Scroll to top

7 Punca Menyebabkan Bateri Laptop Rosak

2 comments

Pernah tak anda berfikir atau tertanya-tanya macam mana bateri laptop yang anda gunakan boleh rosak? Baru je on laptop sejam dah tinggal 5% je kuasa bateri padahal tak main game pun, Cuma buat kerja-kerja office sahaja.

Charge bateri pun tak sampai sejam pun dah full. Masalah ini memang banyak berlaku kepada pengguna laptop di luar sana, kerana tidak didedahkan dengan isu seperti ini.

Kali ini saya nak kongsikan pada anda 7 punca menyebabkan bateri laptop rosak. Sebenarnya ada beberapa sebab tertentu yang menjadi punca kenapa bateri laptop rosak. Mari lihat apakah punca yang menyebabkan bateri laptop rosak.

1. TIDAK MENGECAS BATERI BUAT PERTAMA KALI

Penjagaan bateri laptop bermula sejak anda mula membeli bateri itu lagi, sama ada ketika membeli laptop baru ataupun ketika membeli bateri baru sebagai menggantikan bateri yang sudah rosak .

Biasa kalau anda pergi ke kedai mesti orang kedai akan cakap “ laptop ni atau bateri laptop ni kena kasi charge dulu 8jam dangan guna dulu” perkataan macam ini lah yang selalu keluar dari mulut mereka.

Ramai diantara kita mengabaikannya sebab tak sabar nak guna benda baru. Sama seperti handphone, bateri laptop juga perlu di cas sekurangnya 8jam untuk pertama kali sebelum digunakan.

2. TERLEBIH CAS (OVERCHARGING)

Punca nombor dua ni ramai diantara kita yang melakukannya. Biasanya bila charge dibiarkan je macam tu, padahal bateri dah full. Untuk kali cas kali kedua dan seterusnya bila cas sudah full cabut. Sebab bila charging bateri tu panas. Kepanasan boleh menyebabkan kerosakan pada laptop dan bateri.

Ini kerana suhu dan haba yang panas merupakan musuh utama untuk komponen-komponen laptop.

3. GUNA LAPTOP SAMBIL TENGAH CHARGING BATERI

Kalau boleh elakkan menggunakan laptop sambil anda sedang charge bateri laptop ini kerana bateri laptop mempunyai kitaran(cycle) tertentu. Semakin banyak kali anda charge bateri semakin berkurang kitaran (cycle) bateri tersebut.

Jadi saya cadangkan masa yang sesuai untuk charging adalah bila peratusan bateri anda bawah 10%. Ini kerana kalau anda charging bateri anda 50% ia akan dikira 1 cycle. Dan sebelum bateri laptop anda nak full, katakan 98% anda dah boleh cabut charger tersebut.

4. BATERI LAPTOP TERJATUH DAN TERHEMPAS

Ini juga boleh menjadi faktor. Di mana hentakan atau hempasan yang berlaku pada bateri itu berkemungkinan besar akan mempenggaruhi kondisi dan jangka hayat bateri tersebut ataupun rosak.

5. MENGGUNAKAN ATAU MEMBELI BATERI SECOND HAND

Dah nama pun secondhand, ini mesti reject awal-awal sebab anda tidak tahu kondisi bateri tu macam mana, kitaran bateri, jangka hayat dan ini semua tidak di ketahui.

6. TIDAK MEMBUKA BATERI SEMASA MENGUNAKAN LAPTOP UNTUK JANGKA MASA YANG PANJANG

Scenario yang diberikan dimana anda melakukan kerja dan mengambil masa lebih dari 4 jam sambil menggunakan bateri. Dinasihatkan supaya anda cabut bateri laptop itu sekiranya anda ingin menggunakan laptop untuk jangka masa yang lama dan menggunakan charger terus (direct current) lebih baik.

7. ELAK DARI PERMUKAAN FABRIK

Jangan menggunakan laptop diatas permukaan fabrik seperti tilam, bantal , selimut dan sebagainya adalah tidak baik untuk bateri dan laptop anda. Ini kerana kepanasan yang melampau boleh menyebabkan bateri anda untuk lebih cepat rosak dan laptop anda.

Demikian 7 punca yang menyebabkan bateri  rosak yang dapat dikongsikan dan menjadi rujukan kepada anda.  Semoga artikel ini dapat memberi manfaat kepada  semua.

2 comments


  1. hai. nak tnya kalau laptop shutdown dengan tiba0tiba , masalah die ape erk?

Post a Comment