerlukan ruang yang banyak, dapatkan laptop yang disertakan dengan SSD untuk mendapatkan sepuluh kali ganda kelajuan berbanding hard disk biasa.

5. Ketahanan bateri

5 tips beli laptop baru

5 tips beli laptop baru yang kelima adalah memastikan bateri laptop anda mampu bertahan untuk sepanjang waktu penggunaan. Jika anda hanya gunakan laptop diatas meja berdekatan dengan sumber kuasa, tiada masalah.

Tetapi jika anda ingin menggunakannya ketika anda berada didalam perjalanan, sekurang-kurangnya anda memerlukan laptop yang hayatnya selama 6 jam. 8 jam adalah hayat yang paling ideal.

Ini adalah 5 tips beli laptop baru yang boleh anda gunakan untuk membeli sebuah laptop. Pastikan tujuan penggunaan, dan kemudian anda buatlah pilihan dalam mencari laptop yang sesuai untuk anda.

Share dengan rakan-rakan anda kalau anda rasa artikel ini bermanfaat.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *