Tips guna laptop baru adalah penting untuk mengekalkan prestasi laptop kita dan ia juga boleh menjadikan laptop kita tahan lebih lama tanpa sebarang masalah yang boleh muncul.
Kebiasaannya selepas kita membeli laptop yang baru, kita akan keluarkan laptop tersebut daripada kotak dan kemudian akan configure laptop seperti tetapan akaun, kata laluan, dan sebagainya. Dan ada juga pengguna laptop yang tak tahu untuk setup laptop buat kali pertama.
Sekiranya anda tidak pernah lagi configure laptop baru, jadi artikel ini sesuai untuk anda, kami akan jarkan kepada anda tips guna laptop baru agar laptop anda sentiasa dalam keadaan yang baik, tanpa sebarang masalah.
5 TIPS GUNA LAPTOP BARU
TIPS 1: KEMAS KINI WINDOWS
Tips guna laptop baru yang pertama adakah kita perlu mengemas kini agar kita mendapat kepuasan terhadap prestasi laptop.
- Taip updates pada kotak carian.
- Tekan pada Check for updates.
- Windows akan mencari kemas kini yang boleh didapati dan akan terus memuat turun. Kemudian, ia akan memasang secara automatik. Kita boleh teruskan dengan tips seterusnya.
TIPS 2: MELARASKAN DISPLAY SCALING
Tips guna laptop baru yang kedua pula adalah melaraskan paparan skrin laptop anda. Laptop-laptop pada masa kini didatangkan dengan resolusi yang tinggi seperti 1920×1080 (1080p) dimana paparannya terang dan berwarna warni. Ia juga boleh menyebabkan ikon dan teks kelihatan agak kecil. Display scaling adalah alat yang kita boleh gunakan untuk membesarkan saiz-saiz ikon dan juga teks.
- Right-click pada desktop dan pilih Display Settings.
- Gerakkan slider dibawah Change the size of text, apps, and other items ke kiri atau ke kanan. Ke kiri, ia mengurangkan saiz objek menjadikan ia kecil, manakala ke kanan pula membesarkan semuanya.
- Boot semula laptop anda atau anda hanya boleh log keluar dan log masuk semula.
Pengguna berusia muda kebiasaannya tidak perlu untuk mengubah tetapan ini kerana penglihatan mereka lebih jelas berbanding mereka yang sudah berusia.
TIPS 3: TUNJUKKAN JENIS FAIL DAN FAIL-FAIL TERSEMBUNYI
Tips guna laptop baru yang ketiga adalah mengeluarkan jenis fail dan juga fail-fail yang tersembunyi.
Pada asalnya, Windows 10 menyembunyikan jenis fail (sebagai contoh, *.exe, *.jpg dan sebagainya) dan menyembunyikan fail-fail sistem. Tetapi, ia adalah penting kerana dengan dapat melihat jenis fail, kita boleh mengenali dan tahu fail jenis apa yang kita sedang lihat pada skrin.
- Buka File Explorer. Anda boleh mengakses ia dengan menekan fail kuning pada taskbar.
- Tekan tab View pada bahagian atas.
- Tandakan pada File name extensions dan juga Hidden items. Anda perlu menekan tab View lagi sekali untuk menyelesaikan proses.
TIPS 4: DOWNLOAD PELAYAR WEB PILIHAN
Tips guna laptop baru yang keempat adalah download dan install browser yang baru.
Microsoft Edge merupakan pengganti Microsoft Internet Explorer yang didatangkan pada Windows 10. Dan sememangnya bagi saya sudah mencukup.
Tetapi jika anda lebih selesa menggunakan pelayar web lain seperti Chrome atau Firefox, sudah pasti anda akan menukar pelayar web.
- Memuat turun pelayar web yang disukai.
- Tekan Start button dan tekan pada ikon berbentuk gear untuk pergi ke Settings.
- Tekan pada System.
- Tekan pada Default apps pada belah kiri skrin.
- Klik pada ikon Web browser dan tukarkan ia kepada pelayar web pilihan.
TIPS 5: BUANG APLIKASI-APLIKASI BLOATWARE
Tips guna laptop baru yang terakhir sekali adalah buang aplikasi bloatware pada laptop baru anda.
Bloatware merupakan aplikasi-aplikasi yang didatangkan pada laptop. Ia disertakan pada laptop oleh syarikat-syarikat yang mengeluarkan laptop.
Di antara jenis-jenis bloatware adalah Candy Crush, dan juga Anti-Virus percubaan yang hanya boleh digunakan selama 30 hari.
- Pergi ke Settings melalui butang Start.
- Tekan pada System.
- Tekan pada Apps & features pada menu sebelah kiri.
- Pilih aplikasi yang anda mahu buang.
- Tekan butang Uninstall dan tekan lagi sekali pada Uninstall untuk membuang fail-fail yang berkaitan dengan aplikasi tersebut.
Di antara beberapa perkara yang anda boleh lakukan juga adalah personalized laptop dengan menukar gambar latar belakang dan juga tema pada laptop anda.
Saya berharap agar artikel tips guna laptop baru ini dapat membantu sedikit sebanyak dalam mengekalkan keadaan laptop baru anda.
Share dengan rakan-rakan anda kalau anda rasa artikel ini bermanfaat.

