Scroll to top

ADAKAH I7 DIPERLUKAN UNTUK GAMING?

No comments

Bila orang fikirkan tentang gaming desktop atau laptop, biasanya orang letak mindset, gaming perlukan i7, atau i9 sebagai aras yang boleh dikatakan tinggi untuk gaming. Juga sesetengah orang menggunakan processor Unlocked untuk dioverclock untuk tingkatkan lagi performance desktop.

Sebelum ni saya dah cover untuk Intel Pentium G4560, yang merupakan sebuah processor yang cukup murah dan boleh digunakan sebagai processor untuk desktop build gaming. Tapi korang perlukan juga graphic card yang berseesuaian untuk membolehkan korang untuk main game tanpa sebarang masalah.

 

Kelebihan i7 berbanding processor lain:

Clock-speed yang lebih laju termasuk turbo-boost
Cache memory yang lebih besar
Hyper-Threading lebih lancar dengan Thread yang lebih banyak
Core yang banyak

 

So apa kelebihan i7?

Ia boleh berikan performance yang lebih baik dan laju untuk gaming dan juga rendering. Jika anda hanya gunakan desktop anda untuk gaming dan juga kerja-kerja ringan, saya rasa i7 agak overkill.

 

Jangan risau, kalau korang nak main game tapi under budget, dan hanya nak gunakan G4560, ianya tak akan jadi masalah langsung dan ianya sebenarnya cukup untuk memberikan anda performance yang cukup baik untuk gaming tanpa memerlukan kos yang tinggi.

Post a Comment