Scroll to top

Punca Bateri Laptop Rosak Dan Anda Patut Tahu

2 comments

PUNCA BATERI LAPTOP ROSAK

punca bateri laptop rosak

Pernah tak anda terfikir atau tertanya-tanya macam mana bateri laptop yang anda gunakan boleh rosak? Baru je on laptop sejam, bateri dah tinggal 5% padahal tak main game pun, Cuma buat kerja-kerja office sahaja.

Charge bateri pun tak sampai sejam pun dah full. Masalah ini memang banyak berlaku kepada pengguna laptop di luar sana, kerana tidak didedahkan dengan isu seperti ini.

Kali ini saya nak kongsikan pada anda 6 punca bateri laptop rosak. Sebenarnya ada beberapa sebab tertentu yang menjadi punca kenapa bateri laptop rosak. Mari lihat apakah punca bateri laptop rosak agar kita dapat mengelaknya daripada terjadi lagi.

6 PUNCA BATERI LAPTOP ROSAK

1. Tak Cas Bateri 8 Jam

punca bateri laptop rosak

Punca bateri laptop rosak yang pertama sekali adalah tak cas terlebih dahulu.

Penjagaan bateri laptop bermula sejak anda mula membeli bateri itu lagi, sama ada ketika membeli laptop baru ataupun ketika membeli bateri baru sebagai menggantikan bateri yang sudah rosak .

Biasa kalau anda pergi ke kedai mesti orang kedai akan cakap “ laptop ni atau bateri laptop ni kena kasi charge dulu 8jam dangan guna dulu” perkataan macam ini lah yang selalu keluar dari mulut mereka.

Ramai diantara kita mengabaikannya sebab tak sabar nak guna benda baru. Sama seperti handphone, bateri laptop juga perlu di cas sekurangnya 8jam untuk pertama kali sebelum digunakan.

2. Terlebih Cas

punca bateri laptop rosak

Punca bateri laptop rosak yang kedua pula adalah terlebih cas atau overcharging.

Biasanya bila charge dibiarkan je macam tu, padahal bateri dah full. Untuk kali cas kali kedua dan seterusnya bila cas sudah full cabut. Sebab bila charging bateri tu panas. Kepanasan boleh menyebabkan kerosakan pada laptop dan bateri.

Ini kerana suhu dan haba yang panas merupakan musuh utama untuk komponen-komponen laptop.

3. Guna Laptop Sambil Cas

punca bateri laptop rosakpunca bateri laptop rosak

Punca bateri laptop rosak yang ketiga pula adalah menggunakan laptop sambil cas

Kalau boleh elakkan menggunakan laptop sambil anda sedang charge bateri laptop ini kerana bateri laptop mempunyai kitaran(cycle) tertentu. Semakin banyak kali anda charge bateri semakin berkurang kitaran (cycle) bateri tersebut.

Jadi saya cadangkan masa yang sesuai untuk charging adalah bila peratusan bateri anda bawah 10%. Ini kerana kalau anda charging bateri anda 50% ia akan dikira 1 cycle. Dan sebelum bateri laptop anda nak full, katakan 98% anda dah boleh cabut charger tersebut.

Dan tak lupa juga, bateri laptop juga akan lebih cepat menjadi panas sekiranya digunakan sambil cas. Yang boleh mengundang masalah pada motherboard.

4. Bateri Laptop Terhempas

punca bateri laptop rosak

Punca bateri laptop rosak yang keempat pula adalah bateri laptop pernah terjatuh atau terhempas.

Ini juga boleh menjadi faktor di mana hentakan atau hempasan yang berlaku pada bateri itu berkemungkinan besar akan mempengaruhi kondisi dan jangka hayat bateri tersebut ataupun paling teruk, ia boleh menyebabkan bateri laptop rosak.

5. Guna Bateri Terpakai

punca bateri laptop rosak

Punca bateri laptop rosak yang kelima adalah menggunakan bateri terpakai ataupun secondhand.

Dah nama pun secondhand, ini mesti reject awal-awal sebab anda tidak tahu kondisi bateri tu macam mana, kitaran bateri, jangka hayat dan ini semua tidak di ketahui.

 

6. Penggunaan Atas Permukaan Lembut

punca bateri laptop rosak

Dan punca bateri laptop rosak yang terakhir adalah penggunaan laptop atas permukaan yang lembut.

Jangan menggunakan laptop diatas permukaan fabrik seperti tilam, bantal , selimut dan sebagainya adalah tidak baik untuk bateri dan laptop anda. Ini kerana kepanasan yang melampau boleh menyebabkan bateri anda untuk lebih cepat rosak dan laptop anda.

 

Demikian 6 punca bateri laptop rosak yang dapat saya kongsikan dan saya harap artikel ini dapat menjadi rujukan kepada anda.  Semoga artikel ini dapat memberi manfaat kepada  semua. Dan lebih baik jika anda dapat kongsikan sekali artikel ini bersama kawan-kawan dan juga ahli keluarga anda.

2 comments


  1. hai. nak tnya kalau laptop shutdown dengan tiba0tiba , masalah die ape erk?

Post a Comment