Scroll to top

Tips Bateri Laptop Tahan Lama

2 comments

 

Tips Bateri Laptop Tahan Lama

tips bateri laptop tahan lama

Anda pengguna laptop dan anda selalu bergerak ke sana sini, dan tak dapat nak gunakan charger? Jangan risau, saya nak kongsikan tips bateri laptop tahan lama, supaya anda dapat menggunakan laptop berterusan tanpa perlu mencari tempat yang ada plug.

Jika bateri anda habis dengan cepat, dalam 10 ke 20 minit, kebiasaannya itu adalah tanda bateri laptop anda dah mula rosak atau kong. Dan tips ini tidak dapat membantu jika bateri laptop anda sudahpun bermasalah.

Tanpa berlengah lagi, saya akan terangkan 7 tips bateri laptop tahan lama.

 

7 TIPS BATERI LAPTOP TAHAN LAMA

1. Charge Bateri Baru Anda

Tips bateri laptop tahan lama yang pertama adalah jika anda beli bateri yang baru ataupun laptop yang baru, charge bateri terlebih dahulu.

Penjagaan bateri laptop bermula sejak anda mula membeli bateri itu lagi, sama ada ketika membeli laptop baru ataupun ketika membeli bateri baru sebagai menggantikan bateri yang sudah rosak .

Biasanya kalau anda pergi ke kedai mesti orang kedai akan cakap “ laptop ni atau bateri laptop ni kena kasi charge dulu 8jam jangan guna dulu” perkataan macam ini lah yang selalu keluar dari mulut mereka.

Ramai diantara kita mengabaikannya sebab tidak sabar nak guna benda baru. Sama seperti handphone, bateri laptop juga perlu di cas sekurangnya 8jam untuk pertama kali sebelum digunakan. Dan lebih baik jika anda dapat cas selama 24 jam, untuk memastikan bateri laptop anda penuh, dan memanjangkan penggunaan bateri laptop anda.

tips bateri laptop tahan lama

 

2. Jangan Biar Overcharged

Tips bateri laptop tahan lama yang kedua pula adalah jangan overcharging bateri laptop anda.

Elakkan terlebih cas (overcharging), ini kerana ia boleh menyebabkan kepanasan dan mengurangkan kualiti bateri. Cabut charger apabila indicator sudah menunjukkan bateri sudah 90%-100% penuh (fully charged)

tips bateri laptop tahan lama

 

3. Tanggal Bateri Dengan Berhati-Hati

Tips bateri laptop tahan lama yang ketiga adalah tanggalkan bateri dengan elok dan rapi.

Jangan tanggalkan bateri ketika bateri sedang cas atau sedang menggunakan kuasa bateri. Kalau mahu cabut bateri pastikan laptop dalam keadaan shutdown (bukan sleep atau hibernate) atau tanggalkan charger.

tips bateri laptop tahan lama

 

4. Jangan Guna Laptop Atas Permukaan Yang Lembut

Tips bateri laptop tahan lama yang keempat pula adalah jangan gunakan laptop atas permukaan yang lembut.

Jangan menggunakan laptop diatas permukaan fabrik seperti tilam, bantal, selimut dan sebagainya adalah tidak baik untuk bateri dan laptop anda. Ini kerana kepanasan yang melampau boleh menyebabkan bateri anda untuk lebih cepat rosak dan laptop anda.

tips bateri laptop tahan lama

 

 5. Jangan Biarkan Bateri Kosong

Tips bateri laptop tahan lama yang kelima pula adalah jangan biarkan bateri laptop anda kosong

Sekiranya anda tidak mahu menggunakan bateri untuk lebih dari 1 minggu, pastikan anda menyimpan sekurang kurangnya 50% kuasa dalam bateri itu. Jika anda tinggalkan dengan kuasa yang penuh (100%), bateri akan kembang dan tidak dapat menyimpan banyak kuasa. Jika anda tidak menyimpan kuasa langsung (0%), di khuatiri bateri tidak boleh dicas semula.

tips bateri laptop tahan lama

 

6. Jangan Terlalu Kerap Charge

Tips bateri laptop tahan lama yang keenam adalah jangan kerap sangat charge.

Elakkan dari selalu mengecas bateri. Setiap bateri laptop mempunyai jangka hayat lebih kurang 300-500 kitaran (cycle) cas. Bila anda menggunakan kuasa bateri penuh (100%) sehingga habis (10%) dan kemudian cas sehingga indicator menunjukkan bateri sudah penuh atau fully charged 100% di kira 1 kitaran (cycle) cas.

Anda dinasihatkan jangan menggunakan kuasa bateri sehingga habis sepenuhnya 0%. Tinggalkan sekurang-kurangnya 10% dari kuasa yang ada. Adalah lebih baik jika anda menggunakan bateri sehingga habis (10%) dan cas sampai penuh (fully charged 100%).

Ini dikira 1 kitaran (cycle) dari anda menggunakan bateri 50% dan cas balik, ini juga dikira 1 kitaran (cycle).

 

7. Elak Kawasan Yang Panas

Tips bateri laptop tahan lama yang terakhir sekali adalah guna laptop di kawasan yang bersuhu rendah ke sederhana.

Suhu yang tinggi boleh menyebabkan laptop menjadi lebih cepat panas, dan penggunaan yang lama boleh menyebabkan laptop rosak.

Dan bercakap suhu, pastikan anda tidak meninggalkan laptop atau bateri anda di dalam kereta yang panas sepanjang hari. Atau meletakannya diatas permukaan yang panas seperti desktop.

tips bateri laptop tahan lama

 

Sampai sini sahaja artikel Tips Bateri Laptop Tahan Lama ini. Jika anda rasa artikel ini bermanfaat, sila kongsikan dengan kawan-kawan dan juga ahli keluarga untuk manfaat bersama.

2 comments


  1. Ronand

    Selamat sejahtera min.. Tips yang pertama tu betul ke kena cas 8 jam? Bukankah ini adalah rule lama untuk bateri NiCad (nickel cadmium) atau Nimh (nickel hydrate). Sekarang bateri semua pakai Lithium atau Li-Ion (Lithium-Ion).

Post a Comment