Mungkin anda perlu menukar kecerahan skrin setiap masa anda menggunakan laptop. Bila kat luar, anda tinggikan kecerahan skrin untuk nampak lebih jelas, dan bila dalam gelap, anda turunkan brightness supaya ia tidak menyakitkan mata. Dan ia juga boleh menjimatkan bateri.
Kadang-kadang butang Function untuk menukarkan kecerahan rosak, jadi kita perlu melakukannya secara manual.
Tekan Start, kemudian ControlPanel.
Pilih HardwareandSound.
Tekan pada PowerOptions.
Tukar kecerahan melalui ScreenBrightness dibahagian bawah.
Laptop untuk merupakan salah satu pelaburan yang serius, dan Dell memahami anda, dan ia mengeluarkan Latitude 7380 dengan ciri-ciri premium. Dengan skrin tanpa bezel, laptop Dell 13 inci ini memberikan view angle yang cantik dan juga SSD yang laju.
Rekabentuk
Latitude 7380 ini kelihatan biasa sahaja tetapi Dell menggunakan gabungan binaan carbon fiber dan juga aluminium yang menjadikan laptop ini kuat dan kukuh.
Skrin dan Bunyi
Skrin Latitude 7380 yang bersaiz 13.3 dengan resolusi Full HD ini cukup tajam dan juga terang.
Kualiti audio pada Latitude 7380 sangat memuaskan. Speaker yang terletak pada bahagian bawah laptop menjadikan bunyi yang terhasil cukup kuat dan boleh memenuhi ruang bersaiz sederhana.
Keyboard dan Touchpad
Dengan keyboard pada Latitude 7380 ini ia memberikan rasa menaip yang selesa dan sedap untuk digunakan.
Touchpad Latitude 7380 ini pula sangat lembut apabila digunakan, ia memberikan navigasi yang tepat. Swipe, click dan juga multi-gestures boleh digunakan tanpa sebarang masalah.
Prestasi
Dengan processor i7-7600U, 8GB RAM dan SSD sebesar 256GB menjadikan laptop salah satu laptop yang cukup bagus dan juga yang penting, laju. Baterinya boleh bertahan selama 10 jam ketika penggunaan web browsing dan juga connect pada WiFi. Laptop ini amat sesuai untuk kegunaan pejabat dan juga sedikit gaming.
Kadang-kadang di rumah, kita bukanlah guna internet dengan speed yang laju, sudahlah begitu, lepastu Windows pulak sibuk nak download update, dah secara langsung ia akan menjejaskan kelajuan internet.
Ini adalah cara untuk hentikan update automatik
Right-click pada ikon Windows.
Pilih Control Panel.
Pilih Administrative Tools daripada list Control Panel.
Double-click pada Services.
Scroll kebawah dan double-click pada Windows Update.
Dengan rekaan terbaru MacBook Pro pada tahun lepas, yang memberikan nafas baru dan juga OLED Touch Bar yang boleh digunakan untuk akses pantas, processor untuk tahun lepas kelihatan agak ketinggalan. Pada tahun ini, MacBook hadir dengan Intel Core i5 generasi ke-7 dan ia lebih pantas berbanding dahulu dan juga apabila dibandingkan dengan Windows.
Rekabentuk
Apple mengekalkan rekaan seperti MacBook Pro 2016 iaitu binaan aluminium yang nipis dan kemas. Ia hadir dengan 2 jenis warna, space gray dan juga silver.
Skrin dan Bunyi
Skrin MacBook Pro dengan resolusi 2560 x 1600 sangat menawan dan cantik, ia memberikan warna yang jelas dan juga kelihatan seperti pada dunia nyata.
MacBook Pro 2017 ini tidak mempunyai masalah untuk memainkan lagu dengan volume yang kuat, ia boleh memenuhi ruang dewan mesyuarat yang besar tanpa sebarang kekurangan. Kualiti audio pada MacBook Pro ini yang terbaik setakat ini berbanding yang ada pada laptop lain.
Keyboard, Touchpad dan Touchbar
Butang pada keyboard ini agak keras apabila ditekan ia memerlukan daya sebanyak 74gram berbanding biasa yang sepatutnya 60gram. Tetapi ia masih selesa untuk digunakan.
Force touchpad yang ada pada MacBook Pro ini pula tepat apabila digunakan dan ia memberikan haptic feedback seperti yang ada pada iPhone 7, dan iPhone 8.
Touchbarnya pula berubah mengikut software yang digunakan.
Prestasi
Dengan processor i5 generasi ke-7, dan juga RAM sebanyak 8GB ia cukup untuk multi-tasking yang banyak pada sesautu masa tanpa sebarang delay dan juga lag, juga terima kasih kepada SSD yang ada pada MacBook Pro ini. Jangka hayat baterinya juga cukup lama, ia bertahan selama 8 jam, untuk penggunaan web browsing dan juga hubungan WiFi.
Semakin hari, semakin maju teknologi berubah, hardware laptop kini makin laju dan Microsoft tak mahu ketinggalan, untuk meningkatkan sekali kelajuan Windows. Kadang-kala apabila ada benda yang tak seharusnya ada pada laptop, ia akan menjadikan laptop slow.
Anda juga boleh menggunakan tips ini untuk Windows yang lain.
Buang aplikasi yang tak diperlukan
Laptop yang baru dibeli daripada Acer, ataupun Asus, aka nada pelbagai jenis bloatware. Bloatware ini adalah software yang sebenarnya tak diperlukan pada laptop, dan hanya memakan space dan juga memory pada laptop.
Kurangkan Startup Processes
Pergi kepada Task Manager > Startup Processes dan disable software startup yang tak diperlukan oleh laptop kita dan juga penggunaan kita.
Disk Cleanup
Buka Start Menu > taip Disk Cleanup untuk membuka software Disk Cleanup yang sudah berada pada Windows agak lama. Disk Cleanup digunakan untuk membuang segala junk files yang tak diperlukan pada komputer kita.
Upgrade SSD
SSD adalah pengganti kepada HDD dan ia lebih laju sebanyak 5 hingga 10 kali ganda berbanding HDD biasa. Ia meningkatkan kelajuan untuk pelbagai jenis penggunaan daripada boot up, dan juga software, dan juga menyimpan data.
Pastikan tiada malware dan juga virus
Gunakan Windows Defender dan juga mana-mana antivirus untuk membuang virus yang ada dan juga menambahkan perlindungan pada Windows dan data anda.