7 Cara Mudah Untuk Menjaga PC Anda

Cara yang paling mudah untuk menjaga computer anda adalah dengan melakukan penjagaan rutin. Tanpa memerlukan penjagaan terlalu advance, cukuplah hanya dengan penjagaan asas untuk menambahkan performance dan juga menambahkan jangka hayat PC.

  1. Install Antivirus

    Software antivirus ini bertanggungjawab untuk melindungi computer anda daripada pelbagai jenis bahaya. Ada yang percuma, dan ada juga yang berbayar. Dan lebih baik anda bayar sedikit daripada bayar lebih banyak untuk mendapatkan semula data dan juga Windows anda kembali.
  2. Update komputer anda

    Jika anda mengunakan komputer dengan Windows 10 yang original, lebih baik anda update untuk mengurangkan glitches dan juga bug yang ada pada Windows.
  3. Jalankan Maintenance

    Langkah ini peling penting untuk menjaga laptop anda. Anda boleh melakukan Disk Cleanup untuk membuang sebarang data yang anda tidak perlukan, dan juga anda boleh menggunakan Disk Defragment untuk menyusun semula fail-fail pada komputer anda.
  4. Bersihkan keyboard

    Ianya agak normal untuk makan sambil menggunakan komputer tetapi anda perlu hentikan tabiat buruk ini. Cebisan-cebisan makan ini boleh merosakkan komponen dalam keyboard.
  5. Lap skrin monitor

    Oleh kerana anda akan kerap menggunakan PC dan anda pelulah membersihkan skrin agar anda boleh melihat dengan jelas tanpa sebarang gangguan. Gunakan kain jenis micro-fibre untuk mengelakkan skrin daripada calar.
  6. Buang habuk daripada PC

    Kipas mengurangkan haba yang ada pada PC, dan habuk yang terlekat pada kipas boleh memperlahankan kipas dan seterusnya boleh menyebabkan haba tak tertampung. Jika anda tidak boleh membersihkan sendiri, anda boleh hantar ke kedai untuk diservis.
  7. Gunakan Power Supply yang berkualiti

    Power supply yang tidak berkualiti tidak mampu bertahan pada jangka masa yang panjang. Ia juga tidak memberikan perlindungan dan berkemungkinan untuk meletup.

Cara Untuk Aktifkan Shutdown Secara Automatik Pada WIndows 10

Selalu tak terlupa nak shutdown? Ataupun terlupa nak tengok jam masa tengah kerja? Ataupun anda masih lagi dalam proses untuk defragment, download ataupun installation dan sebagainya, yang memerlukan anda untuk meninggalkan computer anda.

Terdapat beberapa cara yang boleh digunakan untuk setkan automatic shutdown. Tetapi untuk kali ni FR sharekan yang paling mudah untuk dibuat.

 

  1. Tekan butang Windows dan juga huruf R serentak.

 

  1. Taip shutdown –s –t 600 dan tekan butang Enter.

600 disitu bermaksud berapa saat yang akan diambil oleh computer untuk shutdown secara automatic, dan 600 bersamaan 10 minit.

7 Programs Free Antivirus Terbaik

Anda mungkin mendengar perkataan ini beribu kali, anda memerlukan perlindungan anti-virus. Mac, windows dan linux juga memerlukannya. Aplikasi anti-virus begitu mudah untuk di download.

Anda juga boleh mendapatkan perlindungan terbaik dari aplikasi anti-virus percuma. Jadi tunggu apa lagi install salah satu dari 7 anti-virus ini untuk melindungi komputer anda.

 

AVIRA (WINDOWS & MAC)

Mempunyai reputasi untuk prestasi yang consistent dan user friendly, menjadikan Avira pilihan yang terbaik. Ujian terhadap antivirus versi pro memberikan 99.9% kadar perlindungan. Jadi untuk versi yang percuma tidak kurang hebatnya.

Anda boleh menjadualkan imbasan (scan). Mempunyai dua jenis imbasan iaitu quick daily scan dan weekly full scan. Real-time protection akan membantu untuk melindungi komputer anda.

Download Avira Secara Percuma

 

BITDEFENDER (WINDOWS)

Satu lagi aplikasi anti-virus versi pro dengan kadar perlindungan 99.9%, dan versi percuma Bitdefender tidak kurang hebatnya, melindungi anda dari virus. malware, dan mempunyai feature anti-phishing dan anti-fraud membantu melindungi anda.

Download Bitdefender Secara Percuma

 

AVAST (WINDOWS & MAC)

Walaupun Avast memperoleh rating perlindungan yang sedikit lebih rendah daripada beberapa pilihan lain, ia masih sangat tinggi juga. Ia juga mempunyai penggunaan sumber yang agak rendah, dan tidak memperlahankan komputer anda.

Mudah untuk digunakan, mempunyai interface yang user friendly anda tidak memerlukan manual untuk menggunakannya. Walaupun ranking sedikit rendah, Avast menjadi pilihan yang sangat sesuai untuk sesiapa yang mahu antivirus percuma.

Download Avast Secara Percuma

 

AVG (WINDOWS & MAC)

Satu lagi aplikasi antivirus percuma yang sangat popular senjak dari dulu lagi. AVG berada di kedudukan yang baik dalam perlindungan dan juga penggunaan sumber sistem.

