Cara yang paling mudah untuk menjaga computer anda adalah dengan melakukan penjagaan rutin. Tanpa memerlukan penjagaan terlalu advance, cukuplah hanya dengan penjagaan asas untuk menambahkan performance dan juga menambahkan jangka hayat PC.
- Install Antivirus
Software antivirus ini bertanggungjawab untuk melindungi computer anda daripada pelbagai jenis bahaya. Ada yang percuma, dan ada juga yang berbayar. Dan lebih baik anda bayar sedikit daripada bayar lebih banyak untuk mendapatkan semula data dan juga Windows anda kembali. - Update komputer anda
Jika anda mengunakan komputer dengan Windows 10 yang original, lebih baik anda update untuk mengurangkan glitches dan juga bug yang ada pada Windows. - Jalankan Maintenance
Langkah ini peling penting untuk menjaga laptop anda. Anda boleh melakukan Disk Cleanup untuk membuang sebarang data yang anda tidak perlukan, dan juga anda boleh menggunakan Disk Defragment untuk menyusun semula fail-fail pada komputer anda. - Bersihkan keyboard
Ianya agak normal untuk makan sambil menggunakan komputer tetapi anda perlu hentikan tabiat buruk ini. Cebisan-cebisan makan ini boleh merosakkan komponen dalam keyboard. - Lap skrin monitor
Oleh kerana anda akan kerap menggunakan PC dan anda pelulah membersihkan skrin agar anda boleh melihat dengan jelas tanpa sebarang gangguan. Gunakan kain jenis micro-fibre untuk mengelakkan skrin daripada calar. - Buang habuk daripada PC
Kipas mengurangkan haba yang ada pada PC, dan habuk yang terlekat pada kipas boleh memperlahankan kipas dan seterusnya boleh menyebabkan haba tak tertampung. Jika anda tidak boleh membersihkan sendiri, anda boleh hantar ke kedai untuk diservis. - Gunakan Power Supply yang berkualiti
Power supply yang tidak berkualiti tidak mampu bertahan pada jangka masa yang panjang. Ia juga tidak memberikan perlindungan dan berkemungkinan untuk meletup.