Acer Chromebook 15

 

Spesifikasi

  • Intel Pentium processor
  • Intel HD Graphics 505
  • 4GB Memory
  • 32GB SSD
  • ChromeOS
  • 15.6 inches screen with Full HD Resolution
  • 802.11ac wireless LAN with Bluetooth 4.0

Laptop bersaiz 15 inci sangat popular pada masa kini, kerana ia memberi pengguna rasa yang puas dengan adanya skrin bersaiz besar. Tetapi Chromebook jarang didatangkan dengan skrin bersaiz 15 inchi ini. Bateri pada Acer Chromebook 15 ini boleh bertahan selama 11 jam.

 

Rekabentuk

Penutup Acer Chromebook 15 ini kelihatan mahal dan mewah kerana cahaya melantun pada aluminiumnya.

 

Skrin dan Bunyi

Skrin pada Chromebook 15 ini besar tetapi warna yang terhasil kelihatan agak pudar dan kecerahan skrin kelihatan kurang.

Chromebook 15 ini mempunyai audio yang kuat tetapi bassnya agak rata dan kurang didengar.

 

Keyboard dan Touchpad

Keyboard Chromebook 15 ini rasa terlalu keras dan menyakitkan jari ketika menaip memberikan rasa yang kurang selesa.

Touchpad pada Chromebook 15 ini memuaskan dan setiap swipe, click dan juga multi-gestures boleh digunakan tanpa sebarang masalah.

 

Prestasi

Peminat Chromebook yang bersaiz besar boleh mencuba Acer Chromebook 15 ini, dan baterinya juga boleh bertahan selama 11 jam menjadikan laptop ini cukup sesuai untuk melakukan kerja pejabat dan juga kerja sekolah tanpa perlu discharge setiap masa.

5 Feature Terbaru Pada Windows 10 Fall Creators Update

 

Microsoft telah mencuba, dan menguji update terbarunya, Windows 10 Fall Creators Update sejak 6 bulan yang lalu dan kini ianya sudah sedia untuk didownload dan diguna oleh pengguna-pengguna.

Pada Windows 10 Fall Creators Update ini terdapat pelbagai feature baru seperti Windows Mixed Reality (VR) dan juga integrasi pada taskbar Windows 10.

 

  1. OneDrive on Demand

Kini OneDrive boleh digunakan untuk mengambil data daripada storage OneDrive ketika diperlukan. Seperti sebelum ini, boleh juga untuk sync file daripada Cloud dan juga pada laptop.

 

  1. People Integration

My People adalah cara untuk Microsoft membuatkan taskbar Windows 10 menjadi lebih personal. Pengguna boleh menambah kawan, rakan sekerja dan keluarga pada taskbar, dan kemudiannya boleh dihubung melalui Skype dan sebagainya.

 

  1. Windows Mixed reality

Jawapan Microsoft untuk Virtual Reality adalah Windows Mixed Reality. Untuk menggunakan Mixed Reality, pengguna akan memerlukan VR headsets daripada syarikat yang membuat PC.

 

  1. Fluent Design

Fluent Design adalah pengganti Metro Design yang telah digunakan oleh Microsoft sejak Windows XP. Kedua-dua ini adalah design language yang digunakan untuk animation, light, depth, motion, material dan juga scale yang memberikan effect seakan-akan ia bergerak ketika penggunaan Windows.

 

  1. Pembaharuan pada Microsoft Edge

Pengguna Edge kini boleh menambah link website pada task bar, dan menjadikan ia sebagai shortcut untuk akses yang lebih cepat dan pantas. Full-screen mode kini menggunakan skrin sepenuhnya.

HP Omen 15

 

Spesifikasi

  • Intel Core i7-7700HQ processor
  • Nvidia GeForce GTX 1060 6GB GDDR5
  • 16GB memory
  • 256GB PCIe SSD
  • 1TB 5400RPM HDD
  • 15.6 inches screen with 4K display
  • Intel Dual Band Wireless-AC 7265 with Bluetooth 4.2

Seperti HP Omen 17, Omen 15 telah diubah suai dengan rangka yang menawan, keyboard yang responsive dan clicky, dan juga panel yang mudah untuk ditanggal untuk upgrade hard-disk drive.

 

Rekabentuk

HP masih lagi mengekalkan ciri-ciri aesthetic yang kelihatan normal untuk laptop gaming, dengan warna hitam dan juga merah. Tetapi ia kekurangan rasa premium kerana pada laptop ini ia tmempunyai dua jenis material, bahagian carbon fiber cukup memuaskan, tetapi pada bahagian plastic amat mengecewakan.

 

Skrin dan Bunyi

Skrin 15.6 inchi dengan display 4K ini memberikan warna yang cukup cantik dan terang. Setiap detail daripada movie ataupun game boleh dilihat jelas.