Download AVG Secara Percuma

 

MALWAREBYTES (WINDOWS & MAC)

Malwarebytes memperoleh reputasi yang sangat kukuh sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Dan aplikasi anti-malwarenya tidak terkecuali. Ia khusus untuk menyingkirkan adware, mempunyai saiz fail yang kecil, dan sangat pantas.

Download Malwarebytes Secara Percuma

 

PANDA FREE ANTI-VIRUS (WINDOWS)

Anda mungkin akan mengalami top-up skrin yang memberitahu anda untuk upgrade ke versi berbayar, Panda mempunyai kelebihan tersendiri. Sebagai contoh, memuatkan sebahagian besar tugas pada cloud, dan membebaskan sumber sistem anda.

Download Panda Antivirus Secara Percuma

 

TREND MICRO HOUSECALL (WINDOWS & MAC) 

Satu lagi aplikasi yang mendapat permintaan, HouseCall boleh dimuat turun dari internet. Ia tidak akan memberi pilihan scheduling atau real-time protection, tetapi jika anda fikir komputer anda mungkin telah dijangkiti, ini adalah cara yang sesuai untuk memeriksa.

Trend Micro menawarkan beberapa alat percuma lain yang mungkin anda berminat, seperti anti-ransomware toolkit, browser guard dan rootkit buster.

Download Trend Micro Housecall Secara Percuma

Cara Mudah Untuk Menjaga Laptop Anda

Laptop ini umpama nyawa, sebab pada laptop inilah kita buat kerja, bermain, dan sebagainya. Dan adalah sangat penting untuk kita menjaganya dengan baik, dan juga pastikan laptop kita di dalam keadaan yang lain. Cuba ikut langkah-langkah mudah ini dan inshaAllah, laptop boleh bertahan lebih lama.

 

  1. Jauhkan sebarang jenis cecair daripada laptop.

    Kemalangan boleh berlaku bila-bila masa sahaja, dan cuba elakkan air minuman dan sebagainya daripada laptop. Cecair ini boleh menyebabkan kerosakan pada motherboard.
  2. Jauhkan makanan daripada laptop.

    Jangan makan berdekatan dengan laptop, ada kemungkinan serpihan-serpihan makanan akan jatuh di celah-celah butang keyboard dan secara tak langsung menjemput serangga-serangga dan juga merosakkan litar laptop.
  3. Jangan gunakan ataupun simpan laptop di dalam ruang yang ada binatang peliharaan.

    Binatang peliharaan meskipun kelihatan manja dan tidak bersalah, tetapi, ketika ia bermain, laptop boleh tercampak ataupun rosak ketika ia berlari, duduk atas laptop dan sebagainya.
  4. Bersihkan tangan sebelum menggunakan laptop.

    Tangan yang bersih memudahkan untuk menggunakan touchpad laptop, dan tangan yang bersih juga boleh mengelakkan daripada sebarang kotoran, ataupun kerosakan melalui calar. Pastikan juga tangan sudah kering sebelum mengguankan laptop.
  5. Lindungi skrin dan hinge laptop.

    Sebelum tutup laptop, pastikan tiada apa-apa pada keyboard, ataupun pada bahagian hinge laptop untuk elakkan skrin tercalar ataupun pecah dan juga elakkan hinge daripada patah.

Microsoft Surface Book 2

Spesifikasi

  • Intel Core i7-8650U processor
  • Nvidia GeForce GTX 1060 6GB GDDR5
  • Windows 10 Pro
  • 16GB memory
  • 1TB PCIe SSD
  • 15 inch screen with 4K display
  • IEEE 802.11a/b/g/n/ac with Bluetooth 4.1

 

Rekabentuk

Salah satu berubahan ketara pada Surface Book adalah saiznya yang kini 15 inci. Ia juga mempunyai skrin yang lebih besar dan deck keyboard yang lebih besar. Penutupnya diperbuat daripada warna kelabu matte dan terdapat logo Windows yang diperbuat daripada silver yang berkilau.

 

Skrin dan Bunyi

Surface Book 2 memuatkan skrin bersaiz 15 inci dan juga beresolusi 4K menjadikan laptop ini sebuah laptop yang terbaik untuk entertainment. Warna yang terhasil juga cukup cantik dan backlight skrinnya juga terang.

Speakernya pula agak memuaskan. Ia cukup kuat untuk memenuhi ruang bilik bersaiz sederhana, tetapi, bunyi yang terhasil, terasa kurang bass.

 

Keyboard dan Touchpad

Meskipun keyboard pada Surface Book 2 ini agak rendah, tetapi ia tetap memberikan rasa yang memuaskan ketika menaip. Ia mempunyai bunyi klik yang sangat memuaskan dan juga tanpa perlu menekan dengan begitu kuat.

Touchpadnya pula cukup sesuai untuk kegunaan WIndows. Swipe, click dan juga multi-gestures boleh digunakan tanpa masalah.

 

Prestasi

Dengan spesifikasi yang cukup tinggi, ia memberikan performance yang cukup bagus tanpa sebarang delay dan juga lag atas penggunaan Google Chrome sebanyak 30 tab beserta streaming dan juga melukis menggunakan Windows Ink Workspace. Baterinya boleh bertahan selama 12 jam atas penggunaan Chrome dan juga wifi connection.