6. Update Windows
Microsoft mengeluarkan update bersebab dan ada kalanya mereka gagal, kebanyakan masa update direka untuk menyelesaikan masalah yang telah ditemui oleh windows untuk meningkat kat lagi ciri-ciri keselamatan operating system mereka.
Lubang-lubang keselamatan yang tidak dibaiki akan menyebab anda mudah untuk diserang oleh penggodam tanpa anda sedari. Sebaik sahaja mereka mempunyai kawalan ke atas sistem anda, mereka boleh mencuri maklumat atau menggunakan komputer anda untuk tujuan jahat.
Walaupun Windows 10 menjadikan ia agak sukar untuk mengabaikan update, anda masih perlu memastikan anda menjalan update tersebut apabila anda mendapat komputer baru.
Malah ini adalah salah satu perkara pertama yang perlu anda lakukan sebelum anda mengambil laptop atau komputer anda ke dalam talian untuk mencari perisian dan update.
Dengan andanya update dapat menyelesaikan isu-isu keselamat yang diperkuatkan oleh microsoft untuk menjadikan laptop atau komputer anda dilindungi daripada ancaman.
7. Install Antivirus Software

Binary matrix with glowing security lock
Penting untuk anda yang menggunakan apa-apa jenis windows untuk menggunakan antivirus. Windows 8 dan windows 10 kedua-duanya menjalankan perisian antivirus microsoft dan ia siap di install. Tetapi terdapat banyak lagi perisian antivirus yang lebih bagus diluar sana dari segi keselamatan.
Sebelum anda menghabiskan masa melayari internet, anda perlu memastikan anda telah memasang perisian antivirus dan jalankan kesemua update. Jangan sambungkan ke internet tanpa perisian tersebut kerana virus dan malware berada di mana-mana jika anda tidak berhati-hati, termasuklah laman web yang seakan-akan legit.
Setelah perisian antivirus anda siap di install dan update, reboot dahulu komputer anda sebelum meneruskan konfigurasi atau melayari internet.
Terdapat banyak pilihan di luar sana apabila anda bercakap mengenai perisian antivirus terbaik. Walaupun anda boleh membeli antivirus yang berbayar seperti Norton Antivirus anda juga boleh mendapatkan perisian antivirus percuma seperti AVG atau avast.
Kedua-duanya mempunyai ciri-ciri yang tersendiri untuk melindungi dari ancaman.
8. Install software
Sekarang laptop anda up to date dan dilindungi, ini adalah masanya untuk anda install perisian yang diperlukan untuk bekerja. Tiada senarai set perisian yang mesti anda install kerana lain orang lain caranya. Terdapat beberapa perisian yang perlu anda install dan saya percaya ia akan membantu anda menjadi lebih produktif dan memastikan anda boleh membuka hampir apa sahaja.
Antara perisian yang saya cadangkan adalah:
Microsoft Office
Perisian antivirus Malwarebytes dan sebagainya
Adobe Reader
Adobe Flash
Web broser seperti google chrome atau mozilla firefox
Lain-lain perisian yang anda perlu gunakan
9. Copy File
Sekarang anda mempunyai komputer yang telah dikemaskini dan semua perisian yang anda perlu install sudah boleh digunakan, dan sekarang ia merupakan masa yang sangat sesuai untuk anda menyalin semula fail-fail ke dalam laptop baru anda.
Jika fail anda besar ia akan mengambil masa yang lama untuk menghabiskan salinan data anda ke laptop yang baru. fail-fail tersebut anda boleh transfer melalui external harddisk, dropbox, cloud storage dan sebagainya ia bergantung dari mana fail yang ingin anda transfer berada.