Speaker pada Omen 15 adalah kuat dan sedap didengar. Dengan software Omen Audio Control, bass, treble, dan juga vocal boleh dilaras untuk bunyi yang lebih baik.

 

Keyboard dan Touchpad

HP telah memberikan nafas baru pada keyboard untuk Omen 15, dan ia cukup sempurna untuk gaming. Pengguna tak perlu menekan dan kuat dan sampai habis, dan ia juga melantun ke tempat asal dengan cepat.

Pada bahagian bawah keyboard, touchpadnya pula agak kecil, tetapi swipe, click dan multi-gestures boleh digunakan tanpa sebarang masalah.

 

Prestasi

HP Omen 15 merupakan sebuah laptop gaming dengan performance yang cun dan juga rekaan yang menarik hati. GTX 1060 cukup untuk memboleh pengguna menggunakan VR, tetapi, jika anda ingin bermain game VR ataupun movie VR, lebih baik merujuk kepada Razer Blade.

Jangka hayat bateri pada laptop ini adalah 3 jam untuk penggunaan web browser dan juga connection wifi.

Anti-Cheat untuk Game Pada Windows 10

Baru-baru ini Microsoft telah melancarkan update terbaru untuk Windows 10 iaitu Windows 10 Fall Creators Update di mana ia untuk memoerbaiki bug yang ada pada Windows 10 dan juga feature baru seperti Windows Mixed Reality, dan juga integration untuk taskbar.

Disamping itu juga Microsoft turun menambahkan feature anti-cheat yang dipanggil TruePlay, dan ia dicipta untuk pereka game, untuk mencegah sebarang cheat tools seperti aimbot dan juga wallhack yang biasa dilihat pada game bergenre shooting, sebagai contoh, CS:GO dan juga Blackshot.

Ia berfungsi seperti Valve Anti-Cheat (VAC), ia mengumpul data ketika berada didalam game, dan memberi amaran apabila ada kecacatan pada game tersebut. Tetapi buat masa sekarang TruePlay hanya boleh diletakkan pada game yang berada di Windows Store.

Asus ZenBook Flip S

 

Spesifikasi

  • Intel Core i7-7500U processor
  • Intel HD Graphics 620
  • 16GB Memory
  • 512GB PCIe SSD
  • 13.3 inches screen with Full HD resolution
  • 802.11ac Wi-Fi / Bluetooth 4.1

Asus ZenBook Flip S merupakan sebuah laptop berjenis 2 dalam 1, dimana ia boleh menjadi laptop dan juga tablet, kerana skrin pada Flip S ini adalah touchscreen. Ia didatangkan dengan processor i7 generasi ke-7 yang laju, dan mampu untuk menampung kerja-kerja harian tanpa sebarang lag dan delay. Ia juga didatangkan dengan stylus dan pengguna boleh menggunakan Flip S untuk melukis dan juga designing.

 

Rekabentuk

Asus menggunakan rekaan seperti Asus ZenBook Deluxe yang menggunakan aluminium, menjadikan laptop ini kelihatan mewah dan juga menawan. Terdapat dua variasi warna untuk Asus ZenBook Flip S ini, iaitu Royal Blue dan juga Smoky Grey.

 

Skrin dan Bunyi

Skrin Full HD pada Flip S ini mempunyai warna yang cantik tetapi, ia kekurangan pada kecerahan skrin.

Asus ZenBook Flip S ini kecil dan nipis, tetapi speaker pada Flip S ini cukup kuat. Tetapi, bass kurang didengar dan settingnya perlu diubah suai, untuk mendapatkan bass.

 

Keyboard, Touchpad dan Stylus

Butang pada Keyboard Flip S agak rata, hamper serata dengan rangka laptop ini. Butangnya juga terlalu lembut dan kurang selesa digunakan untuk menaip.

Touchpad Flip S ini besar dan juga lancar untuk digunakan. Swipe, click dan juga multi-gestures boleh digunakan tanpa sebarang masalah.

Salah satu fungsi tambahan pada Flip S adalah stylus. Pada Tablet mode, pengguna boleh melukis, dan membuat design pada laptop menggunakan aplikasi yang boleh dimuat turun. Tetapi butang pada stylusnya agak tinggi dan kurang sesuai untuk digunakan.

 

Prestasi

Dengan processor i7 generasi ke-7, pengguna boleh melakukan kerja biasa tanpa sebarang masalah. Baterinya juga bertahan selama 7 jam jika hanya web browsing dan berhubung melalui wifi. Speakernya juga cukup kuat dan memuaskan. Skrinnya full HD tetapi kekurangan pada kecerahan skrin.