Kadang-kala laptop kita tak boleh connect ke Internet. Jadi ini adalah cara untuk reset tetapan Internet pada Windows dan beberapa cara mudah untuk kembali ke atas talian.
Sebelum itu, jawab dua soalan ini:
- Bolehkah laptop atau gadget lain menyambung ke atas talian?
- Bolehkan anda buka laman sesawang menggunakan web browser yang lain?
Jika jawapan untuk kedua-dua soalan ini adalah tidak, masalahnya terletak pada sambungan internet ataupun router yang perlu ditetapkan semula dengan cara mematikan router tersebut selama satu minit, dan hidupkannya kembali.
Jika laptop atau gadget lain boleh mencapai Internet, ia mungkin masalah pada network adapter anda. Kebiasaannya, dengan boot semula laptop, masalah ini dapat diselesaikan. Tetapi, anda juga perlu pastikan Windows anda sudah diupdate sepenuhnya.
Cara untuk memastikan Windows sudah dikemas kini:
- Buka Control Panel.
- Klik pada Windows Update.
- Tekan butang Check now.
- Jika ada update yang dijumpai, tekan View details.
- Pada skrin anda, akan terpapar senarai kemas kini yang anda boleh muat turun dan install kemas kini Windows.
Cara-cara untuk reset setting Internet pada Windows 10:
- Tekan butang Start menu.
- Tekan pada ikon berbentuk gear/cog untuk membuka Settings.
- Tekan pada Network & Internet.
- Tekan pada tab Status dan skrol ke bawah dan tekan pada teks Network reset.
- Tekan pada butang Reset now.
- Apabila anda ditanya untuk pengesahan reset, tekan butang Yes.
Setelah selesai, laptop akan di boot semula, kemudian Windows akan memberikan cara-cara untuk menetapkan semula network anda.
Cara-cara untuk reset setting Internet pada Windows 7, 8, 8.1:
Untuk pergi ke Control Panel ia agak berbeza untuk Windows 7 dan 8.
Windows 7: Tekan butang Start dan tekan pada Control Panel.
Windows 8 dan 8.1: Tekan butang Windows dan Q pada papan kekunci serentak dan taip Control Panel.
- Tekan pada Network and Sharing Center.
- Tekan Change Adapter Settings pada bahagian sisi.
- Right-click pada adapter yang anda gunakan dan tekan Disable.
- Right-click lagi sekali dan tekan Enable untuk hidupkan semula network adapter.
Ianya mudah sahaja untuk menyelesaikan masalah laptop tidak dapat sambungan Internet.
Share dengan rakan-rakan anda kalau anda rasa artikel ini bermanfaat.


Haii. I guna windows 10. Klik pada setting tu tapi tak keluar page pun . Automatik keluar desktop semula. Macam mana ye ??
Terima ksh ye..membantu saya.
Assalamualaikum. kalau dah reset tapi dia tak tunjuk pun camna nak connect dengan internet balik… mohon bagi pencerahan sebab dah buat mcm tutorial tu network reset windows 10 then what’s next? Nak buat assignment tak boleh ni 😭